View: 206|Reply: 0
|
Tempurung Pecah: Bangsat pengarah filem Melayu, kan Mat?
[Copy link]
|
|
Tempurung Pecah: Bangsat pengarah filem Melayu, kan Mat?Oleh Mamat Khalid2011/09/20\n\n\n\n\n\n\n\nSEDARI mula aku mula jadi pengarah filem hinggalah ke hari aku merasakan letihnya mengarah, dunia perfileman adalah alam yang aku sanjung dan sayang. \rSegala perihal kepentingan dunia ini aku tampung dan ampu bagai mendokong anak bongsu puteri bunian. Aku mahu dunia perfileman Melayu harus megah dan disanjungi pembikinannya. \r\n\n\n\n\rAku mahu filem dan drama Melayu tinggi martabat sumbangannya pada bangsa dan negara.\r\r\n\n\n\n\nBukan aku seorang. Ramai pengarah yang lain mempunyai niat dan rasa tanggungjawab yang sama di dalam pembikinan sesebuah karya itu. Filem-filem arahan Uwei Hj Shaari mengangkat dan menceritakan budaya Melayu dalam setiap adaptasi penceritaannya. Erma Fatimah dengan persoalan berat wanita Melayunya. \rAziz M osman juga di dalam filem terbaru Azuranya mengangkat budaya Melayu hingga membuat penggambaran ke luar negara. Soal bangsa adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.\rApabila isu perkauman dimainkan oleh beberapa pengarah muda yang mulia di mata sesetengah masyarakat menduga akan isu perkauman dengan sengaja dengan hasil kerja mereka, aku mula gusar. \rAku mula gusar dengan masyarakat itu sendiri. Mengapa seorang yang terang-terang menghina akar Melayu aku di bumi Melayu aku ini di angkat hero dan layak berjumpa menteri, minta diberi pertolongan di dalam karya yang kononnya menyokong integrasi kaum.\r\n\n\n\n\rBangsa Melayu sendiri melompat memberi kata semangat dan memuji kebagusan si polan membuat filem dengan membayar tiket masuk bergasak menyokong filem yang \'lebih elok dari filem Melayu biasa\' itu. \rAku tidak irihati dengan karyanya. Malah mereka iaitu Melayu yang terbabit di dalam filem itu pun bukannya aku peduli akan niat mereka. Yang menjadikan kepala aku bengkak adalah dengan sokongan sesetengah manusia Melayu yang ingin mengangkat kerja manusia yang terang-terang bencikan bangsa aku. \rDi arak dan di beri penghormatan tahap menteri kerjanya itu. Kami yang terus menerus mendokong rasa hormat kepada kedaulatan bangsa di bumi ini tidak pernah mendapat layanan sebegitu baldu hamparannya.\rAku ingat lagi akan hari rakyat Malaysia dikejutkan dengan video Negarakukunya yang menghina kedaulatan negara dan bangsa aku. Masih segar lagi peluh marah di hujung dahi aku ketika mula-mula aku menontonnya. Dan kini dia diangkat jadi hero? Kini dia layak berjumpa Datuk Seri Perdana Menteri?\rGusar aku dengan masyarakat aku yang terlalu terdesak untuk menjadi ayam tambatan hingga sanggup mengangkat golongan bangsat menjadi ikon negara. Golongan komunis menjadi hero kemerdekaan. Memusing cerita, aku tiada pernah dijajah atas inginkan diri dikenali ramai.\rAdakah masyarakat kita kian lupa dengan maruah bangsa dan harapan anak cucu kita yang semakin rapuh dimakan dunia golongan pluralism ini? Adakan masyarakat kita sanggup menggadai hingga ke kain dalaman semata-mata untuk mendapat keghairahan, sementara pada masa sama tidak mempedulikan masa depan anak bangsa yang kian hanyut dikelabui mata dengan pandangan integrasi milik bangsa yang lain?\rAku dengan besar hatinya mengalu-alukan perpaduan dengan filem aku, namun bukan pujian atau sokongan yang aku dapat. Aku telan semua itu kerana aku inginkan filem yang bermaruah terhadap bangsa aku. \rDan bukan filem itu menjadi penyebab ramai yang mendekati dengan karya aku. Ia hilang ditelan masa dan demi masa aku akur dan harus meneruskan perjuangan dengan kerja-kerja yang lain. Dan kini aku dapati kerja yang jijik, yang menaikkan rasa benci terhadap sesebuah kaum itu rupanya boleh menjadi ikon dan hero pengarahnya!\rAdakah aku tidak cukup bangsat untuk mendapat tempat setaraf si polan? Mahukan Perdana Menteri berjumpa aku jika aku menyanyi \'gua mau jumpa lu\' berulang kali di Youtube? Kalau mahu, bolehlah aku memuat naik nyanyian bangsat aku ke halaman itu agar setaraf aku beratur berjumpa menteri.\rBongkaknya entry aku kali ini, adalah cermin bongkaknya hati aku yang tidak cukup bangsat untuk menjadi pengarah yang berjaya memperdayakan masyarakat aku dengan pembikinan filem yang dapat mensucikan segala dosa terhadap bangsa dan negara aku.\rApa la Mat! Itu pun mahu sensitif. Biarlah! Masing-masing pun mau hidup ma! Dan aku mahu anak cucu aku terus hidup dengan megah bangsa bermaruah.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|