Post Last Edit by ParinAmat at 2-11-2011 14:31
Saya bekerja di sebuah IPTA di ibukota sementara suami adalah seorang prajurit. Kami mempunyai anak tunggal dan tinggal di dalam kem. Apabila suami mengambil keputusan bersara awal, beliau mengajak saya pulang ke kampung halaman di selatan tanah air. Alasan saya, pulanglah dahulu..anak kita akan menghadapi UPSR.” Diteruskannya lagi,” Di kampung, suami memulakan perniagaan warung secara kecil-kecilan. Dalam masa yang sama beliau membina sendiri rumah kami. Setiap bulan suami akan menyampaikan khabar berita – Zai, tembok-tembok batu-bata telah dinaikkan. Awak mahu berapa bilik? Bulan berikutnya, beliau menyatakan tingkap-tingkap sudah dipasang. Dan berikutnya, beliau memberitahu bumbung dan tiles hanya menunggu pilihan warna. Bilakah awak mahu pulang?” Wanita cekal berkata,”Pilihlah apa-apapun..saya mengikut sahaja. Saya sedang sibuk kerana meneruskan pengajian secara luar kampus.” Tahun-tahun berikutnya, suami merayu lagi.” Zai, pulanglah..rumah kita hampir siap. Tidak perlu lagi menyewa di kawasan setinggan di ibukota.” Jawapan saya,” Biar dahulu, tahun hadapan anak akan menghadapi peperiksaan PMR. Biar ditumpukan kepada pelajaran.” Tahun selanjutnya suami merayu lagi,”Zai, kalau sudah habis belajar, pulanglah. Duit abang sudah cukup dan bersedia untuk mengecat rumah. Awak suka warna apa?” Jawapan saya,” Pilahlah warna yang awak suka.” Katanya, begitulah sehingga anak mereka menduduki SPM. Si suami merayu lagi, pulanglah..pulanglah..pulanglah. Apabila anak mereka dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA, beliau kesunyian lalu mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman. Kata beliau suaminya sangat gembira. Berbagai perancangan dan penambahbaikan dilakukan agar si isteri merasa selesa dengan rumah baru mereka. Setiap kali beliau membantu suami diwarungnya di hujung minggu, suami akan memperkenalkan si isteri kepada pelanggannya dengan perasaan bangga dan bahagia. Kata suaminya disuatu hari,”Terima kasih Zai sebab awak sudi pulang menemani saya. Selama ini hidup saya sunyi. Saya rindukan awak dan anak.” Tiga bulan kemudian, selepas subuh si suami tidak bangun dari tempat tidurnya seperti biasa. Puas digerak-gerakkan, namun beliau tidak berganjak..ditangan suaminya ada inhealer. Innalillah! Begitulah berakhirnya penantian seorang suami yang kerinduaan. Masyallah! Namun Allah memberikannya kesempatan merasa bahagia di saat akhir hayatnya. Cerita dikongsi dari http://muhdkamil.org/rozaroslan/ |