CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9944|Reply: 43

Syarat taklik yang tak masuk akal!!??

[Copy link]
Post time 12-9-2011 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by nuryakmal at 12-9-2011 15:08

Assalamualaikum....1st time nak bukak thread kat FD nie..so cam consider newbie ler kot ek?


Nak tanya...baru-baru nie...dalam 2 bulan lepas, terjadi penceraian dalam family terdekat, disebabkan dah dekat nak raya...keluarga semua memujuk pasangan ini beralah, dan ada saudara mengambil inisiatif menjadi orang tengah untuk menjernihkan lagi keadaan. Suami bersetuju untuk kembali semula atas dasar 3 orang anak, isteri juga setuju tetapi bersyarat, suami mesti melafazkan taklik dan ditandatangan secara hitam putih dan di depan saksi iaitu Tok Imam kawasan. Kandungan taklik tersebut:

1. Tidak boleh meninggalkan solat
2. Tidak boleh keluar malam tanpa keizinan
3. Tidak boleh pulang ke rumah keluarga tanpa keizinan
4. Jika dalam bulan puasa, tidak boleh menonton TV, mendengar Radio, bermain Internet atau melihat cerita yang tidak mendatangkan faedah.

Si suami terpingga dengan syarat ini dan merujuk pekara ini kepada imam kawasan. Menurut imam tersebut...biarlah meletakan syarat apapun, sekiranya hati kita tak der niat untuk setuju maka talak tidak akan jatuh. akan tetapi pada proses merujuk...suami tadi telah menurunkan tandatangan berserta iman tadi juga menurunkan tandatangan menjadi saksi perjanjian pelik pasangan terbabit.

Sepanjang hari raya pertama haritu...memasing sibuk membahaskan perjanjian pasangan tersebut...dan kebanyakan bersetuju talak tidak akan jatuh sekiranya tertinggal salah satu dari perkara diatas kerana tandatangan tersebut dilakukan bukan atas niat.
Chek betui-betui conpius...awat depa nie jadi lagu nie...betuika apa yang depa pikiaq nie...ka pakat main hentam hukum sendiri.
Bila ditanya adakah talak ini telak didaftarkan dan rujuk juga dilaporkan...jawapannya tidak.....tak perlu buat semua tu...
Nie yang lagi tak paham...sebab tak der pengalaman pergi daftar cerai tapi based on knowledge talak kena daftar, rujuk pon kena daftar....tolong jab sesiapa yang arif, tolong...jernihkan pemahaman pasal perkara nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2011 09:48 AM | Show all posts
ke-3 n 4 tuh macam x boleh terima dek akal jah, anak lelaki walau da kawen tetap bettjwb kepada keluarga dn orang tuanya, nak suruh kawan tu x tngk tv n dengar radio n bertenet pon x bleh abih jd dungu la pas sebulan tuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 09:54 AM | Show all posts
Secara asasnya kemasukan syarat tambahan itu tidak harus ditentang mana-mana pihak, sekiranya dipersetujui bakal suami yang mempunyai hak untuk menjatuhkan talak. Namun, kedua-dua bakal suami isteri harus meneliti syarat tambahan hendak dimasukkan itu. Sebagai contoh syarat jatuh talak jika suami melarang isteri bekerja mungkin dilihat wajar pada awal perkahwinan. Namun apabila pasangan itu sudah mendapat anak dan wujud keperluan isteri berada di rumah untuk mengurus keluarga, suami harus mempunyai pilihan untuk meminta isterinya berhenti kerja.
Masalah tidak akan timbul jika permintaan ini dipersetujui isteri, tetapi apabila sebaliknya berlaku maka syarat harus diteliti semula

berkenaan dengan penceraian dan rujuk, dalam undang undang malaysia: penceraian dan rujuk harus didaftarkan. tapi pasangan kadang kadang lebih takutkan pada denda yang dikenakan. tujuan didaftarkan adalah untuk rekod dan kepastian sama ada cerai telah dijatuhkan atau tidak. jadi, seeloknya, ia harus didaftarkan seberapa segera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 10:06 AM | Show all posts
Reply 1# lizaliza


    nampak syarat mcm taknak rujuk balik jah kikiki.. kalo bini aku wat cenggini aku tak mo ahh.. ilang akal apa..

setau aku, lafaz cerai dan rujuk takleh dibuat main.. tapi possible gak, sedangkan lafaz cerai yg nak disahkan dimahkamah pon perlu ditanya pada somi dulu.. samada somi melafazkan talak menceraikan istri datang dengan NIAT... maka bleh jadi juga isu NIAT turut main peranan dalam isu neh..

