|
Sewa kemudahan terminal arang batu di Pelabuhan Cigading Indonesia\rMTD Capital Bhd yang menguasai sekitar 50 peratus kepentingan dalam PT Cigading International Bulk Terminal (CIBT), pengendali terminal pukal arang batu untuk pasaran eksport terbesar Indonesia, sedang menunggu maklum balas Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi kemungkinan menjadikan terminal itu sebagai pusat penerimaan dan penyimpanan bahan api syarikat utiliti itu.\r\n\n\n\n\r Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Azmil Khalili Khalid, berkata terminal di Pelabuhan Cigading terletak kira-kira 120 batu dari ibu kota Jakarta itu berupaya mengendalikan enam juta tan arang batu dalam satu-satu masa setahun dengan potensi meningkatkan kapasitinya kepada 18 juta tan setahun apabila ketiga-tiga fasa pembangunannya siap.\r\r\n\n\n\n\n “Satu daripada pelanggan sasaran kami ialah TNB yang adalah antara pengguna arang batu terbesar di Asia Tenggara.\r“Dengan menyewa kemudahan di terminal ini, ia akan memberikan kepastian kepada TNB bahawa tiada lagi gangguan bekalan pada masa depan kerana arang batu dari Kalimantan dan Sumatera dilonggokkan pelombong terus ke terminal ini,” katanya.\rBeliau berkata demikian sewaktu lawatan media ke Terminal Pukal Antarabangsa Cigading di Celegon, Daerah Banten, Indonesia baru-baru ini.\rAzmil berkata, potensi bagi TNB menjadi pelanggan CIBT adalah baik susulan polisi syarikat utiliti itu yang menghendaki sekurang-kurangnya 20 peratus daripada pembekal bahan apinya adalah terdiri daripada warga Malaysia.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, TNB sebelum ini mungkin tidak membeli arang batu dari Indonesia disebabkan ketidaktentuan penghantaran.\r“Kini ia bukan lagi menjadi isu dan berharap TNB bakal menjadi satu daripada pelanggan terbesar CIBT satu hari nanti,” katanya.\rTNB yang menggunakan 20 peratus daripada bahan apinya daripada arang batu mendapatkan bahan api berkenaan hingga ke Australia dan Afrika Selatan.\rAzmil berkata, ketidaktentuan penghantaran ketika ini disebabkan pelbagai faktor termasuk kaedah penghantaran secara ‘transhipment’ iaitu pemunggahan arang batu daripada tongkang ke kapal besar di tengah laut susulan kekurangan pelabuhan laut dalam di Indonesia yang menghalang kapal besar dari jenis Panamax dan Capesize berlabuh.\rKaedah berkenaan, katanya terdedah kepada risiko serangan lanun dan cuaca yang memberikan kesan kepada kualiti arang batu.\rDengan pembukaan CIBT, kapal besar berkenaan boleh memunggah masuk arang batu dan menghantarnya terus kepada TNB menerusi Pelabuhan Lumut atau Pelabuhan Melaka, kata Azmil.\rKatanya, MTD Capital akan menjemput Presiden dan Ketua Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, untuk melawat kemudahan di Cigading itu tidak lama lagi.\rSinomast Metacorp (Labuan) Ltd, syarikat usaha sama 50:50 antara Metacorp Bhd dan PT Bintang Sinomast (Hong Kong) Ltd, menguasai 95 peratus kepentingan dalam CIBT. Metacorp adalah anak syarikat milik penuh MTD Capital.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|