View: 246|Reply: 0
|
Masjid di utara Israel dibakar
[Copy link]
|
|
Polis dakwa perbuatan dilakukan waktu malam bermotif balas dendam\rBAITULMAQDIS: Sebuah masjid di utara Israel dibakar pada waktu malam dengan slogan bermotif dendam tertulis di luar dindingnya manakala polis sebagai ‘satu insiden yang amat malang sekali.’\r\n\n\n\n\rJurucakap polis, Mickey Rosenfeld memberitahu AFP bahawa sebilangan suspek memasuki masjid di kampung Badwi di Tuba Zangaria dan membakar masjid berkenaan menyebabkan kemusnahan teruk pada permaidani dan dinding.\r\r\n\n\n\n\n “Di luar masjid itu tertulis kata-kata ‘harga yang perlu dibayar’ dan ‘balas dendam’ dalam bahasa Hebrew,” kata Rosenfeld.\rMereka turut menulis perkataan ‘Palmer’ yang merujuk kepada Asher Palmer, seorang penduduk Israel yang mati bersama anak lelakinya di selatan Tebing Barat pada 23 September lalu selepas kereta mereka dibaling dengan batu oleh penduduk Palestin menyebabkan kemalangan.\rPenduduk Yahudi yang mengamalkan apa yang mereka panggil sebagai dasar ‘balas dendam’ di mana mereka menyerang penduduk Palestin dan harta benda mereka sebagai reaksi balas kepada beberapa tindakan kerajaan Israel ke atas pendatang Yahudi.\rHampir semua serangan berlaku di kawasan yang diduduki di Tebing Barat tetapi tahun lalu satu insiden hampir sama berlaku di perkampungan Arab Israel di Iblin, juga di utara wilayah Galilee.\r\n\n\n\n\rPolis Daerah utara, Komander Roni Attia menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menyiasat insiden dan polis menggariskan keselamatan di kawasan itu untuk menghalang insiden rambang, kata Rosenfeld.\r“Ini adalah satu insiden paling teruk,” kata polis yang memetik Attia.\rBeliau menggesa penduduk di kawasan berkenaan menjaga ketenteraman awam dan membenarkan polis menyiasat insiden tanpa campur tangan. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|