CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12422|Reply: 15

Gantung tak bertali

[Copy link]
Post time 8-9-2011 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mizmini at 8-9-2011 15:53

Assalammualaikum..

Sy nak bertanya pada sesiapa yg pakar agama dlm forum ni..

Sy ada kenal sorang makcik, anak2 semua dah besar dan dah kawin..
tp status dia ni nak dikatakan ibu tunggal bukan, isteri pun.. ntah la.. sebab dia ditinggalkan oleh suami dia lama dah sebab suami dia kawin lain..
dia digantung tak bertali dah lama rasanya, agak2nya lebih kurang 10 tahun kot..
sy penah tanya dia kenapa tak tuntut fasakh? dia kata taknak.. biarkan la suami dia bahagia dgn hidup dia skarang..
tak tahu la pulak kalau makcik ni masih ada perasaan sayang kat suami atau takut dgn status ibu tunggal tu bila sah bercerai...

soalan sy, adakah 2-2 berdosa?
kesalahan suami sebab tinggalkan isteri dan anak2  tanpa sebarang nafkah & digantung tak bertali dan tak pernah lafazkan cerai... adakah mereka masih suami isteri?
kesalahan isteri sebab biarkan suami tak memberikan sebarang nafkah lebih dari 3 bulan dan taknak tuntut fasakh? Bolehkan isteri tu taknak tuntut fasakah atau cerai taklik padahal dia tahu suami dia dah langgar lafaz taklik masa nikah dulu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2011 04:12 PM | Show all posts
kesiannya...aku ade aunty yg kesnya lebih kurng cam nie.....
die nie buta huruf...menulih x tau..membaca pn x tau...anak 4org...yg sulung pompuan dh kawen 2 lelaki kerja x kawen lagi..bungsu skolh rndh...sejak somi dia vss + anak jantan dia dh kerja lngsng x bgi duit banjer rumah&bini....nafkah anak pn tunggang terbalik...kadng2 anak bungsu dia pya banjer pn anak&menantu yg tulun:@
persoalan aku ialah..: adakah dia dikira digantung x bertali??? sbb laki dia nie bkn x penah blik....kadng2 3mnggu skali...kadng2 seminggu skali....tpi waktu dia di rumah x smpi seminggu...duit banje kadng blik bgi le sepuluh ke limabelas hingit...kadng x bgi lngsng...dia kuar(g umah bini muda) cam 2 jer
lgi 1 bila aunty aku tya samada dh kawen ke x dia kta x kawen...anak2 g check kat pejbt agama mmg x kawen...aku suspek dia nikah kat siam kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2011 04:19 PM | Show all posts
ooo yeke...

kes makcik ni, suami dia langsung tak jenguk lepas ditinggalkan..
seb baik time tu anak dah besar...
tp makcik ni tahu suami dia ni ada kat mana, tp dia still taknak ambik apa2 tindakan walaupun tuntut fasakh
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 04:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by darkcloud at 8-9-2011 16:32

kan masa akad nikah ada taklik... sebutan takliknya berbunyi jika suami tinggalkan isteri 4 bulan berturut-turut tanpa nafkah, maka jatuh lah talak 1 ke atas isteri...itu perjanjian yg dah dibuat mengikut hukum syariat... tapi memandangkan nikah makcik tu zaman dulu... ingat2kan balik ada tak taklik yg jabatan agama buatkan... kalo ada maka dah sah lah dah bercerai, dan boleh dapat pengesahan perceraian dr mahkamah syariah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 04:35 PM | Show all posts
Reply 4# darkcloud


   
4 bulan berturut-turut

macam kes aunty aku nie...laki dia balik....sebln skali atau 2kali....duk lam rumah x smpi seminggu dh nak blik rumah bini muda......
pas 2 nafkah dia bgi dalm 10 ke 20 hingit...mane cukup kan  2 dikira digantung x bertali gak ke??
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 04:39 PM | Show all posts
jgn buat donno aje soal hubungan nikah ni... byk halal haram yg harus di ambil kira..  jika diri sendiri terasa masih isteri orang,  maka dia kena jaga tatasusila dan batas-batas sbg isteri, dan ada hak serta tanggungjawab pd suami.. mengikut hukum syarak, kalo makcik tu nak keluar, harus minta izin suami dulu... kalo tak mintak izin, berdosa...  tapi masa skrg, kena tahu apa status dia? masih isteri kah? tak mau fikir ker tu semua?

