CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 1

PERODUA perkenal dua model baru Myvi

[Copy link]
Post time 16-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kenderaan dilengkapi enjin 1.5 liter kukuh jualan\rPERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) melancarkan model baru Perodua Myvi SE 1.5 dan Myvi Extreme 1.5, kenderaan penumpang pertama keluarannya dilengkapi enjin berkuasa 1.5 dalam usaha mengukuhkan kedudukannya di pasaran tempatan.\r\n\n\n\n\r  Ditawarkan pada harga bermula RM50,900 hingga RM61,700 itu, ia dijangka menarik perhatian pengguna di negara ini dengan kepuasan pemanduan maksimum khususnya dari segi prestasi yang dipertingkat.\r\r\n\n\n\n\n  Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata keputusan melancarkan Myvi 1.5 liter itu berdasarkan permintaan tinggi dikalangan pengguna yang mahukan enjin lebih berkuasa.\rKatanya, pelancaran Myvi 1.5 itu bakal meningkatkan jualan keseluruhan Myvi di pasaran tempatan kepada 9,500 unit sebulan berbanding 8,000 unit sebelum ini, yang mana antara 45 peratus hingga 55 peratus disumbangkan kedua-dua varian terbaru itu.\r“Kehadiran Myvi 1.5 ini bukan sekadar untuk persaingan tetapi kami sentiasa menyediakan pilihan terbaik kepada pengguna dari segi harga dan rekaan, ia khusus bagi melengkapkan barisan model kereta untuk ditawarkan kepada semua golongan sasaran seperti Viva, Myvi 1.3 dan Alza.\r“Kami yakin varian ini mampu memacu momentum syarikat untuk mencapai sasaran jualan keseluruhan kenderaan sebanyak 190,000 unit tahun ini, berdasarkan tempahannya yang kami terima sehingga kini sebanyak 2,000 unit,” katanya pada sidang media selepas pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\rBeliau sebelum itu turut menerima pengiktirafan empat bintang bagi Myvi 1.5 itu di bawah Program Penilaian Kenderaan Malaysia oleh Institut Keselamatan Jalan Raya (Miros).\rDipacu enjin 1.5 liter 16V DVVT yang mampu menjana kuasa maksimum 76kW pada 6,000 rpm dan tork maksimum 136Nm pada 4400rpm, kedua-dua Myvi itu mampu memecut sehingga 100 kilometer sejam dalam 9.98 saat berbanding 12.49 saat bagi prestasi Myvi SE 1.3 liter sebelum ini. \rIa turut dilengkapi dengan sistem brek auto (ABS) yang dipertingkat menggunakan brek agihan elektrik (EBD), sistem anti-pecah kunci, lampu projektor selain ditawarkan dua pilihan sistem audio sama ada sistem audio standard atau sistem audio multimedia dengan navigasi. \rMyvi Extreme 1.5 ditampilkan berbeza dengan Myvi SE 1.5 dari segi reka bentuk kit badan yang lebih garang dan menarik, tempat duduk kulit, sistem audio multimedia dengan navigasi dan rekaan dalaman yang lebih eksklusif.\rIkuti uji pandu Myvi baru dalam sisipan BH Auto di akhbar Berita Harian, hari ini.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2011 11:54 AM | Show all posts
full loan ade kerrrr


regards
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.487912 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list