CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

PERLUKAH AKU?

    [Copy link]
Post time 17-10-2011 12:24 PM | Show all posts
kak adilla...
hari ni x de n3 baru ke???
dah windu nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2011 03:38 PM | Show all posts
seperti dijanjikan...show time...ready semua... lambat sikit, NET baru settle....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2011 03:39 PM | Show all posts
15

“Haji Dinnn….” Panggil ku perlahan. Perut yang sakit sejak pagi tadi membuat aku tak duduk diam. Gelisah semacam.

“Kenapa Aminah Amia?” tanya Haji Din sambil meletakkan suratkhabar yang dibacanya.

Haji Din bangun dan mendekati aku. TV yang terpasang pun aku dah tak perduli apa rancangannya. Ingat tadi nak cuba memasak dan akan diajar oleh Haji Din tetapi selesai sarapan, Haji Din mengajak aku duduk di ruang tamu menemaninya dahulu.

“Kenapa Aminah Amia?” tanya Haji Din lagi bila melihat aku memejamkan mata.

Sakit perut membuat aku tidak boleh nak berfikir dan menjawab. Tiap-tiap bulan begini. Bangun tidur tadi aku cuba gagahi menyediakan sarapan untuk Haji Din. Lelaki ini masih belum bertugas lagi. Minggu depan Haji Din akan masuk pejabatnya semula. Haji Din hanya mengambil seminggu cuti. Walaupun hanya roti bakar, aku cuba sebaik mungkin menjalankan kewajipan aku sebagai seorang isteri. Kata Haji Din, walaupun kita tidak pandai tetapi mesti ada hati hendak belajar. Jangan jadi orang yang pandai tetapi berlagak macam orang bodoh. Aku pun pelik dengan kata-kata Haji Din tetapi bila lelaki itu menghuraikan dari simpulan bahasa ‘Sombong Bodoh’ barulah aku mengerti. Haji Din juga menambah, mula-mula aku hanya menyediakan roti bakar untuknya tetapi dari hati aku yang ikhlas hendak belajar tidak mustahil setelah sebulan aku mampu menyediakan bihun goreng untuk sarapannya. Segalanya mungkinkan?

“Aminah Amia, kenapa dengan kamu? Sakit dimana?” tanya Haji Din dengan nada yang risau. Perlahan-lahan aku membuka mata dan menatap wajah bersihnya yang dekat dengan aku. Hembusan nafasnya terasa menampar-nampar kulit wajah ku.

“Demam?” pertanyaan Haji Din menyedarkan aku. Tangannya menyentuh dahi ku yang jendol ini.

“Tak panas pun.” Ngomel Haji Din sendiri. Memanglah tak panas Haji Din sebab sakitnya bukan disitu.

“Aminah Amia sakit kat mana ni? Cuba bagitahu saya.” Lembut Haji Din berbisik bila melihat aku mengerutkan dahi.

“Minah sakit kat perut.” Jawab ku lemah. Bila mendengar demikian serta merta tangan Haji Din hendak memegang perut aku yang beralas tshirt tetapi cepat aku tolak.

“Kenapa?” tanya Haji Din hairan.

“Haji Din nak buat apa nak pegang perut Minah. Perut Minah bukan demam pun.” Luah ku sambil memejam mata kembali bila rasa sakit itu datang.

“Sorry! Aminah Amia ada salah makan ke?” tanya Haji Din.

“Tidak. Minah bukan sakit perut macam Haji Din cakap tu.” Luah ku. Aku dah semakin nak sakit hati bila Haji Din masih nak tanya itu ini. Takkan aku hendak beritahu lelaki yang aku ini sedang berjuang melawan bendera jepun.

“Kita pergi klinik.” Haji Din dah bangun bila berkata demikian.

“Minah tak mahu.” Pinta ku. Nak bergerak pun terasa sakit. Inikan pula nak berjalan. Selalunya kalau kena begini, aku lebih suka berbaring.

“Aminah Amiakan sakit. Biar doktor check kenapa dengan perut Aminah Amia.” Pujuk Haji Din bila aku masih tidak bergerak.

“Minah memang sakit begini tiap-tiap bulan.” Keluh ku.

