|
AMANAH SAHAM Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 6.50 sen seunit kepada 270,598 pemegang unit Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2011.\rPengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata ia adalah peningkatan 0.12 sen seunit berbanding 6.38 sen seunit tahun lalu dan membabitkan pembayaran berjumlah RM311.27 juta, peningkatan 53.32 peratus daripada RM203.02 juta.\r\n\n\n\n\r \"Pengagihan pendapatan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun pelaburan pemegang unit pada 1 Oktober ini,\" katanya ketika mengumumkan pengagihan pendapatan AS1M itu di Kuala Lumpur, semalam. \r\r\n\n\n\n\n Hadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.\rAhmad Sarji berkata, walaupun berdepan keadaan ekonomi tidak menentu, PNB masih dapat mengekalkan strategi portfolionya.\rKatanya, sehingga 20 September 2011, tabung AS1M memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM405.67 juta dengan keuntungan jualan saham menyum-bang sebanyak RM205.99 juta atau 50.78 peratus.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|