CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

Pelajar selamat terkurung 61 jam

[Copy link]
Post time 27-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Mangsa ditemui bawah runtuhan bangunan ekoran insiden gempa bumi Turki ERCIS: Seorang pelajar universiti berusia 18 tahun semalam diselamatkan dari runtuhan sebuah bangunan apartmen kira-kira 61 jam selepas satu gempa bumi yang memusnahkan di timur Turki Ahad lalu.\rPasukan penyelamat menggunakan kamera kecil yang diletakkan pada kayu untuk menjejaki Eyup Erdem dan mereka bersorak gembira apabila mangsa keluar dari runtuhan sebuah bangunan di bandar Ercis, kawasan yang paling teruk terjejas dalam gempa bumi dengan magnitud 7.2 Ahad lalu.\r\n\n\n\n\r   Agensi berita tempatan, Anatolia berkata bahawa Erdem cedera dan dirawat di sebuah hospital.\r\r\n\n\n\n\n   Pelajar berkenaan yang berpindah ke Ercis sebulan lalu untuk belajar mekanik di sebuah universiti adalah mangsa terkini yang berjaya dibawa keluar dalam keadaan masih hidup selepas pasukan penyelamat berusaha 24 jam untuk mencari mangsa.\rGempa bumi membunuh sekurang-kurangnya 459 orang. Pegawai kementerian kesihatan, Seraceddin Com berkata  kira-kira 40 orang dibawa keluar dalam keadaan masih hidup dari bangunan yang runtuh, kelmarin.\rMereka termasuk seorang bayi perempuan berusia dua minggu yang dibawa keluar dalam keadaan separuh bogel tetapi masih hidup dari runtuhan sebuah apartmen, kira-kira 48 jam selepas gempa melanda. Ibu dan neneknya  mangsa turut diselamatkan tetapi bapa bayi  masih lagi hilang.  – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.063512 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list