“Sakit macam ini tiap-tiap bulan? Kenapa Aminah Amia biarkan. Tak cakap dengan mak dan abah ke?” Haji Din kembali duduk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2011 03:41 PM | Show all posts
“Mereka tahu. Kak Kirah pun tahu.” Jawab ku lemah. Haji Din ini masa yang tak tepat dia nak bersoal jawab.

“Jadi kenapa tak ubatkan?” Haji Din masih bertanya. Aduhhh..Haji Din ini masih nak tanya lagi.

“Kak Kirah kata memang penyakit alam sejagat.” Aku beritahu apa yang Kak Kirah pernah bagitahu aku dulu.

“Cuba Aminah Amia terangkan betul-betul. Aminah Amia sakit perut kenapa? Apa yang penyakit alam sejagat?” Pinta Haji Din sambil mengelus jari jemari ku berulang kali. Rasa
sakit berkurangan bila Haji Din memicit-micit tangan ku.

“Tiap-tiap bulan masa Minah datang bulan, Minah akan sakit perut. Itulah Kak Kirah cakap penyakit sejagat. Perempuan akan kena sakit tu.”terang ku panjang lebar.

“Ohhhh…” panjang ‘O’ Haji Din. Ada senyuman terbias dibibirnya.

“Haji Din gelakkan Minahkan.” Rajuk ku.

“Bukanlah sayang. Jom kita naik atas.” Ajak Haji Din lantas bangun. Tangannya mencapai jari jemari aku supaya aku turut bangun.

“Bukan nak pergi klinik ke?” aku pula bertanya. Tadi tak mahu sekarang aku pula membangkitkan.

“Tak mengapa, saya ubatkan.” Haji Din masih menarik aku bangun.

“Kenapa?” tanya Haji Din bila melihat aku mengeleng kepala.

“Tak larat. Minah nak baring kat sini.” Jawab ku lantas aku menyengetkan tubuh aku.

“Tak boleh. Tak selesa di sini. Kita naik atas okey.” Haji Din pula memujuk. Dah macam anak kecil pula. Minah dah mengada-gada tu.

“Tak mahu!” bentak ku alah-alah manja. Tapi yang sebenarnya aku malas nak meniti tangga bila sakit ini semakin mencucuk-cucuk.

“Baiklah. Jom!” Haji Din menyeluk dari bawah tubuh ku yang hampir terbaring. Dijulang tubuh aku yang kecil ini dengan tenaga lelakinya. Aku dah terlopong. Terkejut. Selama ini mana pernah aku didukung dalam keadaan sedar. Hari itu aku tertidur jadi tidak nampaklah apa yang Haji Din lakukan. Sekarang aku rasa pipi dah membahang.

“Haji Din, janganlah dukung Minah macam ini. Minah bukan anak kecil.” Pinta ku. Aku cuba meronta tetapi Haji Din dengan kejap memegang tubuh aku.

“Cuba Aminah Amia duduk diam. Jangan meronta. Kalau tidak dengan saya sekali jatuh.” Pujuk Haji Din.

“Minah tak nak macam ini.” Renggek dan sendu ku mula nak berlagu.

“Kenapa nak nangis ni? Saya nak bawa Aminah Amia naik atas. Rehat kat bilik. Baru selesa.” Haji Din masih memujuk. Sambil itu Haji Din dengan tegap memulakan langkah.

“Minah jalan sendiri yeh!” pinta ku. Mata menyapu segala yang ada di wajah Haji Din.

“Tak boleh! Biar saya yang dukung Aminah Amia. Jangan melawan.” Suara Haji Din dah lain.
“Errmmm..”hanya itu jawapan ku.

“Bagus!” satu kucupan singgah di hidung aku membuat mata dah membulat. Haji Din dah start drama ke? Jantung dah lari beribu batu. Tinggalkan hati yang tak tentu arah. Haji Din ni kan.

Haji Din tetap meneruskan langkah. Ketika ingin memulakan langkah meniti tangga Haji Din mengemaskan pautanya membuat aku segera memeluk lehernya. Satu persatu mata tangga di titi. Penuh cermat. Matanya tetap terarah pada aku. Haji Din dah hafal mata tangga kot. Takut terjatuh, tangan aku erat memaut leher Haji Din. Senyuman Haji Din buat aku malu. Aku pejam mata dan terdengar getus ketawa Haji Din. Mengusiklah tu. Tapi masa kat rumah mak kenapa wajah Haji Din tegang. Tak gatal macam sekarang.

