|
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mengumumkan pengurangan cukai korporat sebanyak satu atau dua peratus dalam Bajet 2012.\rFirma perundingan dan perakaunan bebas antarabangsa, UHY berkata, bajet tahunan itu juga akan menyaksikan lebih banyak inisiatif peringkat dasar bagi meningkatkan lagi daya tarikan rejim percukaian Malaysia, untuk kedua-dua perniagaan domestik dan antarabangsa yang melabur di negara ini.\r\n\n\n\n\r \"Berikutan ketidaktentuan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, Perdana Menteri mungkin mengumumkan cadangan cukai yang boleh merancakkan lagi perdagangan antara Asean dan perdagangan dengan China bagi menangani pertumbuhan perlahan berikutan kejatuhan dalam import barangan Malaysia oleh AS dan Eropah,\" katanya dalam satu kenyataan semalam.\r\r\n\n\n\n\n Najib yang juga adalah Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 di Parlimen pada 7 Oktober ini.\rUHY menegaskan, pengurangan kadar cukai dalam Bajet 2012 boleh merangsang daya saing dan pertumbuhan Malaysia.\rFirma yang mempunyai rangkaian pejabat di hampir 240 pusat perniagaan di 78 negara itu juga berkata, penyelidikan menunjukkan Malaysia mempunyai satu daripada sistem cukai mesra perniagaan dan paling kompetitif di dunia hari ini memandangkan keadaan global, dengan krisis hutang di AS dan Kesatuan Eropah.\r\"Seiring dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara pendapatan tinggi, daya saing rejim cukai negara amat penting,\" kata Alvin Tee dari UHY Malaysia dalam kenyataan itu.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, tambahan pengurangan cukai akan meletakkan Malaysia di peta sebagai tempat baik bagi pelabur dan perniagaan antarabangsa. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|