CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

Suha tolak dakwaan rasuah oleh Tunisia

[Copy link]
Post time 2-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
VALLETTA: Kerajaan Tunisia mengeluarkan waran tangkap terhadap Suha Arafat, balu bekas Presiden Palestin yang dituduh terbabit dalam rasuah, sesuatu yang dinafikan oleh bekas isteri pemimpin Fatah itu selain berikrar akan menentang dakwaan ke atasnya kerana beliau adalah mangsa kepada rejim lama negara berkenaan.\rAgensi berita Tunisia kelmarin melaporkan waran dikeluarkan minggu lalu terhadap Suha berikutan peranannya dalam skandal membabitkan bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali dan keluarganya.\r\n\n\n\n\rBercakap kepada wartawan menerusi telefon awal kelmarin, Suha berkata: “Saya menafikan semua tuduhan yang disenaraikan dalam media. Saya sedia berdepan dengan isu ini dengan menyerahkan dokumen dan saya percaya peguam Tunisia untuk membentangkan semua dokumen itu.\r\r\n\n\n\n\n“Saya tidak mempunyai kaitan dengan Sekolah Antarabangsa sejak 2007.” Katanya, dia sudah menjual sahamnya kepada Asma Mahjoub, anak saudara isteri kepada Ben Ali, Leila.\r“Bayaran dilakukan olehnya untuk menyumbang kepada modal Sekolah Antarabangsa adalah pinjaman berjumlah 300,000 dinar Tunisia (RM650,000) diperoleh dari Bank Perumahan Tunisia.\r“Saya sudah membayar pinjaman itu dan apabila menjual saham berkenaan, saya cuma memperoleh 30,000 dinar (RM65,947),” katanya.\rSuha menegaskan, tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kes membabitkan nama Ben Ali dan menggesa namanya tidak dikaitkan dengan isteri bekas Presiden Tunisia itu.\r\n\n\n\n\rKerakyatan Tunisia yang diberikan kepada Suha ditarik balik tidak sampai setahun selepas memperolehnya. Dia diusir dan menetap di Malta. Suha juga mendakwa tidak pernah diberitahu secara rasmi mengenai waran itu dan cuma membacanya dalam akhbar.\r“Saya akan berjuang . Saya amat terkejut kerana saya adalah mangsa pemerintahan kuku besi Tunisia,” kata Suha, 48, dalam temu bual dalam bahasa Inggeris di kediamannya di sini.\rSuha menetap di Tunisia selepas kematian Arafat di Perancis pada 2004 tetapi meninggalkan negara itu beberapa tahun kemudian selepas berbalah dengan keluarga suaminya.\rPertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diterajui Arafat, beribu pejabat di Tunis selama beberapa tahun berikutan pencerobohan Israel ke atas Lubnan pada 1982. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.046169 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list