CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22800|Reply: 219

Lirik Najwa Hina Tuhan?

  [Copy link]
Post time 28-9-2011 12:52 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 28 SEPT 2011: Penyanyi muda, Najwa Latif, 16, yang baru menempa namanya dengan lagu Cinta Muka Buku telah didakwa menghina Tuhan menerusi lirik yang dinyanyikan dalam lagu tersebut.

        Semuanya gara-gara karana  sebaris lirik dalam lagu itu  yang berbunyi:  'itulah cinta yang satu, cinta di muka buku' yang ditulis oleh kakaknya, Syafika Latif,22. Di sebabkan sebaris lirik tersebut, Najwa Latif  telah dikritik oleh beberapa pihak termasuk pengunjung laman Youtube yang menonton video muziknya.

.
        Rata-ratanya tidak bersetuju dengan lirik yang dinyanyikan anak kelahiran Batu Pahat Johor ini kerana ia seolah-oleh telah menghina Tuhan dan mereka berpendapat cinta yang satu hanyalah pada Allah bukan kekasih.

        Namun, Najwa Latif ketika dihubungi murai.com.my sekeras-kerasnya menepis dakwaan tersebut kerana dia memberitahu lirik yang ditulis itu tidak bermaksud demikian, sebaliknya apa yang cuba disampaikannya itu  adalah cinta sesama manusia.

        "Pertama sekali terus-terang saya dan kakak memang tiada niat untuk menduakan Tuhan menerusi lirik yang ditulisnya dan dinyanyikan oleh saya itu. Sebagai orang Islam saya tahu cinta yang agung itu hanyalah kepada Allah.

        "Tetapi apa yang saya faham, yang dimaksudkan oleh kakak saya dengan lirik tersebut adalah cinta sesama manusia yang kekal hingga ke akhir hayat. Dengan maksud lain, satu-satunya cinta kekasih yang kekal hingga membawa kepada perkahwinan.
        "Yelah, lagipun saya pernah dengar banyak kisah orang yang bercinta dan kenal kekasih dalam facebook kekal hingga ke jinjang pelamin.
        "Tambahan pula, orang tidak boleh kaitkan lagu ini dengan Tuhan kerana lagu ini pun mengenai cinta muka buku bukan cinta pada Allah. Jadi di situ maksudnya sudah jelas," katanya yang tidak akan mengambil tindakan untuk menukarkan lirik tersebut.
        Tambah Najwa lagi, dia yakin tidak semua pihak akan suka dengan apa yang dilakukan. Oleh sebab itu dia juga tidak pernah mengendahkan page Najwalatif Haters yang pernah wujud sebelum ini.

        "Sehingga kini saya tak pasti siapa yang mewujudkan laman membenci saya di facebook. Bila saya dapat tahu mengenai perkara tersebut saya terus meminta nasihat ibu bapa saya.

        "Mereka nasihatkan saya suapaya terima sahaja penerimaan orang kerana tidak semua orang sukakan diri dan cara kita. Bagaimanapun saya bersyukur kerana laman tersebut telah pun dihapuskan," tambah pelajar tingkatan 4 SMK Perempuan Temenggong Ibrahim Batu Pahat, Johor.

        Apa yang pasti, Najwa yang mula popular lagu tersebut menerusi laman Youtube kini telah mengikat kontrak selama dua tahun bersama NAR Records sejak Mac lalu.

        "Saya bersyukur kerana NAR Records nampak bakat saya. Mereka yang melihat bakat saya dalam laman Youtube pada Mac lalu terus memanggil saya untuk diujibakat. Kemudian mereka setuju untuk mengambil saya sebagai penyanyi di bawah syarikat mereka.

        "Selepas mereka berjaya menonjolkan lagu Cinta Muka Buka, kami kini dalam proses untuk single kedua saya yangt berjudul Carta Hati. Single kedua dijangka akan keluar pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan," jelasnya yang bakal memperlahankan aktiviti seninya mulai tahun hadapan demi menumpukan perhatian pada Sijil Pelajaran Malaysia yang akan didudukinya.

Credit to :murai.com.my


P/S Aku tak faham. benda macam ni pun kontroversi ker???? Kalau macam Hantu Bonceng tu sah2 la...bukan lagu semua mcm ni ker lirik dia???  Rasa nak pelempang jer orang yang paranoid tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2011 12:53 PM | Show all posts
ce paste lirik tu mai nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 12:55 PM | Show all posts
pe yg hina nye.. iskkk..aku pon x paham
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:04 PM | Show all posts
duh..
ini pon nak jd kontroversi?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:05 PM | Show all posts
tepek la keseluruhan  lirik lagu tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:06 PM | Show all posts
adoiii.....pasal ni je....emmm...mmg wartawan sampah....benda kecik pun nak jdkan kontroversi...pasni masuk melodi...mencik aku!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2011 01:08 PM | Show all posts
aku paling menyampah dengar lagu ni...kalo kuar kat radio je aku tukar siaran lain...bingit
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:08 PM | Show all posts
duhhhhh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2011 01:09 PM | Show all posts
Camtu haramkan gak lagu KeranaMu Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:10 PM | Show all posts
terang2 lirik pasal cinta sesama insan...YG BENGKOK KE TUHAN TU BONGOK KE APA!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:11 PM | Show all posts
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:13 PM | Show all posts
Reply 5# alesandra



Tu pun jadi hal lah dorang ni..adehhhhhh


---------------------------------------------------------------


Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu


Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oohh kenakah rasa itu
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja


-----------------------------------

mehh aku tolong tepek kan..ni ha lirik dia..

p/s : tapi aku rasa rumor yang kekonon kata MARK mintak royalti dari lagu MUKA BUKU ni macam lagi lawak je dari kontrebesi ni..hukhukhuk
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:16 PM | Show all posts
Reply 7# pressor


    aku pong tak suke...dia ni mcm nak tiru yuna kan....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:21 PM | Show all posts
Reply 12# nurelle

lerr... psl cinta kat facebook kekdahya
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:22 PM | Show all posts
alah, lagu spider tu cmane plak,

tiada lafaz yang lebih agung, kalimah cintamu yang ku tunggu tunggu

xde kontroversi pun..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:26 PM | Show all posts
kontroversi murahan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2011 01:27 PM | Show all posts
Reply 15# syasyafina

Cinta Teragung Hazama pon same gak, xdo plak bising
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:31 PM | Show all posts
Lagu tu best jer, and Najwa ni talented giler. Baru form 4 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:35 PM | Show all posts
lg kes hina agama....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:36 PM | Show all posts
2pon nk kontroversi?? ape ntoh... xnmpk salah tang mana pong...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.072277 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list