View: 167|Reply: 0
|
Abbas jelajah Amerika Latin
[Copy link]
|
|
SANTO DOMINGO: Presiden Palestin Mahmud Abbas memulakan jelajahnya di Amerika Latin dengan melawat Republik Dominica kelmarin untuk mula mencari sokongan dalam cubaan kerajaannya memenangi tempat sebagai negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).\rAbbas bertemu dengan Presiden Leonel Fernandez selain turut memberi ucapan dalam Kongres Dominica berhubung cita-citanya untuk mendapat pengiktirafan sebuah negara, yang beliau bentangkan secara rasmi kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon pada 23 September lalu.\r\n\n\n\n\r Kami tidak ragu-ragu mengiktiraf hak sah Palestin untuk diiktiraf sebagai sebuah negara bebas, merdeka dan berdaulat, kata Fernandez, menggariskan bahawa negaranya juga mempunyai hubungan hebat dari segi diplomatik, komersial dan budaya dengan Israel.\r\r\n\n\n\n\n Abbas membalas: Anda tidak besar dari segi kekuatan ketenteraan namun anda besar dalam keyakinan, keamanan dan penyatuan dengan rakyat Palestin.\rPresiden Palestin itu juga dijangka mengunjungi El Salvador dan Colombia di mana Presiden Juan Manuel Santos sudah memberi jaminan untuk mengambil pendirian berkecuali dalam mana-mana undian Majlis Keselamatan PBB.\rColombia, sekutu rapat Washington, bukan anggota tetap dalam Majlis Keselamatan 15 anggota, yang dijangka mengundi dalam cubaan itu untuk beberapa minggu akan datang.\rTindakan itu dibantah keras oleh kedua-dua Israel dan Amerika Syarikat, yang mengatakan sebuah negara Palestin hanya boleh wujud menerusi rundingan dua hala.\r\n\n\n\n\rSementara itu enam anggota Majlis Keselamatan, Brazil, China, India, Lubnan, Russia dan Afrika Selatan secara umum memberi bayangan sokongan mereka terhadap cubaan Palestin itu.\rPada masa sama, pakar Majlis Keselamatan mula menilai permohonan Palestin untuk keanggotaan PBB.\rDiplomat berkata pakar jawatankuasa kemasukan dari semua 15 negara majlis bertemu secara tertutup kelmarin untuk membincangkan bagaimana meneruskan permohonan itu dan merancang bertemu semula minggu depan, kemungkinan Khamis.\rAmerika berkata ia akan menggunakan kuasa veto untuk membantah resolusi majlis mencadangkan keanggotaan Palestin kepada Perhimpunan Agung, yang perlu memberi kelulusan akhir.\rKetika majlis mempertimbangkan cubaan Palestin menjadi negara anggota PBB ke-194, perunding Asia Barat sedang meneliti cara memulakan rundingan yang sekian lama tertangguh antara Israel-Palestin.\rWakil daripada apa yang digelar Kuartet Amerika, PBB, Kesatuan Eropah dan Russia dijadualkan bertemu hari ini di Brussels. AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|