CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lizaliza

Syarat taklik yang tak masuk akal!!??

[Copy link]
Post time 12-9-2011 04:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by aaz at 12-9-2011 16:33
berdasarkan syarat2 tuh besar kemungkinan pompuan itu gila ... yg kompem mmg dia tak sekolah agama . ...
kudajantan77 Post at 12-9-2011 16:19



    setau i taklik yg macam ni  dan taklik yang kebiasaannya dilafazkan depan tok kadi sejurus akad nikah tidak terus jatuh talak seperti mana lafaz talak secara taklik yg kuar dari mulut suami. Ianya cuma untuk memudahkan urusan isteri memfailkan cerai taklik di mahkamah, apabila isteri nak berpisah dengan suami. Sama gak ada wanita yg tambah lafaz taklik  masukkan bab tak membenarkan suami poligami. Allahu a'lam.. Sebab tu disebut tuntutan cerai taklik lebih mudah diselesaikan daripada tuntutan cerai fasakh.

contoh lafaz taklik selangor:


“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”

Ada klausa 'jika isteri mengadu pada mahkamah syariah'. kalau lafaz taklik negeri2 lain disebut kadi.

dalam kes sedara tt nih, kena check lah ada klausa ni tak.. Yg terbaik, pergi ke pejabat agama jumpa pegawai berkaitan untuk minta nasihat dan pandangan tentang taklik yang dibuat ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2011 04:32 PM | Show all posts
setau i taklik yg macam ni  dan taklik yang kebiasaannya dilafazkan depan tok kadi sejurus ...
aaz Post at 12-9-2011 16:30



    kedah pon taklik gini gak...tapi sepuluh ringgit.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 04:35 PM | Show all posts
sebetulnya isteri boleh minta untuk tambah lafaz taklik yang standard disediakan oleh jabatan agama tu.. Tapi biarlah yang munasabah.. Yg macam sedara u buat tu, macam memang nak bercerai ngan laki jah
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 04:39 PM | Show all posts
Reply 21# aaz

check la dalam surat perjanjian dorang tuh ... kalau ada syarat kena disabitkan oleh mahkamah, maka kena pi setel di mahkamah dulu la baru taklik jatuh ... kalau takde tulis syarat sebegitu mmg terus jatuh talik sebaik sahaja syarat dilanggar ...

kalau you bini ai pastu masa nak pegi kedai ai gurau cakap ... "kalau ai terlupa beli belacan jap lagi, bercerai la kita ..." kalau betul ai terlupa mmg terus jatuh talak, takde perlu masuk mahkamah lagi, pergi sahkan dan daftar cerai jer ...  

cerai nih jangan disebut dan jangan dijadikan benda main-main ... kalau bergaduh dan bini ai sebut pasal cerai, mmg ai akan diam dan taknak cakap apa2 lagi sbb ai takut terlepas cakap ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2011 04:40 PM | Show all posts
sebetulnya isteri boleh minta untuk tambah lafaz taklik yang standard disediakan oleh jabatan agama  ...
aaz Post at 12-9-2011 16:35



    kalo nak bercerai...buat pe rujuk balik? tu yang pelik! ade gak yang dok komen...orang yang pegang agama je boleh
taklik gini, maksud diorang pompuan nie tinggi nilai agamanyer...tu yang aku lagi konpius. bagi aku nie kerja gila...tapi mampus kalo aku cakap, dalam ati je la
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 04:41 PM | Show all posts
Reply  aaz

check la dalam surat perjanjian dorang tuh ... kalau ada syarat kena disabitkan oleh  ...
kudajantan77 Post at 12-9-2011 16:39



    sangat sangat benar bro.. i tak faham kenapa suami boleh ikut jer kehendak bini yang bukan2 nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-9-2011 04:41 PM | Show all posts
Reply  aaz

check la dalam surat perjanjian dorang tuh ... kalau ada syarat kena disabitkan oleh  ...
kudajantan77 Post at 12-9-2011 16:39



