CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1280|Reply: 4

Apb Musuh Politik Terdiri Dr Golongan No Skul & Uncivilized.....

[Copy link]
Post time 15-9-2011 12:04 AM | Show all posts |Read mode
Rosakkan Kereta Lambang Kekeringan Hujah

KUALA KRAI, 14 Sept: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan perbuatan merosakkan kenderaan masyarakat awam yang menghadiri majlis forum atau ceramah umum anjuran Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah tindakan mereka yang kekeringan hujah untuk berlawan.

Bahkan, Ketua DPPNK Ustaz Abd Latif Abd Rahman  mendakwa perbuatan itu satu tindakan bagi menghidupkan semula perbuatan ala Pemuda Tahan Lasak Umno yang diamalkan suatu ketika dahulu.


Kereta wartawan Sinar yang diconteng dan dicalarkan

“Mereka cuba hendak menghidupkan semula perbuatan seperti itu kerana tidak ada hujah hendak berlawan dengan kerajaan negeri atau pemimpin PAS.

“Justeru kalau Umno betul berani, tampillah berdebat (terutama dalam konteks isu serangan terhadap Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu), dan YB Mat Sabu pun sudah mencabar – kalau berani, berhujah, berdebat.

“(sebenarnya) Mereka berani ugut di belakang, namun tidak berani berdepan,” dakwa Ustaz Latif ketika dihubungi pemberita sebentar tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang mengulas perbuatan merosakkan kenderaan awam termasuk kereta yang diletakkan di kawasan Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke-IV semasa Forum Rakyat berlangsung semalam.

Dalam kejadian semalam, beberapa kenderaan pengunjung yang diletak di bahu jalan dipercayai dicalar dan dispray dengan cat setelah digoreskan dan ada yang ditikam tayar kenderaan itu dengan menggunakan benda tajam.

Difahamkan, kebanyakan kenderaan yang menjadi mangsa semalam ialah kenderaan pengunjung yang diletak di jalan berhadapan Gelanggang Seni, di Gelanggang Tenis dan di Jalan Hospital dekat Stadium Sultan Mohamad Ke-IV.

Dalam satu tinjauan, antara kenderaan itu termasuk kenderaan petugas media dan wartawan tempatan.

Antaranya termasuk kenderaan Wartawan Kanan Sinar Harian Kelantan Suhaiza Abu Bakar, 35.

Ekoran kejadian itu semalam, beliau telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada pukul 1.30 tengah malam semalam.

“Saya meletakkan kenderaan saya, Harrier di Jalan Hospital dekat Stadium pada jam 8.50 malam sebelum membuat liputan majlis Forum Rakyat di Dataran.

“Kereta saya dicalar dan dispay cat sepanjang satu depa pada sebelah pintu kiri kereta apabila saya kembali ke kereta saya pada 12.30 tengah malam apabila setelah selesai membuat liputan majlis,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Pengunjung Forum Rakyat Nasir Ismail, 45, dari Pohon Buloh, Pasir Mas mendakwa kenderaannya telah dicalar dan dispray dengan cat.

“Mereka spray dengan membuat line memanjang dengan cat pada bodi kereta saya, dan saya menganggarkan kos RM1,000 bagi memulihkan semula,” katanya kepada pemberita.

Dalam hubungan ini, DPPNK menurut Ustaz Latif, akan mengambil peranan proaktif dalam usaha mempertingkatkan kawalan keselamatan di tempat ceramah atau majlis awam khususnya anjuran Pakatan Rakyat atau PAS.

“Untuk masa-masa akan datang, kita akan kerahkan seramai mungkin Anggota Unit Amal kita khususnya pada program yang besar yang terbabit dengan pemimpin besar dan mempertingkatkan kawalan keselamatan bukan saja membabitkan pergerakan lalu lintas jalan,” katanya

Source
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2011 12:11 AM | Show all posts
di luar calarkan kereta

di dalam forum, salin salin kulit (nick ) untuk quote posting sendiri.
sengaja buat nick pompuan,


kebaculan di luar dan di dlm porem berlaku serentak   huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 12:28 PM | Show all posts
klu aku jadi pemimpin PAS
aku mintak siasat dulu kejadian ni
pastu baru keluarkan statement
klu main tuduh je, dah pasti kredibiliti aku tercabar

belum ada apa2, dah tuduh org itu, org ini
tanpa sebarang bukti, tanpa sebarang saksi

tuduhan camni akan buatkan kredibiliti pemimpin jatuh teruk
sebenarnya, payah orang nak buat khianat
Anggota Unit Amal berada hampir di setiap sudut tempat ceramah
mustahil nak ada kes sabotaj
bila PAS tuduh UMNO, orang yg rasional akan fikir ada org lain yg buat
dengan tujuan untuk alihkan perhatian dan minta simpati rakyat terhadap PAS
seterusnya menaikkan sokongan terhadap PAS
dan bagi merealisasikan ide PAS ganti UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 12:34 PM | Show all posts
klu aku jadi pemimpin PAS
aku mintak siasat dulu kejadian ni
pastu baru keluarkan statement
klu m ...
ironmind Post at 15-9-2011 12:28

tu la... asal tuduh umno trus mmg terbukti ke...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 12:42 PM | Show all posts
Rosakkan Kereta Lambang Kekeringan Hujah

KUALA KRAI, 14 Sept:  Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan  ...
MarryPottet Post at 15-9-2011 00:04



ni lagi satu...dh siasat betul2 ke.... klau tak main jatuh hukum payah..mcm ni nak jd pemimpin... tah2 org sendiri yg tak puas hati...atau saja2 nk tabur fitnah... bukan ke...tu colour kuning ka... apalagi....org2 sndiri tu suh pi BERSIH....la itu kereta...dh byk kotor la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.093356 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list