“Aminah Amia, tolong pulaskan tombol pintu tu. Tangan saya tak sampai nak buka pintu.” Pinta Haji Din.

“Turunkan Minah, Haji Din. Kan senang kalau nak buka pintu.” Aku pula meminta.

“Tak perlu! Cepat!” arah Haji Din dan aku terpaksa membuka pintu dengan didukung. Setelah pintu terkuak perlahan Haji Din melangkah dan meletakkan aku diatas katil dalam bilik kami. Setiap gerakannya perlahan dan berhemah.

“Aminah Amia tunggu sekejap. Nanti saya bawakan ubat.” Luah Haji Din dan hilang dibalik pintu. Aku termangu. Rasa sakit kembali menyenggut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2011 03:43 PM | Show all posts
Aku cuba tahan dan mengambil bantal kepala dan aku dakap erat. Bucunya aku letakkan diperut. Kaki dah mula sejuk. Aku pejam mata. Manalah Haji Din ini.

“Aminah Amia! Makan ubat ini.” Haji Din mengejutkan aku. Entah bila Haji Din masuk.

“Ini ubat apa?” tanya ku tak larat.

“Ini ubat tahan sakit.” Terang Haji Din dan cuba disuapkan ke bibir aku. Segelas air  juga.

“Tak makan tak boleh ke?” tanya ku minta simpati. Aku tahan jari Haji Din yang hampir ke mulut aku. Kalau bab ubat-ubat ini aku tidak biasalah. Selalunya sapu je minyak angin.

“Kena makan, kalau tidak kita pergi klinik. Mana satu Aminah Amia nak?” ugut Haji Din sambil merenung aku tepat. Haji Din dah pandai mengugut pulak. Renungan matanya yang bagai helang itu sering mengugat jiwa lara aku ini. Tindakan Haji Din terbantut.

“Kalau tak baik juga macam mana?” aku pula bermain tarik tali dengan Haji Din.

“Kalau tak baik, sudah pasti pergi hospital. Biar dipotong perut Aminah Amia ni.” Usik Haji Din. Aku dah terkedu. Pucat. Takkan sampai begitu sekali. Takut! Aku pernah dengar ada orang kena potong perut sebab nak keluarkan bayi dalam perut tetapi sakit alam segajat ini takkan sampai begitu tindakannya.

“Cepatlah! Minah nak makan ubat.” Pinta ku sungguh-sungguh. Takut kalau sakit ini tak baik. Haji Din dah tersenyum.

“Itulah isteri saya, Aminah Amia.” Jawab Haji Din. Sebiji pill disuapkan oleh Haji Din. Sebaik masuk dengan cepat aku meminta air. Haji Din dengan tekun menyuakan kebibir aku.

“Aminah Amia baring sekarang.” Arah Haji Din sambil lelaki itu bangun mengambil sesuatu didalam laci di sebelah katil. Sebiji bantal kecil diletakkan dan wayar disambung ke pelak utama.

“Apa tu Haji Din?” tanya ku penuh minat. Aku pandang Haji Din yang sedang menyambungkan wayar tersebut dan membiarkan lampunya menyala.

“Ini dinamakan bantal garam.” Jawab Haji Din.

“Nak buat apa bantal ni. Kenapa dipanggil bantal garam?” Bagai murid sekolah dengan cikgunya.

“Sebab didalamnya ada air garam. Boleh digunakan untuk tuam badan kita yang sakit-sakit. Juga boleh digunakan untuk menungku perut yang sakit.” Terang Haji Din lagi.

“Ohhh…” jawab aku dan pandangan jatuh keatas bantal garam tersebut yang dah bertukar warna lampunya.

“Angkat baju Aminah Amia.” Pinta Haji Din sambil mencabutkan wayar tersebut dari bantal garam itu.

“Nak buat apa Haji Din?” tanya ku malu. Ada ke Haji Din nak tengok perut aku pulak.

“Saya nak tungkukan perut Aminah Amia. Biar kurang sakitnya.” Jawab Haji Din dan menunggu tindakan dari aku.

