View: 10524|Reply: 30
|
Mengapa Beliau Samun Dalam Keadaan Bogel.....
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by jazaa at 13-9-2011 13:51
Dari berita yang di paparkan, mengapa suspek bertindak menanggalkan pakaian sebelum menyamun iya.....
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Polis memburu seorang pengawal keselamatan sebuah kondominium di Ampang Jaya yang dipercayai dapat membantu siasatan kes seorang profesor wanita warga Australia cuba disamun seorang lelaki bogel ketika mendaki Bukit Belacan baru-baru ini. Pengawal keselamatan yang dipercayai terlibat dalam serangan tersebut kini dikatakan menghilangkan diri selepas kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis sudah mengenal pasti identiti suspek dan sedang memburunya. "Berdasarkan siasatan polis, kita percaya suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kondominium di kawasan itu dan sudah biasa dengan persekitaran tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini. Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan, Prof. Dr. Catherine Yule, berusia lingkungan 50-an yang mengajar di sebuah kolej swasta di sini diserang seorang lelaki berbogel ketika membawa dua anjingnya mendaki bukit itu, di belakang rumahnya di Taman TAR. Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang Jumaat lalu ketika mangsa bersama seorang pembantu rumahnya yang merupakan warga Indonesia membawa dua ekor anjingnya mendaki bukit itu.
Bagaimanapun, pembantu rumah mangsa yang dikenali sebagai Ika, 35, bertindak berani menyelamatkan majikannya dan bergelut dengan suspek biarpun dia sendiri dipukul dan ditolak ke dalam lubang sedalam satu meter. Suspek yang cuba bertindak lebih agresif bagaimanapun melarikan diri selepas memperoleh telefon bimbit Ika yang terjatuh. Mengulas tentang motif suspek menyerang mangsa dalam keadaan bogel, Amiruddin berkata, perkara itu masih dalam siasatan pihaknya.
p/s: Sila bagi pendapat anda mengapa suspek bertindak demikian...... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
haha x sangka ghupanya ramai gak yg vote no. 2 |
|
|
|
|
|
|
|
dah vote
2. Membuat mangsa ketakutan & Tidak Berani Melawan |
|
|
|
|
|
|
|
memang yg terlintas dlm fikiran yang suspek nih mesti pas2 senang nak merogol... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# bbalik
TQ bbalik....
Alasan yang mantop....
Akak heran, apasal suspek buat mcm tu,
Kalau org minyak, ada gak reasonnya....(nak mencapai target supaya ilmu menjadi).... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya dia nak membuat lebih dari menyamun tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya dia nak membuat lebih dari menyamun tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# jazaa
Dalam kehidupan seharian memang kita tidak boleh menduga apa yang bakal kita hadapi. Kadang-kadang tanpa dijangka kita diganggu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab seperti pembuli, peragut, progol dan pencuri.
|
|
|
|
|
|
|
|
nk takutkan anjing yg dibawa tuan nyer... |
|
|
|
|
|
|
|
aku nk vote suma boleh? wakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
TQ Mod....
Jom kita sama-sama buat analisis....
Apasal suspek buat mcm ni.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Membuat mangsa takut la. Walaupun dia sekadar niat nak merompak, takde niat lain, tapi dah kalau mangsa nampak perampok bugil, konfem ler cuak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# cik.panda
tapi dah kalau mangsa nampak perampok bugil, konfem ler cuak.
Tapi suspek terlupa yang maid mangsa tak pernah cuak kan cik.pan kan.......
Merit untuk maid tersebut..... |
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa Beliau Samun Dalam Keadaan Bogel.....
. motip utama lelaki itu bukan nk menyamun (maybe more than tahat)
. beliau sedang mengalami sakit mental ( merasa puas jika dpt menunjukkan alatnya sulit kpd wanita)
. dengan berbuat demikian, beliau berharap mndpt respon baik dr Catherine Yule seorg wanita inggris yg dianggapnya lebih sporting berbanding org asia yg agak malu2
. malangnya perbuatan beliau dihalang oleh pembatu rumah bernama ika
. biasa bila nafsu memuncak, seorang itu akan lebih aggresif berbanding dia dlm berkeadaan normal (iols bca dr 1 article ok)
. disebabkan harsat beliau tdk tercapai, beliau sanggup memukul dan menolak ika ke dalam lubang sedalam satu meter.
andaian iols: beliau sebenar2nya. beliau bukannya seorang penyamun. beliau mempunyai niat yg x baik terhadap wanita itu. kejadian ini belaku dikawasan yang agak jauh dari kesibukan lalu lintas yakni di Bukit Belacan yang sunyi dan semak dan memudahkan beliau bertindak sewenang2nya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply cik.panda
Tapi suspek terlupa yang maid mangsa tak pernah cuak kan cik.pan kan... ...
jazaa Post at 13-9-2011 22:00
best betul dapat maid mcm nie..kalau la apple dapat maid gini...sanggup bayar 1k setiap bulan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# jazaa
anjing pun tunduk malu... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|