    pastu camana pulak yang dok sebut ade niat ke tidak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 04:55 PM | Show all posts
taklik yg pej agama dah bg tu dah ok dah.. x pyh la tokok tambah yg bukan2.. menjerat diri jer.. guna akai sudah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2011 05:00 PM | Show all posts
pastu camana pulak yang dok sebut ade niat ke tidak tu...
lizaliza Post at 12-9-2011 16:41


niat atau takde niat akan disoal bila lafaz cerai itu melibatkan lafaz kinayah iaitu lafaz yg kurang jelas ... contohnya, "kita berpisah" ... berdasarkan lafaz itu, tak pasti kita berpisah tuh maksudnya bercerai atau cuma nak tinggal asing ... jadi perlulah diselidik niat semasa membuat lafaz itu ...

bagi lafaz sarih atau disebut juga lafaz sahih contohnya "aku ceraikan kau skrg jugak" ... maka tidaklah perlu dipersoalkan lagi niatnya ... begitu juga dengan taklik ... taklik ialah niat yang jelas untuk bercerai sekiranya melanggar syarat2 yg dilafaz atau ditulis oleh suami ...

walaupun isteri tidak boleh membuat taklik, jika syarat taklik isteri dipersetujui oleh suami tanpa paksaan atau ugutan yg mencetuskan darurat maka taklik itu terpakai ... wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2011 05:06 PM | Show all posts
niat atau takde niat akan disoal bila lafaz cerai itu melibatkan lafaz kinayah iaitu lafaz yg ku ...
kudajantan77 Post at 12-9-2011 17:00



    katekan tertinggal satu waktu solat tanpa tersedar...kiranyer jatuh la talak...pastu camana pulak hubungan suami isteri diorang..adakah dikira berzina
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 05:15 PM | Show all posts
katekan tertinggal satu waktu solat tanpa tersedar...kiranyer jatuh la talak...pastu caman ...
lizaliza Post at 12-9-2011 17:06


kalau tak sedar boleh qada sebaik sahaja sedar ... belum dikira sebagai meninggalkan solat ...

dan dalam keadaan tertentu mmg tak diwajibkan solat ... contohnya dalam keadaan koma ... aku baru jer dengar penerangan bab solat Ustaz Kazim ...

jika sengaja tinggal tuh aku tak pasti la plak macam mana jatuh talak ke idak sebab solat masih boleh diqada ... bila qada dah kira takde hutang solat tuh ... yang ini kena rujuk org yg lebih arif sebab akan ada khilaf ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 01:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by BeeHaa at 13-9-2011 01:18

Reply 21# aaz


yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.
den x paham ayat singgit ni. macam situation nye ? boleh explain tak. dari mula kawen den dok baca taklik tu masih x paham2..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 03:35 AM | Show all posts
dah macam cerita bujang lapuk la

kalau mak bapak aku minta 5 ribu, kenapa mak bapak engkau setuju...

kalau bini dia letak syarat gitu..kenapa laki dia setuju....????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 09:09 AM | Show all posts
dah macam cerita bujang lapuk la

kalau mak bapak aku minta 5 ribu, kenapa mak bapak engkau setuju ...
lavapanas Post at 13-9-2011 03:35



    tu la...imam tu nasihat semuanyer bergantung pada niat, katanyer talak tak gugur sekiranya tak disertakan dengan niat...tu yang aku konpius...sedangkan talak bukan perkataan permainan....yang aku paham...sekiranyer terlanggar mana-mana satu syarat taklik...maka gugur talak, walaupon tak berniat untuk bercerai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 09:12 AM | Show all posts
Reply  aaz


yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan  ...
BeeHaa Post at 13-9-2011 01:17



    yang aku paham...seringgit nie macam tebus talak...jadi sekiranyer ko ngadu kat pejabat agama ditinggalkan selama 3bln tanpa khabar berita..dan tanpa nafkah...ko boleh tebus talak melalui pejabat agama, pihak pejabat agama yang bertindak mewakili suami menerima duit seringgit tu. Kalau tak betul yang mana lebih tahu mohon di perjelaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 10:01 AM | Show all posts
Reply 34# lizaliza

Rumusan saya sebelum nih berdasarkan pengajian saya ... tetapi saya terjumpa satu pendapat yang menyokong rumusan yang saya buat sebelum ini ... sila nilaikan ...