“Kalau tak buat takpekan.” Aku cuba meraih simpati dari Haji Din. Aku malu kalau Haji Din tengok perut aku yang tak cantik ini. Lagipun tidak pernah aku menayangkan tubuh badan aku pada orang lain. Apatah lagi lelaki.

“Kalau begitu terpaksalah saya bawa Aminah Amia ke hospital.” Duga Haji Din.

Serta merta aku mengangkat baju dan menutup mata. Malu aku hendak mengadap Haji Din dalam keadaan begitu. Hampir dalam lima belas saat tiada apa-apa tindak balas dari Haji Din aku membuka mata kembali. Terpaut pandangan dengan Haji Din yang masih merenung aku sambil tersenyum. Rupa-rupanya Haji Din memasang perangkap untuk mengenakan aku. Teruk Haji Din.

“Haji Dinnnnn…” renggekku dan membuat Haji Din ketawa. Muka dah merah sangat. Malu.

“Okey! Okey!” hanya itu jawapan Haji Din dan tangannya tangkas meletakkan bantal garam tersebut diatas tangannya kemudian baru diletakkan atas perut ku. Mungkin hendak menguji tahap kepanasannya. Rasa selesa bila Haji Din berbuat demikian. Kesakitan yang mengigit berkurangan sedikit.

“Aminah Amia! Kenapa dengan perut kamu ini?” Haji Din terus bertanya bila tuamannya terkena parut di perut aku.

“Oh! Itu parut kena rotan dengan mak.” Luah ku perlahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2011 03:45 PM | Show all posts
“Panjangnya. Dengan apa mak rotan Aminah Amia?” Haji Din tak puas hati. Habis dibeleknya parut yang meninggalkan kesan mendalam pada aku. Terasa sejuk jari jemari Haji Din bila terkena kulit perut aku.

“Dengan buluh.” Cerita ku sebak.

“Kenapa mak rotan Aminah Amia? Takkan sampai begini sekali.” Sekali lagi Haji Din bertanya dan ada nada tidak puas hati disetiap pertanyaannya.

“Minah tak sengaja makan nasi goreng yang mak bungkuskan untuk Kak Kirah. Bila mak tengok Minah tengah makan, mak rotan dengan rotan buluh yang memang ada mak simpan.” Luah ku. Tak sanggup nak kenangkan memori lama yang meninggalkan kesan sehingga hari ini.

“YA ALLAH! Apasal sampai begini sekali.” Marah Haji Din. Aku pandang wajahnya yang sudah mula kemerahan.

“Haji Din jangan rotan Minah yeh. Kalau Minah salah, marah saja yeh. Sakit tau bila kena rotan.” Pinta ku.

Airmata serta merta mengalir perlahan-lahan. Apa yang berlaku hari itu kembali menjengah dalam fikiran. Hampir seminggu aku demam. Kak Kirah yang meletakkan minyak gamat. Berbirat dan pecah.

“Saya sesekali tidak akan merotan atau menjentik isteri saya dan saya berkahwin bukan untuk mendera atau mengkhianati kepercayaan isteri saya. Aminah Amia jangan risau. Selagi Aminah Amia bergelar isteri saya tiada sesiapa pun boleh mencederakan atau menyentuh isteri saya.” Janji Haji Din pada ku. Dari matanya bergenang cecairan dan aku tahu Haji Din maksudkan setiap kata-katanya.

“Terima kasih Haji Din sebab janji Haji Din.”ucapan ku sebak. Jari Haji Din menyentuh bibir ku.

“Tak perlu sayang. Tak perlu ucapan itu. Saya sayang dengan Aminah Amia.” Kata-kata itu perlahan lahir dari bibir Haji Din.

Pandangan kami bertaut dan lama dan lama. Perlahan-lahan Haji Din menundukkan kepalanya. Wajahnya terasa dekat dengan aku. Nafasnya perlahan-lahan meyapa kulit ku bila wajahnya terlalu hampir. Dalam sekelip mata bibir Haji Din memaut bibir aku. Terbuntang mata aku dan tergamam seketika. Jantung dah nak gugur. Aku pegang cadar di sekeliling dengan kedua-dua tangan. Nafas macam semput. Haji Din ajar aku pelajaran apa ni? Lama jugak Haji Din buat begitu. Aku pejamkan mata, malu nak tatap wajah Haji Din yang terlalu dekat. Perlahan-lahan Haji Din melepaskan pautan bibir kami. Aku buka mata dan Haji Din masih memandang aku.

