|
Singkir Universiti Harvard dalam liga pengajian tinggi\rLONDON: Institusi pengajian tinggi Amerika Syarikat dan Britain sekali lagi menguasai liga tahunan universiti dunia yang dikeluarkan semalam, tetapi menyenaraikan satu nama baru di tempat teratas dan mengetepikan Harvard yang sejak sekian lama berada di tempat pertama.\r\n\n\n\n\rInstitut Teknologi California (Caltech) juga mengetepikan Institut Teknologi Massachusetts dari tempat teratas catatan liga Times Higher Education (THE) buat pertama kalinya dalam tempoh lapan tahun dengan 75 institusi pengajian tinggi Amerika dalam senarai 200 universiti terbaik. Ia diikuti 32 universiti Britain.\r\r\n\n\n\n\nKehadiran universiti Asia dalam liga tahunan itu turut menyerlah dengan Universiti Tokyo di tempat ke 30 mewakili rantau berkenaan.\rDua universiti terkemuka China juga meraih status elit tetapi tiada lagi institusi lain dari negara itu mampu meletakkan diri dalam senarai 200 teratas.\rTHE menyifatkan kejayaan Caltech disebabkan keputusan yang konsisten dalam pelbagai petunjuknya dan peningkatan ketara bagi pembiayaan penyelidikan. \rCaltech mengkhususkan sains dan kejuruteraan dan mempunyai kampus utama di utara Los Angeles.\rHarvard yang berusia 365 tahun, buat pertama kalinya gagal mengungguli tempat teratas sejak THE mula menerbitkan kedudukan universiti global, berkongsi tempat kedua dengan universiti Stanford, California. \rUniversiti Chicago juga mengekalkan prestasi dengan menjadi antara 10 pusat pengajian terbaik. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|