View: 164|Reply: 0
|
Libas sekadar raih kutipan RM900,000
[Copy link]
|
|
SELEPAS seminggu tayangannya di 65 pawagam seluruh negara, filem Libas yang mengangkat kisah dunia sepak takraw membabitkan pasukan Malaysia dan Thailand secara underground, mampu berpuas hati dengan kutipan kasar mencecah RM900,000. \rFilem arahan Jurey Latiff Rosli terbitan MDAG Marketing dalam genre aksi komikal yang mengangkat permainan sukan rakyat Nusantara itu sebagai jalan penceritaannya masih terus ditayangkan untuk minggu kedua, biarpun kini berdepan dengan saingan filem baru, Al-Hijab selain filem Bini- Biniku Gangster yang menemui penonton sejak 22 September lalu masih ditayangkan di beberapa pawagam tertentu. \r\n\n\n\n\rLibas menggandingkan, Rosyam Nor dengan Scha Al-Yahya dan Johan Raja Lawak sebagai teraju utama apabila ia mula ditayangkan pada 29 September lalu.\r\r\n\n\n\n\nJurey ketika ditemui mengakui, pihaknya mampu berpuas hati dengan kutipan sebanyak itu meskipun segala urusan promosi berjalan lancar dengan kerjasama antara pihak penerbit dan pengedar filem terbabit, Skop Production Sdn Bhd.\r\"Pihak penerbit dan Skop Productions selaku pengedar filem ini masih tidak faham mengapa filem ini kurang mendapat perhatian ramai penonton sedangkan tinjauan terhadap mereka yang datang menontonnya mengakui suka dan memenuhi konsep dan cerita filem ini. Kami terpaksa menerima hakikat filem ini kurang mendapat perhatian penonton yang memberangsangkan.\rSebagai pengarah, saya amat berpuas hati dengan Libas kerana segala usaha telah dijalankan sebaik mungkin oleh semua pihak yang terbabit dalam penerbitan filem ini.\r\"Namun daripada maklum balas awal diterima daripada penonton juga, ia amat menggalakkan kerana mereka memuji jalan cerita dan teknik imej janaan komputer (CGI) yang digunakan lebih 80 peratus dalam filem ini apabila kali pertama filem tempatan dihasilkan dalam genre aksi komikal,\" kata Jurey yang tidak menolak kemungkinan persaingan dengan Bini-Biniku Gangster terbitan MIG yang ditayangkan seminggu lebih awal turut memberi kesan kepada kutipan tiket filem arahannya itu. \r\n\n\n\n\r\"Penonton mempunyai pilihan sendiri untuk memilih filem yang ingin ditonton tambahan pula, Libas terpaksa bersaing dengan Bini-Biniku Gansgster yang khabarnya sambutan begitu bagus dan selepas seminggu tayangan, Libas terpaksa bersaing dengan Al-Hijab yang kini sudah mula ditayangkan. \rJika dilihat, banyak filem yang bagus kurang mendapat sambutan penonton, mungkin jalan cerita Libas ini agak berat walaupun turut ditampilkan secara komedi. Mungkin untuk filem seterusnya saya akan mengarahkan filem selepas mengkaji dan melihat selera penonton,\" katanya.\rJurey tetap berharap dengan tempoh tayangan di pawagam yang masih berbaki ini, Libas mampu menarik penonton di saat akhir dan mampu mencapai kutipan lebih baik. Filem berkenaan turut dilakonkan Adam Corie, Yank Kassim, Beego, Taiyuddin dan Z Zamri.\rLibas memaparkan permusuhan tradisi antara Malaysia dan Thailand dalam pertarungan sepak takraw secara underground. Wira negara, Adnan Saladin yang juga dikenali sebagai Raja Libas diamanahkan menyelamatkan maruah bangsa merampas piala kemenangan yang berbentuk bola takraw warisan dari Thailand.\rAkibat kecederaan kaki yang serius, dia tidak mampu lagi beraksi di gelanggang dan terpaksa mencari bakat muda sebagai pengganti. Kekangan masa menuntutnya berpuas hati dengan kemampuan Hamidi dan Ku Mok, biarpun sedar bahaya menanti.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|