View: 122|Reply: 0
|
TERAJU sasar 100 firma Bumiputera kelas dunia
[Copy link]
|
|
Kumpulan pertama program TERAS diumum Oktober\rSEJUMLAH 100 syarikat disasar menjadi kumpulan pertama daripada 1,100 syarikat Bumiputera yang ditetapkan untuk dibangunkan sebagai syarikat besar berkelas dunia di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) akan diumumkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) bulan depan.\r\n\n\n\n\r Sehingga kini, sejumlah 80 syarikat Bumiputera dikenal pasti melepasi saringan awal untuk dimasukkan ke dalam Program Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS).\r\r\n\n\n\n\n Ketua Eksekutif TERAJU, Husni Salleh, berkata syarikat terbabit akan menjadi kumpulan pertama yang akan dibentuk menjadi syarikat berdaya saing dalam tempoh lima tahun sejajar Agenda Pembangunan Bumiputera.\rBeliau berkata, sebanyak 200 lagi syarikat pula sedang berada dalam senarai menunggu dan kini dalam proses pemilihan untuk menyertai program TERAS.\r“Kumpulan pertama syarikat Bumiputera yang menyertai program berkenaan akan diumumkan akhir bulan depan,” katanya dalam satu temu bual dengan kumpulan akhbar The New Straits Press di Petaling Jaya, baru-baru ini.\rProgram TERAS yang dilancarkan Julai lalu bermatlamat membangunkan generasi baru usahawan Bumiputera bertaraf global dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).\r\n\n\n\n\rPenyertaan syarikat Bumiputera dalam program itu disasar dapat meningkatkan kapasiti, mempercepatkan pertumbuhan dan bersaing dalam pasaran terbuka tanpa bergantung kepada kontrak kerajaan.\rHusni berkata, syarikat Bumiputera yang menyertai program berkenaan akan dibahagikan kepada peringkat tertentu bergantung kepada saiz masing-masing sebelum keupayaan mereka dinilai untuk melaksanakan beberapa projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi.\r“Kita akan meminta bantuan agensi berkaitan untuk membimbing syarikat berkenaan menggabungkan beberapa projek kecil sehingga akhirnya dapat dijadikan satu projek besar.\r“Syarikat yang dipilih itu terdiri dalam pelbagai sektor, namun keutamaan diberikan kepada syarikat yang terbabit dalam 12 sektor NKEA,” katanya.\rBeliau menjelaskan, syarikat dipilih itu perlu melepasi kriteria jelas, termasuk memiliki penarafan minimum tiga bintang SCORE oleh SME Corp, mempunyai penarafan kredit baik yang dinilai Biro Kredit Malaysia dan mesti menunjukkan potensi cemerlang untuk menjadi perniagaan yang menguntungkan serta boleh berkembang.\r“Ini bermakna syarikat terbabit mesti meningkatkan kapasiti dan mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya boleh bersaing dalam ekonomi arus perdana,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|