CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22848|Reply: 103

Penerbit filem dan anak dijel - Penyanyi pujaan malaya dipenjara??

[Copy link]
Post time 4-10-2011 07:58 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Seorang penerbit filem, Datuk Adzhar Sulaiman (gambar) dan dua anaknya dipenjara dan didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas disabitkan bersalah atas tuduhan menerima deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM59 juta.

Hakim Rozana Ali Yusoff memerintahkan Adzhar, 56, selaku Pengurus Besar Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dihukum penjara dua tahun dan didenda RM1 juta atau 10 bulan penjara kerana mengambil deposit haram manakala bagi tuduhan mengubah wang haram, dia dihukum penjara tiga tahun.

Anak perempuannya, Noradzma, 35, yang turut menghadapi tuduhan serupa dipenjara tiga tahun dan denda RM500,000 atau enam bulan penjara sementara Noradz Travel & Services pula didenda RM5 juta atas tuduhan mengambil deposit tanpa lesen.

Seorang lagi anak Adzhar, Noradzrin, 26, yang bergelar penyanyi dan popular dengan lagu Pujaan Malaya dihukum penjara setahun bagi kesalahan mengubah wang haram.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd. Moin dan pegawai pendakwa, Anthony Kularaj, kedua-duanya dari Bank Negara Malaysia serta dua Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara, Mohd. Farez Rahman dan Mohd. Haziq Razali.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam, Afifudin Mohd. Hafifi didakwa menggunakan wang haram untuk membeli hartanah, produk insurans, pelaburan serta memindahkan wang ke akaun anak syarikat mereka di beberapa buah bank di sekitar Kuala Lumpur di antara 14 Ogos 2007 dan 6 Januari 2009. -sumber kosmo-

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2011 08:05 AM | Show all posts
Mana gambarnya? Noradz Travel & Services tu macam familiar aje....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 08:06 AM | Show all posts
siannyer.
dulu dia penah masuk MELODI kan..
kes jenayah apa ntah.tp dia nafi..dianiayai katanyer....
skrg??
ntah lor..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 08:06 AM | Show all posts
ingatkan azhar sulaiman......
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 08:06 AM | Show all posts
Nordaz Travel dah kena..
ACKiok..in de list...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 08:07 AM | Show all posts


adzrin adzhar yg nyanyi lagu pujaan malaya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-10-2011 08:09 AM | Show all posts
ni penyanyi yang ada pelat 'S' tu kan...??
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 08:09 AM | Show all posts
siannyer.
dulu dia penah masuk MELODI kan..
kes jenayah apa ntah.tp dia nafi..dianiayai katanyer.. ...
cicicumel Post at 4-10-2011 08:06


bkn kes jenayah laen. kes ni lah yg dok tertangguh lama gak
MLM punya cerita la ni. kantoi sekali dgn geng2 buluh emas dll.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2011 08:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 08:12 AM | Show all posts
a'ah ank dia yg pelat S tu

bapak dia ni klu xslh penerbit utk filem yg konon2 dulu nk gabungkan pelawak muda + tua. apek, nabil dan ramai lg rasanya tp sampai sekrg filem tu xkuar sbb kes jenayah dorg ni. lupa dh nama filem tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 08:15 AM | Show all posts
ta kenal pongggg
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 08:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 08:28 AM | Show all posts
100 jota tuhh.... giler ar...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 08:31 AM | Show all posts
haramjadah tak kenal..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 08:36 AM | Show all posts
ingatkan azhar sulaiman......
devilito Post at 4-10-2011 08:06


beso sgt ke anak azhar sleman tu smpai boleh dijel skali ngan bapaknye??
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 08:38 AM | Show all posts
pengubahan wah haram tu mcm mana ek... sbut money laundering... ingat duit p anto kedai dobi ajo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2011 08:40 AM | Show all posts
oooohh pilemm syyyhh dia datang ke apa tah kan..apek ade sebut arituu..
azdrin azhar ni dh kawen n ade ank kecik lg rasanyaaa..
hurmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 08:41 AM | Show all posts
Reply 7# GreenPurple


   iye kut...dia memang tak leh nak sebut huruf 's'
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 08:44 AM | Show all posts
haram tak kenal...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 08:48 AM | Show all posts
beso sgt ke anak azhar sleman tu smpai boleh dijel skali ngan bapaknye??
dibs Post at 4-10-2011 08:36


tu la pasal......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.071773 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list