View: 263|Reply: 1
|
Tandas Jakarta terkotor di Asia
[Copy link]
|
|
Kajian WTO letak Indonesia di tangga ke-12 daripada 18 negara\rJAKARTA: Tandas di Indonesia dikategorikan sebagai tandas paling kotor di Asia, lapor satu kajian Pertubuhani Tandas Sedunia (WTO).\r\n\n\n\n\rOrganisasi itu meletakkan Indonesia di tangga ke-12 di kalangan 18 negara Asia yang diadili untuk tandas yang paling kotor. \r\r\n\n\n\n\n“Kami mempunyai tandas yang paling teruk berbanding negara Asia Tenggara lain,” kata pengasas Persatuan Tandas Indonesia (ATI) Naning Adiwoso.\r“Walaupun kedudukan kami lebih baik daripada Vietnam tetapi kita jauh lebih teruk berbanding Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand,” katanya. \rNaning berkata kedudukan itu ditentukan WTO berdasarkan jumlah kuman ditemui di tandas yang diperiksa secara rawak setiap negara.\rNaning berkata sekurang-kurangnya, 80 juta kuman ditemui dalam satu tandas dan kuman itu boleh membawa kepada penyakit berjangkit seperti demam kepialu.\r\n\n\n\n\rBeliau menegaskan bahawa amalan mengepam tandas tidak mampu memusnahkan kuman, malah pembersihan dan sanitasi berterusan diperlukan.\r“Pendidikan dalam keluarga memainkan peranan penting kerana ramai yang menganggap tandas kurang penting, justeru mereka membuang air besar atau kecil di sungai atau di tempat terbuka,” katanya.\rBeliau berkata dengan peningkatan penduduk, negara itu memerlukan jumlah tandas awam yang banyak.\rATI ditubuhkan 10 tahun lalu dengan sasaran mendidik rakyat Indonesia mengenai keperluan untuk mengamalkan kebersihan tandas. Organisasi itu akan mengadakan acara sebagai menyambut Hari Tandas Sedunia pada 19 November. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
/r/r/r/r/r/r/r/r/r/r/n/n/n/n/n/n/n/n tu ape? otak aku x dapat nk digest... |
|
|
|
|
|
|
| |
|