papepon isu ni kena tanya ustaz kat bahagian kahwin, cerai dan rujuk la.. aku hanyalah serangga, bukannya seorang ustaz..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 10:13 AM | Show all posts
iols rasa syarat itu ditambah sebab laki sheols tu jenis tak hiraukan anak anak/ bini masa kat rumah.. lepak tengok tibi main game jah atau keluar malam malam jumpa kawan.. so isteri pun sunyi...
syarat no 1 tu kira ok.. no 2 dan seterusnya tak masuk akal... sebab isteri co captain dalam perkahwinan, takkan captain kena mintak izin kalau nak kuar rumah contoh carik rezeki ke pegi klinik malam malam ke hape ke.. kalau ayat tu ditukar kepada "beritahu" lebih molek.. yang takleh tegok tibi taim poser  tu kira macam diktator jah
kena queen control laki dia ni...kesian.......
seeloknya syarat tambahan ni dipersetujui dua belah pihak, bila da setuju, kena ada 2 saksi dan tok imam untuk mengesahkan nya.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2011 10:13 AM | Show all posts
Reply  lizaliza


    nampak syarat mcm taknak rujuk balik jah kikiki.. kalo bini aku wat cenggi ...
ParinAmat Post at 12-9-2011 10:06



    tu la pasainya...abe parin...sebab liza nie pon bukan ustazah..tu yang tak berapa paham...tapi bila diteliti kembali taklik diorang nie satu taklik yang general dan silap tak silap boleh memakan diri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-9-2011 10:25 AM | Show all posts
iols rasa syarat itu ditambah sebab laki sheols tu jenis tak hiraukan anak anak/ bini masa kat rumah ...
nuryakmal Post at 12-9-2011 10:13



    sekrang diorang nie main suka suka buat taklik sendiri...tanpa rujukan dan kaunseling pejabat agama..kalo pegi pejabat agama sure kena maki dua-dua orang nie...buat kerja pelik.

taklik yang pertama tu pon kak liza rasa tak perlu buat sebab...suami dia nie bukanlah kaki segala kaki,cuma manusia biasa yang kekadang terlalai solat lima waktunya, ade ler cacat cederanya...satu atau dua waktu tertinggal...bukan lah teruk kategori kaki minum, kaki disko semua tu. Isteri tu meyalahkan suami sebab suami tak mengajarnya dengan sempurna ilmu agama, jadi dia perlu keluar mengikuti program masjid untuk menambahkan lagi pengetahuan. so atas dasar ini isteri telah melabelkan suami sebagai tidak layak memimpin keluarga dan dirinya. betul ke cara nie...

pasal keluar malam tu...suami nie sebenarnyer buat part time jual kereta terpakai...so siang bekerja...malam aje ade masa orang datang nak tengok kereta...disebabkan suami kena stay kat umah jaga anak, isteri keluar mencari ilmu di masjid dan surau...diorang bergaduh. Isteri merasakan tindakannya betul sebab suami tu tak tinggi taraf pengajian agamanya...kiranya tak leh ler sampai tahap imam muda...setakat makmum muda je la....

boleh ke dalam islam begini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2011 10:27 AM | Show all posts
taklik diorang nie kira sah ke tidak?

katakan tertinggal secara tak sengaja atau terlanggar mana-mana syarat tanpa disedari...apa kesannya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2011 10:33 AM | Show all posts
sekrang diorang nie main suka suka buat taklik sendiri...tanpa rujukan dan kaunseling peja ...
lizaliza Post at 12-9-2011 10:25



    Liza, yg sedara belah laki ke pompuan nih. kalu lelaki, suruh jer dia tinggal pompuan camni. nak bahagia ke hapa nyer kalu syarat yg melampau sampai nak balik rumah keluarga sendiri pun kena ikut minta kebenaran dia nih. laki dia ketua keluarga ke or pompuan tuh ketua keluarga?!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 10:33 AM | Show all posts
Reply 7# lizaliza


    kak liza, iols cadangkan mintak derang rujuk pada jabatan agama sebab nampak sangat taklik tersebut tak boleh pakai dan berat sebelah... somi tu as like what u said, mencari rezeki tambahan pada waktu malam, jadinya perlu la dia keluar kan.. lagik satu: talak tu jatuh atas tangan suami bukan isteri, jadinya kalau sekiranya one of those 4 things happen adakah talak itu jatuh? tidak.. sebab si suami tidak redha dengan syarat tersebut. saksi untuk tandatangan syarat tambahan ni pun kena ada 2 orang.. bukan seorang....

nasihatkan derang supaya bagitau jab agama yang derang sudah tertalak dan ingin rujuk kembali..denda pun bukan banyak sangat....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 10:35 AM | Show all posts
da carik ilmu kat masjid pun boleh buat taklik macam nih? betul ke dia pegi masjid?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 10:45 AM | Show all posts
tak sanggup ngan syarat ikut hati ni...binasa keturunan kang....