“Haji Din cium Minah buat apa? Sesak nafas Minah.” Marah ku tetapi yang sebenarnya aku cuba menahan malu.

“Betul marah ni?” tanya Haji Din lembut. Rentak kata Haji Din dah bertukar pulak. Haru Minah.

“Ermmm…”hanya itu yang termampu aku luahkan.

“Tidurlah! Saya ada di bilik bacaan. Kalau ada apa-apa cari kat sana.” Ujar Haji Din selamba bagai tiada apa-apa salah pun lelaki ini pada aku dan sekali lagi bibirnya memaut bibir aku. Terkujat aku sekali lagi. Haji Dinnnnn!!!! Tiada lagi ciuman di dahi sebaliknya dah turun pula kat bibir. Haji Din bangun meninggalkan aku setelah membetulkan selimut. Rasa sakit dah hilang entah kemana. Aku sentuh bibir yang ternoda cara mesra dari tindakan Haji Din tadi sebaik Haji Din meninggalkan ruang ini.

“Sedap?” suara Haji Din di muka pintu.

“Haji Dinnnn..” jerit aku malu dan ketawa Haji Din memecah suasana bilik. Ingatkan Haji Din terus keluar tetapi sengaja lelaki itu menjengah kembali. Aku kembali takut bila Haji Din menghampiri katil kembali. Entah apa yang lelaki ini hendak lakukan lagi.

“Tidur sayang. Biar hilang sakit perut itu. Jangan fikir hal tadi.” Lembut Haji Din berkata.

Aku yang dalam keadan seriau hanya mengangguk. Haji Din mengacah hendak mencium aku lagi. Terus aku menarik selimut sampai ke kepala dan kedengaran suara Haji Din masih ketawa. Sebaik terdengar pintu ditutup baru aku berani melorotkan selimut dan aku termangu-mangu keseorangan. Haji Din….Haji Din…Haji Din dah mula dah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2011 03:52 PM | Show all posts
abe haji dh mula nakal..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:01 PM | Show all posts
Alah kesiannya Aminah amia kena rotan samapi ada barut berbirat. Haji Din dah makin romantisssss.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2011 04:28 PM | Show all posts
hahahaha...
Hj Din noty... noty..noty...
sabar Hj Din... don't be gelojoh...
hehehea... kak... Tie tamak nie...
nak lagi....
alamak makin terjatuh chenta ngan Hj Din l Kak..
nak wat cam ner nie... huk..huk..huk...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:42 PM | Show all posts
mengong haji din ni...mengambil kesempatan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 05:13 PM | Show all posts
romanticnya haji Din.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 05:22 PM | Show all posts
Haji Din ajar mukadimah bio.
Nak bagi paham murid2. Kena ajar yg mudah2 dulu.
Tp nakal betul haji din bila berdua ngan Minah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 07:45 PM | Show all posts
dalam malu aku gelak dgn minah ni
adeh...haji dinnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 09:25 PM | Show all posts
“Haji Din cium Minah buat apa? Sesak nafas Minah.”  muahahahaaaa...gelak mengekek akak sorang2 siap duk imajin lagik neh... minah owhhh minah... takdak bengkang bengkok... lurus jek manjang...cuteeee arhhh minah nih...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 09:56 PM | Show all posts
minah ni terlalu lurus budaknya.....
mcm manalah nak belajar bio nanti dgn Haji Din
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 09:56 PM | Show all posts
kak sya... sgt suka n3 kali nie... alahai aminah amia... sungguh lurus bendul mu itu ya... super duper suka bila minah merengek panggil nma hj din... ai lap u hj din!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2011 09:56 PM | Show all posts
amboi aji din..noty2..ya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 10:09 PM | Show all posts
.. malu seeyyy .. hahahhahaha ... suka beb suka ...

sya .... nak lagi ... hehehehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2011 12:12 AM | Show all posts
hahahaha suka ngan Haji Din.... muaaahh
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2011 11:52 AM | Show all posts
apasal aku rasa memula kau nak tulis crite heavy drama pastu mood kau terbalik trus jadik crite minah innocent nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.071395 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list