CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

Israel siarkan senarai tahanan bakal bebas

[Copy link]
Post time 17-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
477 warga Palestin dipilih jadi tukaran askar Yahudi\rBAITULMAQDIS: Israel semalam menyiarkan secara rasmi senarai 477 tahanan Palestin yang bakal dibebaskan Selasa depan sebagai langkah pertama dalam perjanjian membebaskan askanya dalam tahanan lawan, Gilad Shalit.\r\n\n\n\n\r  Senarai itu turut membabitkan 27 wanita disiarkan oleh Kementerian Kehakiman dalam laman web Perkhidmatan Penjara Israel, memberikan orang ramai tempoh 48 jam untuk mengemukakan sebarang rayuan perundangan menentang perjanjian yang akan melihat kepulangan Shalit selepas lima tahun dalam tahanan.   \r\r\n\n\n\n\nSeramai    550 lagi tahanan Palestin akan dibebaskan dalam tempoh dua bulan.\rSebaik saja senarai itu disiarkan, stesen radio dan televisyen utama Israel mula mengumumkan senarai panjang serangan berdarah yang didakwa dilakukan tahanan terbabit.\rAntara nama yang diumumkan adalah warga Palestin yang didapati bersalah mengambil bahagian dalam pengeboman kelab malam Tel Aviv pada 2001 yang meragut 21 nyawa dan pengeboman ketika sambutan Passover di hotel pekan pantai Netanya pada 2002 yang membunuh 29 orang,  kedua-duanya didakwa dilakukan anggota sayap bersenjata Hamas.\r“Selaras dengan keputusan kerajaan Israel pada 11 Oktober 2011, untuk meluluskan pelaksanaan perjanjian bagi membebaskan askarnya yang diculik Gilad Shalit oleh Hamas, tahanan Palestin akan dibebaskan mengikut senarai yang diberikan ini,” menurut satu dokumen yang memperincikan destinasi penyerahan setiap tahanan.\rMinggu lalu, beberapa laman web bersekutu pergerakan Islam Hamas dan Jawatankuasa Pejuang Popular (PRC) yang kedua-duanya terbabit menahan Shalit menyiarkan senarai rakyat Palestin yang kononnya akan dibebaskan, tetapi senarai semalam adalah senarai rasmi pertama disiarkan Israel.\rBerikutan penyiaran senarai itu, warga Israel yang mahu mengemukakan cabaran perundangan menentang perjanjian tukaran antara Israel dan Hamas, Selasa lalu, boleh membuat petisyen menentangnya.\rJumaat, kumpulan Israel yang mewakili mangsa serangan Palestin mengemukakan petisyen pertama di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan atau menangguhkan perjanjian itu.\rMahkamah sebelum ini tidak pernah menghalang keputusan kerajaan untuk membebaskan tahanan yang terbabit dengan serangan pejuang Palestin terhadap Israel.\rShalit dijadual pulang ke Israel pada masa sama kumpulan pertama 427 tahanan dibebaskan jika syarat perjanjian itu diikuti, kata pegawai. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.044978 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list