CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Bisnes Dunia: Pasaran Asia ditutup bercampur-campur

[Copy link]
Post time 29-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Harapan pemimpin di zon euro krisis hutang selesai  \rPASARAN saham Asia ditutup bercampur-campur dalam dagangan yang kecil semalam di sebalik kenaikan pasaran Wall Street dan Eropah masing-masing meningkat berikutan harapan supaya pemimpin di zon euro semakin hampir mencapai penyelesaian kepada krisis hutang rantau itu.\r\n\n\n\n\r  Keuntungan awal pagi bagaimanapun dikurangkan apabila peniaga mula mengambil tindakan berhati-hati kerana kurangnya bukti kukuh ke atas rancangan itu, sambil turut menanti keputusan undian utama di Jerman hari ini. \r\r\n\n\n\n\n  Ahli parlimen negara itu akan membuat keputusan meningkatkan dana menyelamat untuk negara Eropah.\rTokyo ditutup sederhana, meningkat 5.70 mata kepada 8,615.65 dan Sydney meningkat 0.87 peratus, atau 34.9 mata lebih tinggi pada 4,039.5 mata.\rSeoul diakhiri pada 0.73 peratus, atau 12.62 mata lebih rendah pada 1,723.09, sehari selepas melonjak lebih lima peratus, manakala Shanghai susut 0.74 peratus pada tengah hari.\rSementara itu, Hong Kong rugi 0.19 peratus apabila kegiatan pengambilan untung berlaku selepas pasaran melonjak 4.15 peratus sesi sebelumnya.\r\n\n\n\n\rWalaupun kenaikan berlaku, tiada sebarang isyarat jelas penyelesaian ke atas krisis hutang yang mengheret turun pasaran global dan meningkatkan kebimbangan berlakunya satu lagi krisis kewangan.\rHanya Perancis memberi sedikit bayangan untuk mengakhiri krisis itu, apabila Perdana Menterinya, Francois Fillon, berkata pengumuman akan dibuat selepas parlimen Jerman meluluskan rangsangan dana menyelamat zon euro.\rTindakan lewat pemimpin Eropah terhadap masalah hutang kerajaan yang berpanjangan itu mencetuskan kebimbangan pasaran bahawa mereka kurang kesepakatan dan keazaman untuk mengelak bencana ekonomi.\rNamun, pasaran Amerika Syarikat (AS) dan Eropah ditutup positif untuk hari kedua berturut-turut.\r“Secara asasnya, tiada apa yang berubah dan kita sendiri tidak pasti apa tindakan seterusnya dalam tragedi Greece yang berlarutan ini,” kata ahli ekonomi kanan ANZ Bank, Khoon Goh.\r“Petunjuk utama akan masih memberi kesan kepada pasaran untuk beberapa masa lagi,” katanya kepada Dow Jones Newswires.\rCanselor Jerman, Angela Merkel kelmarin sekali lagi memberikan sokongannya kepada Greece dan berjanji memberi apa juga bentuk bantuan kepada Athens, yang memerlukan bahagian baru dana tunai menyelamat untuk mengelakkannya daripada gagal membayar hutang.\r“Kami mahukan Greece yang kukuh di kawasan euro, Jerman sedia memberi apa saja bantuan diperlukan,” katanya selepas satu pertemuan dengan Perdana menteri Greece,  George Papandreou di Berlin.\rPemimpin Greece itu pula berkata, beliau berazam untuk melaksanakan perubahan ‘bukan saja untuk mengatasi krisis sedia ada, tetapi untuk menjadikan Greece lebih berdaya saing’. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.505465 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list