jika satu hari nanti suami nya balik ke rumah.. suami minta utk bersenggama atau sekedudukan satu rumah.. apa hukum yg jatuh pd ketika itu?  suami minta di sedia makanan atau nafkah batin tertentu sedangkan mengikut hukum syarak, diorg bukan suami isteri lg... hak suami isteri semasa dlm pernikahan lain... hak selepas bercerai lain.. itu hukum yg Allah taala dah sediakan pd manusia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2011 04:46 PM | Show all posts
Reply  darkcloud


   
macam kes aunty aku nie...laki dia balik....sebln skali atau 2kali....d ...
puteri_impian Post at 8-9-2011 16:35



   jika suami tak langgar taklik lagi... taklik ni bermaksud perjanjian.. baca taklik secara jelas... jika taklik sebut 4 bulan berturut2 tapi suami masih balik ke rumah 1 kali sebulan atau 2 kali masih nampak batang hidung.. belum lagi melanggar taklik... kalo nak masuk mahkamah syariah utk tuntut cerai.. bukan jatuh undang2 berdasarkan taklik tapi ada hukum lain.. misalnya hak isteri utk fasakh... alasannya tak kasi nafkah dan tak berlaku adil..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2011 05:03 PM | Show all posts
Reply 6# darkcloud


    tak tahu la apa yg difikirkan oleh makcik ni...
takkan dia tak tahu hukum nikah cerai ni.. tgk solat tak tinggal.. ada masa pegi masjid jemaah
samada dia tak boleh terima title ibu tunggal tu atau tak..
dia kata dia tak kisah tp dia pernah kata dia tak boleh duduk sorang2, nanti dia sedih & teringat suami dia..
tu sebab dia jaga anak org.. sy tahu, mungkin dia tak boleh terima kehilangan suami dia, lebih2 lagi dirampas oleh orang lain

sy tak faham apa yg makcik tu harapkan lagi pada suami dia yg dah bertahun2 tinggalkan dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2011 05:13 PM | Show all posts
ini bukan soal masih sayang suami ke.. tak boleh lupa suami ke.. takut menjanda ke... tiada alasan utk melanggar hukum syarak... oleh tu, pergi cek dulu... masa akad nikah, ada tak lafaz taklik... jika ada, makcik tu mmg dah sah bercerai.. kalo takde lafaz taklik, besar kemungkinan mereka masih lagi suami isteri... hukum islam ialah utk meletakkan Allah taala  sebagai keutamaan kita nombor 1...

islam tu mudah.. islam tu menjaga hak dia sbg seorang isteri... meninggalkan isteri bertahun2 tanpa nafkah dipanggil menzalimi isteri..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 05:42 PM | Show all posts
ini bukan soal masih sayang suami ke.. tak boleh lupa suami ke.. takut menjanda ke... tiada alasan u ...
darkcloud Post at 8-9-2011 17:13


Assalamualaikum Tuan Ghumah dan juga forumis yg lain,

Harap komer baca balik surat nikah memasing.
Ada 'clause' kat situ.

Iaitu sekiranya.............teman ulangi, ....sekiranya si isteri mengadu kpd Pihak Pejabat Agama ..........

Kalau si isteri 'redha' ........tak ada kes laaa.
Astaqfirullah hal azim
Yang lain sibuk nak suh dier bercerai nie..............kenaper yer?

Om pompuan yg 'matang' berfikir ribuan kali utk bercerai or bergelar janda!!!
Gelaran janda ini akan membawa banyak petnah akhirnya.
Kesan nya banyak kpd pompuan tersebut.

Di jaman dahulu, ada para sahabat r.a. yg tidak balik sampai berpuluh tahun. (fisabilillah n berdakwah)
Bila balik ke keghumah....dia singgah dulu kat mesjid.(seperti biasa)
Dia nampak seoghang pemuda yg tampan lagi alim di mesjid.
Semasa dia pergi.......dia ada tinggalkan seoghang bayi lelaki dgn isteri nya.
Di dalam hati kecil nya, dia mengharapkan anak muda itu adalah anak nya.
Pemuda ini pulak terperasan akan ada seoghang tuer sedang memerhatinya. (dan dia tidak pernah melihat oghang tuer ini pun sebelum ini)
Pemuda ini juga mengharap yg oghang tuer ini adalah bapa nya. (seperti yg di ceghiterkan ciri ciri nya olih ibu nya)

Selepas solat...............pemuda ini pung berjalan pulang ke ghumahnya.
Sahabat r.a. ini pung mengikut pemuda ini pulang kerana jalan ke ghumah nya adalah sama.
Di dalam hati memasing berdebar debar........mengharapkan sangkaan mereka adalah benar.

