|
Yingluck cadang serah semula dokumen abangnyaNEW YORK: Kerajaan baru Thailand pimpinan Yingluck Shinawatra menimbang untuk memberikan semula pasport kepada abangnya, Thaksin Shinawatra kerana percaya sabitan rasuah terhadap bekas Perdana Menteri itu bermotif politik.\rMenteri Luar Thai, Surapong Tovichakchaikul, berkata beliau melihat dari segi undang-undang mengenai rampasan pasport diplomatik Thaksin pada 2009.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, rampasan itu tidak adil kerana tiada warga Thai kehilangan dokumen pengenalan kerana sabitan undang-undang.\r\r\n\n\n\n\nThaksin yang banyak menghabiskan masa di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sudah mendapatkan kewarganegaraan dan pasport Montenegro dan Nicaragua, membolehkan beliau berada di luar negara. \rSurapong juga menganggap sabitan Thaksin pada 2008 adalah lebih daripada politik dan mungkin ditarik balik pada masa depan. \rThaksin dituduh membantu isterinya membeli hartanah bernilai tinggi di Bangkok dari agensi negeri pada 2003 ketika beliau perdana menteri.\rSurapong berkata, hartanah itu sudah diserahkan kepada kerajaan dan keputusan mahkamah itu sepatutnya terbatal. \r\n\n\n\n\rSelain itu, Thaksin sudah membantu menjernihkan hubungan di antara Thailand dan Kemboja selepas pertumpahan darah awal tahun ini.\rPada masa sama, beliau terus menafikan dakwaan bahawa Thaksin merangka dasar untuk kerajaan baru.\rSurapong memberitahu, bekas pemimpin itu hanya memberi nasihat kepada Parti Pheu Thai untuk melaksanakan janji jika memenangi pilihan raya Julai lalu.\rTiada langsung pembabitan Thaksin dalam menentukan dasar kerajaan, kata Surapong di luar Perhimpunan Agung PBB. \rThaksin yang juga bekas pemilik rangkaian telekomunikasi diusir dalam rampasan kuasa pada 2006 dan kemudian dijatuhkan hukuman penjara dua tahun semasa ketiadaannya dan disekat pulang.\rWalaupun hidup dalam buangan, beliau masih dianggap menyumbang kepada perpecahan politik di Thailand yang membawa kepada keganasan tahun lalu apabila penyokong setianya memenuhi tengah Bangkok yang mengundang tindakan keras tentera. Lebih 90 mati dalam keganasan itu. \rDengan sokongan padu Thaksin di kawasan luar bandar Thailand, adik bongsunya, Yingluck yang masih mentah dalam arena politik menjadi perdana menteri wanita Thailand pertama. \rSurapong yang berkait dengan keluarga Shinawatra melalui perkahwinan berkata, hubungan Thai-Kemboja terjejas di bawah kerajaan Thai sebelum ini tetapi semakin baik sekarang. AP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|