CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

KLB maju hab halal di Thailand

[Copy link]
Post time 17-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Depoh kontena seluas 8 hektar dibangun semula dengan kerjasama MITI\rKONSORTIUM Logistik Bhd (KLB), penyedia perkhidmatan logistik bersepadu, akan memajukan semula depoh kontenanya di Sadao, Selatan Thailand kepada hab bagi pemprosesan produk halal.\r\n\n\n\n\r  Ketua Eksekutifnya, Datuk Che Azizuddin Che Ismail, berkata inisiatif yang akan dilaksanakan bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu berpotensi besar mengembangkan lagi skop perniagaan syarikat itu di luar negara.\r\r\n\n\n\n\n  “Hab halal yang akan direalisasikan pembangunannya tahun depan itu  akan menjadi pusat bagi pemprosesan produk halal dari Thailand untuk di pasarkan ke negara itu, Malaysia dan Indonesia.\r“Bagaimanapun sama ada produk halal yang bakal dikeluarkan di hab itu akan dilabelkan  produk keluaran Malaysia atau Thailand akan ditentukan kelak,” katanya dalam temu bual bersama Berita Harian, di Shah Alam baru-baru ini.\rKLB memiliki sebidang tanah seluas 24 hektar di Sadao iaitu kira-kira 7.5 kilometer daripada Bukit Kayu Hitam, Perlis.\rSeluas lapan hektar daripada tanah itu telah dibangunkan sebagai depoh kontena tetapi operasinya telah dihentikan pada 2005.\r\n\n\n\n\rChe Azizuddin berkata, KLB turut bercadang membangunkan lebihan tanah seluas 16 hektar lagi dengan pelbagai cabang perniagaan lain, termasuk membabitkan perkhidmatan logistik apabila hab halal berkenaan beroperasi kelak.\r“Setakat ini kami masih dalam proses memuktamadkan persetujuan bersama MITI. Selepas hab halal itu beroperasi nanti ia akan menjadi perniagaan berpotensi untuk KLB,” katanya.\rSementara itu, beliau berkata, KLB menjangka memuktamadkan pelupusan gudang lamanya di Puchong, Selangor bernilai RM41 juta bulan depan.\rHasil penjualan itu, katanya akan diguna untuk mengembangkan lagi perniagaan logistik syarikat itu.\rBeliau menjelaskan, syarikat itu kini beroperasi di gudang barunya di Bukit Kemuning, Shah Alam dan Rawang, dengan masing-masing berkeluasan 200,000 kaki persegi dan 350,000 kaki persegi.\rGudang baru itu berhampiran dengan pelanggan utama syarikat itu, iaitu PROTON Holdings Bhd dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA).\rChe Azizuddin berkata, pemindahan ke gudang baru itu mendapat reaksi positif PROTON dan PERODUA kerana KLB dapat memberi perkhidmatan lebih baik dan pantas kepada kedua-dua pelanggan utamanya itu.\r“Gudang utama di Bukit Kemuning dan Rawang adalah kemudahan terbesar dan terbaik dan ia berhampiran dengan pusat pengeluaran utama pelanggan KLB,” katanya.\rSelain memberikan perkhidmatan logistik kepada PROTON dan PERODUA, KLB turut menyediakan perkhidmatan kepada operasi pengeluaran kereta Kumpulan NAZA di Gurun, Kedah.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.117958 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list