LAFAZ TALAK TANPA NIAT & TALAK 3 SEKALIGUS

Soalan; assalamualaikum ustaz.
1. isteri saya telah pulang kerumah ibunya. pada malam harinya. saya telah menghantar sms berbunyi "kalau tak balik kerumah malam ni, jatuh talak 3". saya menghantar sms tersebut tanpa niat. bertujuan menyuruh isteri saya balik. adakah jatuh talak tersebut?
2. sebelum ini saya pernah bertengkar. dan saya lafaz "kita putus" juga tanpa niat. adakah jatuh talak?

Jawapan;

1. Lafaz pertama adalah lafaz sharih iaitu lafaz yang tidak difahami oleh orang yang mendengar melainkan dengan makna talak. Ucapan talak/cerai dengan lafaz sharih tidak dirujuk kepada niat, yakni; semata-mata suami melafazkannya dengan mulutnya jatuhlah talak sekalipun suami mendakwa ia melafazkannya bukanlah dengan niat cerai tetapi gurauan, marah, ancaman atau sebagainya. Lafaz sharih ini ialah dengan menggunakan perkataan talak atau cerai. Hukum tersebut adalah kerana Rasulullah bersabda; "Tiga perkara sungguhnya adalah sungguh dan gurauannya juga adalah sungguh;
A) Nikah
B) Talak
C) Rujuk
(HR Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis hasan gharib. Lihat: Sunan at-Tirmizi, kitab At-Thalaq wa al-Li'an, bab Ma Ja-a Fi al-Jaddi wa al-Hazli Fi at-Thalaq, no. 1101. Juga diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Ibnu Majah).

Berkata Imam al-Khattabi; "Telah sepakat sekelian ulamak bahawa lafaz talak yang sharih jika dituturkan oleh seorang lelaki (yakni suami) yang baligh (sampai umur) dan berakal, ia diambil perkiraan dengannya dan tidak berguna ucapannya "Aku mengucapkannya main-main sahaja atau hanya gurauan atau aku tidak berniat talak dengannya" atau alasan-alasan lain seumpamanya" (Aunul-Ma'bud, kitab at-Thalaq, bab at-Thalaq fi al-Hazl, hadis no. 2194).   

Jadi dalam kes di atas jika suami mengakui ia menghantar sms tersebut dan berlaku perkara yang dita'liqkan (yakni diikatkan) dalan ucapan talak/cerai yang dilafazkan itu, jatuhlah talak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2011 10:06 AM | Show all posts
Reply  lizaliza

Rumusan saya sebelum nih berdasarkan pengajian saya ... tetapi saya terjumpa sat ...
kudajantan77 Post at 13-9-2011 10:01



    thanks kuda...good info
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 09:09 PM | Show all posts
Reply 29# kudajantan77


    kalo si laki sms : ko nak cerai sangat kan, nanti balik umah aku nak ceraikan ko !

camne tu pakcik ? boleh bagi penjelesan x ? ini kategori macam mana ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 09:46 PM | Show all posts
yang aku paham...seringgit nie macam tebus talak...jadi sekiranyer ko ngadu kat pejabat ag ...
lizaliza Post at 13-9-2011 09:12



    so kalo pihak dorang amek duit singgit tuh so jatuh lah talak camtu ke kak ? tebus talak tu setahu i kalo somi yg mintak sekian2 harta kite pasal dia x nak ceraikan si bini kan? sori lah byk tanye pasal betul2 x bape paham ayat taklik tu. bahasa arab diterjemah bahasa arab gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 10:18 PM | Show all posts
salunyer kalu byk wat peraturan memg makin dilanggar.. takyah nk tambah bagai la weh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.067801 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list