CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 108|Reply: 0

500 usahawan muda 21 negara kongsi idea

[Copy link]
Post time 4-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
APEC YES dijangka jana transaksi perniagaan RM45j \rLEBIH 500 usahawan muda dari 21 negara akan berhimpun pada Persidangan Usahawan Muda Asia Pasifik (APEC YES) 2011 bertemakan Merungkai Nilai Ekonomi Melalui Inovasi di Pusat Konvensyen Berjaya, Kuala Lumpur selama tiga hari bermula 18 Oktober ini.\r\n\n\n\n\r  Persidangan yang juga kesinambungan daripada Asia Pacific Young Business Conference & Trade (APYBC) yang diadakan di Putrajaya tahun lalu itu bertujuan memantapkan perniagaan usahawan muda menjadi lebih inovatif serta platform untuk berkongsi pengalaman dan masalah.\r\r\n\n\n\n\n  Program anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan Dewan Perniagaan Malaysia Antarabangsa (IMCC) memberikan tumpuan kepada tiga sektor iaitu Teknologi Hijau dan Inovasi, Seni Kreatif serta Industri Borong dan Runcit.\rSelain seminar, APEC YES 2011 turut menampilkan pameran produk oleh usahawan, sesi padanan perniagaan, majlis penghargaan dan misi lawatan dagang.\rDi samping penceramah hebat, 10 selebriti   juga terdiri daripada   usahawan turut dilantik menjadi duta APEC YES 2011 yang akan turut menyertai pelbagai aktiviti dalam persidangan berkenaan.\rMereka ialah Khairul Fahmi Che Mat (penjaga gol kebangsaan); Aaron Aziz, Neelofa dan Fizo (pelakon); Rosma, Khai, Sabhi Saddi dan Adam (penyanyi); Nadine Ann Thomas (Miss Universe 2010) serta Kiran (penyampai radio).\r\n\n\n\n\rPresiden IMCC, Agil Faisal Ahmad Fadzil, berkata pihaknya menyasar nilai transaksi perniagaan lebih RM45 juta melalui sesi padanan perniagaan dalam APEC YES 2011, peningkatan besar berbanding hanya RM18 juta pada APYBC 2010.\r“Perbezaan kali ini ialah kita mengenal pasti Multimedia Development Corporation (MDeC) dan sebuah syarikat dalam talian dari Amerika Syarikat sebagai ketua untuk melaksanakan padanan perniagaan dan SME Corp sebagai pemudah cara melakukan padanan perniagaan.\r“Dengan kehadiran selebriti sebagai duta, kami berharap dapat menarik minat lebih 5,000 warga muda tempatan   untuk menyaksikan pameran sekali gus menceburi bidang perniagaan,” katanya pada sidang media prapelancaran APEC YES 2011 di Kuala Lumpur, semalam.\rHadir sama, Timbalan Menteri MITI, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengarah Kanan Bahagian Kerjasama Asia Pasifik MITI, Datuk N Vasudevan.\rAgil Faisal berkata, antara isu yang akan dibincangkan dalam persidangan itu ialah akses kepada pasaran dan peningkatan daya saing, iaitu antara cabaran yang dihadapi usahawan tempatan dan serantau.\r“Program ini turut menjanjikan peserta bukan saja pengalaman baru tetapi turut menawarkan peluang untuk meningkatkan jenama tempatan ke pasaran global,” katanya.\rSementara itu, Mukhriz berkata, dalam kelembapan ekonomi dan saingan perniagaan yang sengit, pihaknya berharap usahawan muda dapat meningkatkan keupayaan untuk berjaya melalui inovasi.\rBeliau berkata, bagaimanapun, pihaknya mendapati usahawan dalam bidang keusahawanan berinovasi berdepan halangan bantuan kewangan untuk menjalankan perniagaan.\r“Justeru, kita harap Bajet 2012 yang akan dibentangkan Jumaat ini bukan saja memberikan akses mudah untuk mendapatkan dana pinjaman tetapi juga memberikan peningkatan dana terutama kepada usahawan berinovasi,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.050222 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list