CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3033|Reply: 55

Ibu pertahan anak dibelasah samseng

[Copy link]
Post time 9-10-2011 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by LimpBizkutMerri at 9-10-2011 12:51

JERTIH - Seorang suri rumah cedera pada beberapa anggota badan selepas diseret keluar dari rumahnya oleh dua lelaki, sebelum ditumbuk dan ditendang dalam kejadian di perumahan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pancur, Hulu Besut Selasa lalu.

Tidak cukup dengan itu, ibu kepada empat anak berusia 33 tahun itu turut dibelasah dengan batang ubi kayu oleh kedua-dua lelaki sekampungnya itu.

Mangsa, Norfizah Mat Adin berkata, kejadian berlaku jam 4 petang ketika dia sedang melipat pakaian di ruang tamu rumahnya, sebelum tiba-tiba muncul seorang lelaki berusia awal 20-an dari arah belakang lalu menumbuk dan menendang badannya.

Menurutnya, dia menjerit meminta tolong sambil merayu lelaki itu tidak mencederakannya, namun tanpa menghiraukan jeritan mangsa, lelaki itu bertindak menyeret mangsa ke luar rumah, kemudian dengan seorang lagi, memukulnya dengan batang ubi kayu di samping disepak terajang.

“Saya amat takut dan terasa sakit yang amat sangat sehinggakan mengalami kesukaran bernafas akibat dipukul,” katanya.

Norfizah berkata, dia bernasib baik apabila jiran datang menghalang kedua lelaki itu daripada terus memukulnya dan dia dibawa ke hospital.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada bersama seorang anak bongsu berusia lima tahun manakala suaminya tidak ada di rumah kerana bekerja.

Menurutnya, dia tidak menolak kejadian itu mungkin berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek pertama terhadapnya selepas dia menegur lelaki itu kerana memukul anak lelakinya.

Pada Ahad lalu, anak saya pulang ke rumah memberitahu, adik suspek (murid tahun lima) bergaduh dengannya di sekolah, tetapi saya nasihat anak saya supaya jangan bergaduh dengan orang, namun pada ke esokannya (Isnin), anak saya pulang sambil menangis dan mengadu, suspek utama menunggunya di luar sekolah sebelum bertidak memukulnya.

“Berikutan itu, pada jam 11 pagi hari kejadian, saya kebetulan bertemu dengan suspek dan bertanyakan mengapa dia tergamak memukul budak kecil sedangkan pergaduhan itu membabitkan kanak-kanak sahaja. Namun pada jam 4 petang, suspek datang pukul saya,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu kedua-dua suspek telah ditahan dan akan didakwa di mahkamah.

Beliau berkata, polis memandang serius budaya samseng dan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

sumber :sinar harian

pehh.. xde teloq langsung.. umur 20an pukul budak sekolah rendah..samseng la sgt..mak budak tu pun dibantai dgn batang ubi...:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2011 12:58 PM | Show all posts
teruk tul la..........perangai manusia skang........hal budak2 sampai belasah2
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 01:04 PM | Show all posts
suspek sangat panas baran ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2011 01:07 PM | Show all posts
baran sampai budak kecik pun sanggup pukul.. x padan umur 20an..ishh
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 01:13 PM | Show all posts
hahaha......lelaki yg umo 20an tu memang x guna

ada ke patut pukul budak sekolah rendah.......wakakakaka

kot ya pon anak wanita tu bermasalah, agak2 ler weh.....

hadoiii laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 01:14 PM | Show all posts
JERTIH - Seorang suri rumah cedera pada beberapa anggota badan selepas diseret keluar dari rumahnya  ...
LimpBizkutMerri Post at 9-10-2011 12:49



    meroyan ler samseng kg pisang tu dlm penjara!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2011 01:14 PM | Show all posts
Tau pulak samseng taik kucing tu tak nak jumpa dgn bapak budak. Dasar samseng takde telur!


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 01:21 PM | Show all posts
Reply 1# LimpBizkutMerri


..lalok ke hapa...kat sining ramai penagih nih





p/s ...baghal , kabu dan oranje7 mana hah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2011 01:27 PM | Show all posts
Samseng Taik Kushengggggggggggg
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 01:36 PM | Show all posts
Reply  LimpBizkutMerri


..lalok ke hapa...kat sining ramai penagih nih





p/s . ...
mierrr Post at 9-10-2011 13:21


wei jangan kacau thread orang ko nak meroyan pergi thread baghal tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 01:39 PM | Show all posts
wei jangan kacau thread orang ko nak meroyan pergi thread baghal tu..
nazraku Post at 9-10-2011 13:36



   sentap sungguh hang sampai dua thread duk meroyan...kahkah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 01:52 PM | Show all posts
Reply 7# diamondvii


    baru nak cakap. berani attack maknye aje. kenapa tak bersemuka ngan bapaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 01:53 PM | Show all posts
kepelekang sunggoh..........
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 01:55 PM | Show all posts
Memang kepelekang yg beramat sangatang sek sek ganung neh...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 01:56 PM | Show all posts
kepelekang ke hulu ke hilir..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 01:57 PM | Show all posts
Reply  LimpBizkutMerri


..lalok ke hapa...kat sining ramai penagih nih





p/s . ...
mierrr Post at 9-10-2011 13:21


apsal tak masuk thread lagi satu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2011 02:05 PM | Show all posts
apsal tak masuk thread lagi satu?
oranje7 Post at 9-10-2011 13:57


tak berani kot..
ke hulu ke hilir kepelekang..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 02:08 PM | Show all posts
memang penakut dengan budak sekolah rendah berani la..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 02:12 PM | Show all posts
Hahahahahahahahahahbahahahahahahahaha


tak perlu ku cari pownnnn... Kepelekang tanpa batasang menjelmakan diri dgn sendirinya
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 02:14 PM | Show all posts
another kepelekang??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.983731 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list