CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 1

Maybank ubah wajah 150 cawangan

[Copy link]
Post time 28-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MALAYAN Banking Bhd (Maybank) menjangkakan perubahan identiti korporat kumpulan perbankan itu akan meningkatkan hasil perkhidmatan kewangan komunitinya kepada RM12 bilion menjelang 2015 berbanding RM6 bilion kini.\rKumpulan perbankan terbesar Malaysia dari segi aset itu kini adalah peneraju pasaran dalam segmen perbankan pengguna dan perniagaan dengan pendapatan daripadanya tahun kewangan lalu bernilai RM6.23 bilion, iaitu separuh daripada pendapatan keseluruhan kumpulan bernilai RM13.4 bilion. \r\n\n\n\n\r  Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komunitinya, Lim Hong Tat, berkata perkhidmatan kewangan komuniti merangkumi segmen perbankan perniagaan, pengusaha kecil dan sederhana (PKS) serta perbankan pengguna. \r\r\n\n\n\n\n  Buat masa ini perkhidmatan berkenaan menyumbang sekitar 50 peratus kepada pendapatan keseluruhan kumpulan, katanya selepas pelancaran cawangan pertama Maybank dengan identiti korporat baru di Kota Damansara, semalam.\rPelancarannya disempurnakan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.\rHong Tat berkata program transformasi identiti cawangan itu diadakan bagi memastikan kumpulan perbankan itu dapat mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju menerusi penyediaan perkhidmatan pelanggan yang baik, mudah dan lebih segar.  \rKami akan membelanjakan RM150 juta hingga RM200 juta dalam lima tahun akan datang untuk mengubah wajah 150 cawangan dan lebih 2,000 pusat urus niaga, katanya. \r\n\n\n\n\rTerdahulu, dalam ucapannya, Abdul Wahid berkata identiti korporat baru itu mencerminkan komitmen Maybank bukan saja untuk menukar wajah setiap cawangannya malah pengalaman perbankan penggunanya sejajar janji jenama kumpulan itu.\rKami menjadikan setiap cawangan Maybank sebagai pusat sehenti yang dapat memenuhi seluruh keperluan kewangan komuniti daripada perbankan runcit hingga perkhidmatan pelaburan dan perniagaan, katanya.\rTambahnya, program transformasi cawangan itu juga adalah sebahagian komitmen Maybank untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mesra masyarakat dan lebih dekat dengan orang ramai.\rKami bangga dapat meneruskan usaha menjadikan setiap cawangan Maybank relevan dengan semua segmen masyarakat di mana pun lokasi ia berada, katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2011 09:44 AM | Show all posts
iuuuuuuuyooooooooooooooooooooooooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.116806 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list