CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 182|Reply: 0

Pelaburan Jepun tak berubah

[Copy link]
Post time 5-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bencana tsunami tidak beri kesan kemasukan perniagaan baru, yen kukuh\rKEMASUKAN pelaburan syarikat Jepun ke negara ini masih memberangsangkan walaupun negara itu berdepan masalah akibat bencana tsunama Mac lalu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed.\r\n\n\n\n\rBeliau menegaskan, pihaknya mendapati tiada perubahan pada arah aliran kemasukan pelaburan ke negara ini, dengan kebanyakan syarikat Jepun di sini terus menambah pelaburan mereka.\r\r\n\n\n\n\n“Walaupun prestasi pertumbuhan ekonomi mereka (Jepun) belum begitu memberangsangkan, mereka mempunyai nilai yen yang kukuh serta syarikat di sana pula berdepan dengan pelbagai isu antaranya kos struktur yang tinggi.\r“Ini menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dengan syarikat Jepun yang sudah berada di sini terus menambah pelaburan. \r“Kita juga terus menerima pelaburan baru daripada syarikat negara itu,” katanya selepas majlis penyampaian anugerah Biasiswa Panasonic 2012 di kementeriannya di Kuala Lumpur, semalam.\rHadir sama, Menteri dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan Jepun di Malaysia, Koichi Ito; Presiden Biasiswa Panasonic Co Ltd, Kazuhiro Kawano dan Pengarah Panasonic Management Malaysia Sdn Bhd, Toshiro Okamoto.\r\n\n\n\n\rTiga penerima Biasiswa Panasonic bagi kali ke-15 itu ialah Charles Lau Kwok Chung, Gan Siew Pey dan Hew Zhi Xin yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di universiti terkemuka di Jepun selama tiga tahun.\rMereka antara 45 rakyat negara ini dipilih menerima biasiswa itu sejak 1998 sempena memperingati ulang tahun Panasonic ke-80 serta sumbangan Panasonic untuk memberikan pendidikan terbaik Jepun kepada pelajar berpotensi dari pelbagai negara.\rMengenai kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) secara keseluruhan ke negara ini, Mustapa berkata, pihaknya juga tidak melihat sebarang penurunan dengan pencapaian FDI sangat memberangsangkan pada separuh tahun pertama tahun ini.\r“Pada separuh pertama tahun ini, FDI menunjukkan peningkatan sebanyak 76 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan saya percaya masih ada momentum kemasukan FDI ke negara ini pada separuh tahun kedua, dan kita berada di landasan menuju sasaran FDI RM55 bilion tahun ini,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.397943 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list