Akhirnya pemuda itu sampai ke ghumahnya.
Sahabat r.a. ini terhenti langkahnya.......pabila yg keluar menyambut pemuda itu adalah isterinya yg di tinggalkan selama puluhan tahun.

Sepanjang ketiadaannya, isteri nya berjaya mendidik anak nya menjadi seorang pemuda yg berakhlak mulia lagi warak. (dgn izin Allah swt)

Moral of the Story
- jangan menuntut hak tetapi tunaikan lah hak. Baru lah aman ghumah tangga.

Kepada semuer Forumis sekelian.
Hidup ini hanya sekejap sahaja.
Pejam celik pejam celik.....................kita dah hampir ke penghujungnya.
Kalau kita semuer asyik nak menuntut hak, camana nak dapat kebahagian.
Pertama sekali hendak lah kita tunaikan hak masing masing.

Seperti kita makan laaaa
Sedapnya hanya pada pandangan mata, then kat lidah.
Melepasi kerongkong.....................dah hilang rasa sedapnya.
Kalau terkeluar balik dari peghot akan makanan tadi...............sudah pasti komer sendiri tak lalu nak makan balik. (bukan mcm ceghiter Badang yek)

Tup tup kita di panggil mengadap Illahi.
Apa amalan yg akan kita bawak??

Kebanyakkan kita hanya mahu melepas rasa geram, dendam, sakit hati...
Sikap ini hanya menurut hawa nafsu n hasutan iblis sahaja.

So, renung renungkan dan selamat beramal.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 08:59 AM | Show all posts
kan masa akad nikah ada taklik... sebutan takliknya berbunyi jika suami tinggalkan isteri 4 bulan be ...
darkcloud Post at 8-9-2011 16:29



    setahu aku talaq tak jatuh secara automatik.

kalau u baca betul2 perlafaz-an taqlik tu, ada additional clause, isteri kena pegi mengadu ke mahkamah syariah. kalau mahkamah deemed suami dah langgar takliq, baru mahkamah akan putuskan talaq jatuh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:04 AM | Show all posts
Kebanyakkan kita hanya mahu melepas rasa geram, dendam, sakit hati...
Sikap ini hanya menurut hawa nafsu n hasutan iblis sahaja.
niceghost2005 Post at 8-9-2011 17:42


tersangat tepat komen nih.

personally, i'm trying to get over this stage. paksa diri ingat mati.

ingat it is easier to earn a place kat syurga as a wife dari sebagai anak. so for the mean time, nangis still nangis, but berdoa for the best.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:48 AM | Show all posts
klu isteri redha dpt payung emas x agak2?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 11:10 AM | Show all posts
dalam lafaz taklik ada tersebut : sekiranya suami meninggalkan isteri selama 3 bulan berturut dan dia atau wakilnya tidak memberi nafkah dan sekiranya isteri mengadukan pada mahkamah dan terbukti, makanya si isteri boleh memohon talak, fasakh..
tapi lafaz taklik setiap negeri berbeza beza-- isi nya lebih kurang sama..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 03:20 PM | Show all posts
KESIANNYEEEE
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 05:38 PM | Show all posts
ermm rupnye ade jugak kes macam ni..sama dengan makcik saya.saya pun pelik kenapa dia tk minta cerai sedangkan dia sndri pun bercinta dengan laki orang..suami dia ni ade bini lain tp lagi tua dari mkcik saya..jarang jugak balik,mybe 4 5bulan sekali macam tu.

bagi saya dari mkcik tu tanggung dosa elok dia bercerai.ialah dia masih isteri orang tp selalu keluar dgn laki orang..bagi saya kalau mkcik tu da jadi janda lagi senang kan.ni bile dia keluar dgn lelaki lain da jadi fitnah..keluar pun bawa anak sekali.bile tanya hal laki dia,dia pun tak tahu ape cite,ape kabo.dia kate entah da mati kot..macam tu pun boleh ye..

takut dengan dunia zaman sekrang..moga kite semua terpelihara.AMIN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.081040 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list