dah terbalik siapa ketua kelurga....
pada firasat ku..jodoh mereka tak lama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2011 11:05 AM | Show all posts
Liza, yg sedara belah laki ke pompuan nih. kalu lelaki, suruh jer dia tinggal pompuan camn ...
gticute Post at 12-9-2011 10:33



    saudara kepada hubby liza ...yang lelaki tu...tapi hubby ade nasihat saudaranya tu pasal kes taklik nie...then diorang nie ade berbincang dari hati kehati malam raya tu...dan hubby tersangat ler menyampah kat pompuan nie..sampai dia marah bila liza cakap cakap dgn pompuan nie..hubby kata" kenapa ko cakap dgn pompuan bodoh tu...tengok muka pon menyampah"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2011 11:10 AM | Show all posts
Reply  lizaliza


    kak liza, iols cadangkan mintak derang rujuk pada jabatan agama sebab namp ...
nuryakmal Post at 12-9-2011 10:33



    dulu saudara belah mak kak liza pon ade buat perjanjian taklik underground nie...kalao jatuh tangan atas isterinya maka jatuh talak...suatu hari diorang gaduh...dan terjatuhla tangan...bila diorang rujuk ke pejabat agama, kadi tersangat marah sebab pepandai buat taklik sendiri tanpa rujukan pejabat agama dan taklik secara general, kadi suruh suami lafaz cerai dan diorang rujuk jam tu jugak.

Dalam kes diorang nie...diorang memang tak nak rujuk pejabat agama...pada diorang memadai dgn tok imam tu saja...sebab tok iman telah menjadi saksi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 11:15 AM | Show all posts
Reply 14# lizaliza


    laa da ada pengalaman roopenye.. so amik iktibarla kak... cakap kat derang, sila laaaaaa pegi pej agama.. malu memang la malu tapi lebih baik malu kat Allah kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2011 11:21 AM | Show all posts
Reply  lizaliza


    laa da ada pengalaman roopenye.. so amik iktibarla kak... cakap kat derang ...
nuryakmal Post at 12-9-2011 11:15



    kak liza dah cakap kat mak dia...tapi dia tak leh terima...diorang kata semua bergantung pada niat...tapi macam kes yang kak liza cerita tu...jatuh talaknya...tak der pulak masa tu timbul niat ke aper...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2011 11:25 AM | Show all posts
Reply 16# lizaliza


    kak, kalau semua ahli agama takpa.. iols memang suggest derang pegi rujuk masalah ni pada yang lebih arif.. janganla malu.. ini pun untuk kebaikan masa depan derang jugak.. kalau la terjadi apa apa, hak penjagaan anak, hak isteri yang tertalak banyak benda kak oiiii......semua nanti masalah......
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 02:37 PM | Show all posts
per lah...solat suh jager..tp nak balik umah mak pak sendiri pun kena mintak izin pulak...dah lerr anak lelaki tue..sorang somi perlu ker nak mintak izin kalau nak kemana2..pelik tul syarat tue..mcm gila koser...nak jagi queen contol ker...atau sememang nyer laki dia ni mmg culas bab2 solat dan pelepak tegar dok tercongok depan tv 24/7 ker...tu yg binik dah xtahan sgt melayan kerenah....mcm2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 02:53 PM | Show all posts
Reply 16# lizaliza


    bahaya kalo main ijtihad2 sorang diri, paling kuat pon dgn pak imam kmpung.. maaflah, bukan nak memperlekeh, tapi rujuklah pada ulama2 muktabar ahlus sunnah wal jamaah..

kan da ada mazhab2 tertentu yg masing2 dahpon berijtihad dgn sedikit percanggahan yg membawa kepada ketidakseragaman hukum.. stick to them and insyaALlah everything would be fine..

elok benor kalo direfer pada jabatan agama negeri.. takut apa yg diijtihad tak sama ngan ijtihad jumhur ulama..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 04:19 PM | Show all posts
berdasarkan syarat2 tuh besar kemungkinan pompuan itu gila ... yg kompem mmg dia tak sekolah agama ...

cerai, rujuk mahupun taklik tidak terpakai sekiranya terdapat ugutan, ancaman atau paksaan ... tapi dalam kes ini, saya tidak nampak suami itu berada dalam keadaan darurat akibat paksaan atau ugutan ... bahkan dia mempunyai pilihan yang jelas dan dia telah menandatangani taklik itu ... maka berdasarkan ilmu yg saya ada, taklik itu adalah sah dan jika dilanggar maka jatuhlah talak ... wallahualam ...

syarat 2, 3 dan 4 menjatuhkan maruah suami dan menjadikan suami itu seorang dayus ... amat jelas wanita yg meletak syarat itu mempunyai sifat-sifat musyrik ...

cerai dan rujuk tetap sah jika tidak dilapor kepada pejabat khadi ... tetapi masalah akan timbul jika berlaku lagi perceraian kerana mahkamah perlu mengesahkan bilangan talak yg telah gugur ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.095912 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list