View: 186|Reply: 0
|
RHBCap, OSK Holdings boleh mula rundingan
[Copy link]
|
|
BNM beri kelulusan cadangan penggabungan entiti\rRHB Capital Bhd (RHBCap) dan OSK Holdings Bhd (OSK Holdings) memperoleh kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memulakan rundingan rasmi bagi kemungkinan penggabungan antara syarikat induk kepada RHB Bank Bhd itu dengan OSK Investment Bank Bhd, iaitu bank pelaburan OSK.\r\n\n\n\n\r Dalam kenyataan berasingan kepada Bursa Malaysia semalam, RHBCap dan OSK Holdings berkata, kelulusan itu diterima menerusi surat bertarikh 13 Oktober yang menyatakan bank pusat itu tidak membantah mengenai cadangan penggabungan membabitkan kedua-dua entiti itu.\r\r\n\n\n\n\n “Surat itu menyatakan bahawa Bank Negara pada prinsipnya tidak ada sebarang bantahan bagi RHBCap dan OSK Holdings memulakan rundingan dengan pemegang saham masing-masing mengenai cadangan penggabungan antara RHBCap dan OSK Invetment Bank,” kata kedua-duanya dalam kenyataan masing-masing.\rKedua-dua kumpulan itu berkata, kelulusan rundingan berkenaan adalah sah untuk tempoh tiga bulan dari tarikh surat bank pusat itu.\rRHBCap dan OSK Holdings juga menyatakan maklumat lanjut mengenai cadangan penggabungan itu itu akan diumumkan kedua-duanya apabila tiba masanya.\rPenggabungan antara RHBCap dan OSK Investment Bank itu jika menjadi kenyataan akan menjadikan entiti penggabungan itu sebagai antara tiga kumpulan perbankan pelaburan terbesar di Malaysia.\r\n\n\n\n\rSetakat akhir tahun lalu, OSK Investment Bank adalah broker runcit keempat terbesar dengan penguasaan pasaran sebanyak 6.7 peratus, manakala RHBCap pula adalah ketiga terbesar dengan tujuh peratus penguasaan pasaran.\rPenganalisis berpendapat, selepas selesai penggabungan, penguasaan pasaran kedua-dua entiti itu akan mengatasi CIMB Securities yang kini mendahului dengan penguasaan pasaran sebanyak 10.5 peratus.\rSelain muncul antara tiga kumpulan perbankan pelaburan terbesar tempatan, penganalisis berpendapat, penggabungan itu juga bakal meningkatkan aset RHBCap kepada sekitar RM152.2 bilion, sekali gus menjadikannya kumpulan perbankan keempat terbesar tempatan mengatasi Hong Leong Bank Bhd.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|