CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

Ken Nee tempah tiket Sukan Olimpik

[Copy link]
Post time 26-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
HARI pertama kejohanan Terjun Piala Asia di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil, semalam menyaksikan Malaysia bermula baik apabila berjaya merangkul dua emas, dua perak dan satu gangsa.  \rLebih menggembirakan  penerjun berpengalaman kebangsaan, Yeoh Ken Nee berjaya menempah tiket ke Sukan Olimpik 2012 setelah meraih pingat emas acara 3 meter papan anjal selepas mengumpul 456.55 mata, mengatasi rakan senegara Ooi Tze Liang yang memperoleh pingat perak dengan kutipan 387.50 mata. \r\n\n\n\n\r     Pingat gangsa milik Timothy Lee dari Singapura dengan catatan 310 mata.\r\r\n\n\n\n\n     Kee Nee berkata dia pada awalnya tidak meletakkan sebarang sandaran pingat, namun tidak menyangka dapat meraih emas selepas penerjun China menarik diri pada saat akhir.\r\"Saya rasa sungguh gembira kerana dengan kejayaan ini membolehkan saya beraksi sekali lagi di Sukan Olimpik,\" katanya yang sebelum ini pernah layak ke Sukan Olimpik 2000 di Sydney, Australia tetapi gagal memperoleh sebarang pingat.\rSementara itu di awal saingan, pasangan Ooi Tze Liang dan Pardika Indoma Pamg yang mengumpul 373.14 mata menghadiahkan emas pertama negara dalam acara 10 meter platform lelaki menewaskan pencabar terdekat dari China, Wang Anqi dan Li Di dengan perbezaan 1.44 mata di tempat kedua, manakala gangsa diraih pasangan Indonesia, Mohd Nasrullah dan Lufti Nico Abdullah dengan 341.04 mata.\rDalam acara sama kategori wanita pula, pasangan negara, Kam Ling Kar dan Jasmine Lai Pui gagal menyekat kehebatan penerjun China, Kang Li dan Sheng Yi untuk sekadar berpuas hati dengan pingat perak dengan 261.20 mata.\r\n\n\n\n\rBagi acara 1 meter papan anjal wanita, China sekali lagi membuktikan keunggulan apabila dua peserta mereka, Wang Liting dan Li Ting menduduki dua tempat teratas, manakala wakil negara Cheong Jun Hoong ketiga.  \rTamat hari pertama semalam, Malaysia mengungguli dengan dua emas, dua perak, satu gangsa, diikuti China dua emas, dua perak manakala Indonesia dan Singapura masing-masing satu gangsa.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.041179 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list