|
Post Last Edit by NAT_11 at 11-9-2011 21:44
BPOP
Raja Nurfatimah Mawar
Ahad 11 Sept 2011.
INI satu lagi kisah seorang pelakon lelaki. Majlis perkahwinan nak buat besar-besaran tapi hutang keliling pinggang. Raja dengar pejabat yang disewa sudah lama tidak berbayar dan baiki kereta rosak pun berhutang!... Apabila orang datang mengejar untuk minta bayar hutang, dia langsung tidak dipedulikan. SMS atau hubungi berkali-kali, tidak dilayan.
Nak kata sengkek, tawaran berlakon tak putus-putus dan muka sentiasa sahaja menghiasi kaca TV tapi peliknya masih tiada berduit!...... Sampaikan orang yang menuntut hutang, macam dah jadi peminta sedekah. Buat malu golongan artis saja, kalau tiada duit, bayarlah sikit demi sikit, ini tidak, terus menghilangkan diri lebih setahun lamanya (utang sewa ofisla ni.... )
Cerita yang terbaru Raja dengar, sudah lebih setahun kelibatnya tidak nampak di kawasan pejabatnya, tiba-tiba si pelakon muncul, mungkin datang nak bayar utanglah kot.......
Yalah, dah nak kahwin, nanti orang mengata pula. Tapi si pelakon lelaki ni tidak pernah peduli dengan kata-kata orang, mukanya tebal macam kulit buaya...... Orang sekeliling sudah lama mahu mengusirnya daripada kawasan itu, tak sanggup melihatnya yang selalu mengusung kekasihnya ke situ, tetapi dua-duanya tetap buat muka seposen. Tak tahu malu/takut langsung...........
Sekarang rancang nak kahwin, lagilah ada lesen besar nak berumah tangga di kawasan berkenaan. Kita tengoklah kalau dulu mengusung tilam bantal setiap hari....... , mungkin selepas ini, mengusung katil, almari, meja solek dan semua barang-barang rumah diangkutnya tinggal di situ. Suka hatilah.......... (sebab JAIS pun tak mampu buat apa-apa.... )
Teka, sapa PELAKON LELAKI yang nak kawen secara besar besaran ituw.......... |
|