CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

Bursa Mingguan: Bursa tempatan melonjak

[Copy link]
Post time 10-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Krisis hutang EU bertambah baik, Bajet 2012  pengaruhi pasaran\rPASARAN saham tempatan melonjak semula minggu lalu berikutan sentimen luaran bertambah baik di tengah-tengah harapan pembuat dasar Kesatuan Eropah (EU) dapat mencapai persetujuan melindungi bank Eropah daripada krisis hutang negara, data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang meningkat serta spekulasi kerajaan Eropah akan bertindak menjana semula modal bank rantau itu.\r\n\n\n\n\r  Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) menambah 12.92 mata lagi, atau 0.93 peratus minggu lalu untuk ditutup pada 1,400.05 mata dengan Axiata (+19sen), Maybank (+18sen), Tenaga (+21sen) dan IOI Corp (+17sen) mewakili hampir keseluruhan kenaikan indeks itu.\r\r\n\n\n\n\n  Jumlah dan nilai dagangan harian purata susut kepada 816.6 juta saham bernilai RM1.23 bilion, berbanding 965 juta saham bernilai RM1.62 bilion minggu sebelumnya, apabila pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman Bajet 2012.\rRali minggu lalu konsisten dengan sentimen sebelum bajet, manakala pembentangan Bajet 2012 menepati jangkaan semua kerana ia memberi manfaat kepada ramai orang daripada kakitangan kerajaan (khususnya guru), golongan berpendapatan rendah, pemilik teksi bajet, pelajar, pesara, warga emas dan kontraktor kelas F.\rIa turut memberi tumpuan langkah mempromosikan pertumbuhan domestik serta menangani beberapa isu sosio ekonomi.\rPeneroka Felda mendapat perhatian khusus apabila menerima durian runtuh daripada penyenaraian FELDA Global Ventures Holding. \r\n\n\n\n\rKetiadaan cukai untuk peserta tembakau dan minuman keras mencerminkan langkah digariskan secara berhati-hati untuk membuat semua orang gembira.\rKenaikan Cukai Keuntungan Hartanah kepada 10 peratus dalam dua tahun pertama hanya akan memberi kesan jangka pendek kepada peserta hartanah, berdasarkan data sebelumnya.\rWalaupun ia akan mengurangkan kegiatan spekulasi, pembeli rumah biasanya menjual hartanah mereka selepas ia disiapkan, kebanyakannya dua tahun selepas menandatangani perjanjian jual beli.\rKeseluruhannya, walaupun sasaran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) antara lima ke enam peratus dan mengurangkan defisit kepada 4.7 peratus kedengaran menarik untuk pelabur, kesan bajet ke atas pasaran mungkin tidak begitu ketara kerana kebanyakan langkah digariskan tidak mempunyai kesan terus manakala beberapa projek infrastruktur yang diumumkan menepati jangkaan.\rBagaimanapun, ia adalah bajet baik yang mungkin menarik kepada ramai orang meskipun kumpulan berpendapatan sederhana sekali lagi dilupakan, namun peluang memanfaatkan subsidi bahan bakar dan makanan menyediakan sedikit sagu hati kepada mereka buat masa ini.\rPeningkatan peruntukan berterusan ke dalam sektor ekonomi adalah positif untuk memacu negara mencapai matlamat menjadi negara maju pada 2020.\rNamun, dengan kelembapan dalam sektor luaran, sasaran kerajaan bagi lima ke enam peratus pada 2012 adalah mencabar.\rJusteru, pelaksanaan projek infrastruktur dalam tempoh tepat adalah penting bagi memacu pengembangan domestik.\rMemantaunya dengan teliti bagi memastikan ia disiapkan dalam masa ditetapkan tanpa lebihan kos adalah satu lagi faktor mustahak.\rTender terbuka dengan toleransi sifar terhadap tabiat keuntungan atas angin serta pemberian kontrak kepada syarikat berkeupayaan secara terus tanpa orang tengah adalah pendekatan terbaik untuk meraih impak maksimum.\rBagi pasaran lebih meluas, tekanan pengambilan untung akan berlaku selepas pengumuman bajet.\rDalam tempoh 14 tahun lalu, pasaran berdepan pembetulan 11 kali dalam tempoh sebulan selepas bajet diumumkan dengan purata kejatuhan sebanyak 4.1 peratus (purata antara 0.9 peratus hingga 10.4 peratus dan angka pertengahan 2.6 peratus).\rDitambah data ekonomi bercampur-campur dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, ia boleh menyediakan peluang dagangan jangka pendek.\rDari segi tinjauan teknikal, dengan persekitaran pasaran luar yang bertambah baik buat sementara waktu berikutan usaha bersama kerajaan Eropah untuk membendung krisis hutang zon euro, saham tempatan akan menstabil bagi membina semula sokongan ke atas paras semasa.\rMinat pengambilan untung selepas Bajet 2012 boleh mengheret saham lebih rendah, tetapi ini akan menyediakan peluang ke atas belian lemah bagi potensi meraih untung pada masa depan.\rRintangan serta merta untuk KLCI adalah 1,420, iaitu 38.2% Fibonacci Retracement (FR) ke atas jualan daripada rekod tertinggi 1,597 pada 11 Julai hingga paras rendah 1,310 pada 26 September.\rParas rendah 1,310 bertindak sebagai sokongan penting bagi menghalang risiko penurunan berterusan kepada 1,293, iaitu paras 38.2%FR penting kenaikan daripada paras terendah 801 pada Oktober 2008 kepada tertinggi 1,597 Julai lalu.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.368110 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list