|
Arab Saudi pastikan jemaah selesa, selamatRIYADH: Pihak berkua-sa Arab Saudi merangka enam peraturan kepada jemaah tahun ini termasuk tidak membawa sebarang naskhah bercetak mengenai fahaman politik.\rKerajaan juga memberi amaran kepada jemaah supaya mematuhi undang-undang dan tradisi Islam Arab Saudi termasuk tidak membawa arak, dadah, bahan lucah atau cetakan mengandungi fahaman agama bertentangan dengan ajaran Islam di negara berkenaan.\r\n\n\n\n\rPada masa sama, Kementerian Keadilan Sosial dan Perpaduan Mesir meminta jemaah negara itu hanya menunaikan haji dan tidak menyebarkan amalan politik.\r\r\n\n\n\n\nArab Saudi dalam kenyataannya menekankan bahawa jemaah Mesir perlu menandatangani ikrar mematuhi peraturan Arab Saudi dan jika melanggarnya, mereka akan dihukum.\rLarangan berkenaan akan ditulis dalam visa jemaah. Kenyataan sama turut menekankan supaya jemaah segera meninggalkan Arab Saudi dan negara ahli Majlis Kerjasama Teluk (GCC) lain pada akhir musim haji.\rKenyataan itu memberikan maklumat terperinci mengenai proses haji. Jemaah diminta memberikan maklumat betul ketika memohon visa. Sekiranya didapati bersalah, pihak berkuasa Arab Saudi tidak teragak-agak menyekat kemasukan \rmereka.\rPengasas yang juga presiden Persatuan Antarabangsa Cendekiawan Islam (IAMS), Sheikh Yusuf al-Qaradawi dilaporkan berkata, jemaah dilarang menggunakan slogan politik, melakukan demonstrasi atau melakukan sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan jemaah Islam ketika Haji.\rTuhan menjadikan negara ini untuk melaksanakan ibadat haji dalam keadaan aman dan selamat, jadi umat Islam boleh menjalankan ibadat dengan tenang.\rDemonstrasi atau menggunakan slogan politik semasa musim haji tidak boleh diterima kerana perbuatan itu akan menghasut persengketaan antara jemaah di tempat yang suci, kata Qaradawi kepada akhbar Saudi Okaz. Agensi\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|