|
Purata 600 serangan terhadap komputer kerajaan\rLONDON: Sistem kerajaan Britain ‘diserang’ penggodam purata 600 kali sehari, manakala penjenayah mampu mengambil butir-butir mangsa kecurian kad kredit di internet hanya dengan membayar 70 pence (RM3.50), kata Setiausaha Luar William Hague kepada akhbar.\r\n\n\n\n\rOleh itu, negara yang menghadapi masalah ini tidak mungkin dapat melindungi sistem perbankan mereka termasuk hak intelektual pada masa depan.\r\r\n\n\n\n\n“Perniagaan semakin sukar maju atau bertahan jika maklumat peribadi mudah untuk dicuri. Jadi, perkara ini perlu dibendung,” kata Hague.\rTerbaru, penggodam cuba menceroboh rangkaian sitem komputer Pejabat Luar, kata ketua agensi risikan komunikasi Britain, kata Iain Lobban, Pengarah Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ) yang menyifatkan serangan itu mengancam ekonomi negara itu.\r“Kadar e-jenayah dan serangan terhadap sistem kerajaan serta industri membimbangkan. Saya boleh beri keterangan mengenai cubaan curi idea dan reka cipta dalam sektor Teknologi Maklumat (IT), teknologi, pertahanan dan tenaga serta bidang lain, bagi mendapat kelebihan komersial atau keuntungan kerana tahu butir-butir kontrak,” katanya.\rBritain membelanjakan |
|