CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14605|Reply: 82

Maya Karin sambut Raya dengan meluncur

[Copy link]
Post time 7-9-2011 05:20 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR, 7 SEPT 2011: Sambutan raya kali ini agak berbeza buat aktres jelita, Maya Karin. Selain menyambutnya di Australia, dia juga banyak menghabiskan masa dengan akviti meluncur pada raya pertama hingga raya yang kelima.

"Memang berbeza sambutan raya saya kali ini dengan sebelumnya. Dari hari pertama raya sehingga kelima saya hanya melakukan aktiviti meluncur di pantai. Memang menyeronokkan dan menggembirakan hati saya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran tilam Vono Ergobed, di Menara Kuala Lumpur, kelmarin.

Menyewa sebuah apartment di sana, kata Maya Karin, impiannya untuk menyambut Aidilfitri di perantauan pada tahun ini telah terlaksana. Malah, impiannya untuk bersendirian dan menghayati keindahan alam ciptaan Ilahi telah pun dapat dicapai.

"Saya sangat gembira di sana. Selain meluncur, saya bebas membaca novel di tepi pantai sambil melihat ikan-ikan paus di pantai. Suasana sungguh tenang dan segala kepenatan selama saya bekerja hilang begitu sahaja. Sewajarnya saya pergi ke sana dari dulu lagi namun saya akan pastikan saya akan ke sana semula," jelasnya yang melawat dua lokasi di Australia iaitu Sydney Byron Bay sempena lebih dua minggu percutiaannya di sana.

Ucap pelakon kelahiran Jerman ini lagi, dia tidak bersendirian menyambut raya kerana ada beberapa orang rakan baiknya turut menetap di sana. Malah, dia juga mengambil kesempatan memasak beberapa juadah raya untuk disajikan kepada mereka.

"Memandangkan saya menetap di studio apartment jadi dapatlah saya memasak sedikit juadah raya untuk kawan-kawan di sana. Hanya itu kesempatan yang ada untuk saya berjumpa dan meluangkan masa bersama mereka," katanya lagi kepada murai.com.my.

Menyentuh mengenai perkembangan terbarunya, Maya Karin menjelaskan, album baru yang juga ketiganya akan menemui peminat tidak lama lagi.

"8 lagu telah pun siap dan mungkin akan ditambah dalam dua buah lagi. Mungkin kalau tak ada masalah akan keluar penghujung tahun ini. 2 buah single saya iaitu Terbang dan Mimpi telah pun dimainkan di radio," jelasnya lagi.

*Murai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 05:32 PM | Show all posts
semoga tok chaq tak bising la kat kampung.. hmmm .. nevermind .. i dun think she layan forum!! hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 05:43 PM | Show all posts
Reply 2# samshik


tok chaq mu tu mesti x kesah nye mek
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 06:04 PM | Show all posts
hehe .. tok chaq mana lak nih ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 06:08 PM | Show all posts
meluncur kat australia.. xde gmbar ke.. nk gak tgok swimsuite dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 06:13 PM | Show all posts
maybe dia n family jarang smbut raya agaknye
ala kadar je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2011 06:24 PM | Show all posts
Reply  samshik


tok chaq mu tu mesti x kesah nye mek
mimi77 Post at 7-9-2011 17:43



    haha .. giler tak kesah?? mujoq la cucu sedara ja kan?? .. kalu die tau la jadi lagu nie .. mek raser sampai tahun depan MK tak balik2 sebab insap kena ceramah ugama.. mek ngan kezen mek cemerlang kena lahar time pak sedara we all p haji mimi oii .. inikan pulak tak balik raya sebab nak p meluncur...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 06:27 PM | Show all posts
hehe .. tok chaq mana lak nih ?
tomet05 Post at 7-9-2011 18:04



    tok chaq tu is tok sdara die yang dok "kacau" die time main pasir bawah umah n panjat atap!! haha.. sampai sekarang la dok dengar cter tok sedara die pasal kenakalan die ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 06:55 PM | Show all posts
oh sambut raya kat Australia...ada ahli politik Malaysia pun pegi Australia jugak kan time2 tu..{:1_115:}
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 07:15 PM | Show all posts
cici tunggu Maya g UMrah plak...nak tgk dia rasa tenang tak di sana
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 07:17 PM | Show all posts
Bukannya semua family members MK ada kat M'sia ..
Maybe sbb tu la dia pilih beraya kat Australia agaknya ..
Kawan2 pun dah ramai yg kawin & ada gf ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 07:18 PM | Show all posts
bapak dia kat vietnam, adik dia kat peru, adik pompuan dia kat london...cuma mak dia je kt malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 09:08 PM | Show all posts
Jenis kuarga bawak haluan masing2..nasib la


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 09:14 PM | Show all posts
jauh betul dia ni beraya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 09:15 PM | Show all posts
maybe dia jns x kisah hari raya ke hari x raya ke...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 09:42 PM | Show all posts
Apalah sangat.... aku kalau boleh time Raya pun nak melancong gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 09:50 PM | Show all posts
suka cara dia sambut raya .... best ...... harap2 tahun depan dia sambut raya di Iraq atau Somalia pulak
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 09:55 PM | Show all posts
wahhh..cenggitu plak ye..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 10:11 PM | Show all posts
Apalah kejadahnya sambut raya dengan meluncur ...Hari Raya setahun 2 kali ni adalah Hari kemenangan Hari kebesaran..kalau orang muslim sendiri tidak menaymbutnya siapa lagi.Tulah aku rasa lama-lama nanti sambutan hari raya ni kalau tak dijaga..akan hilang juga..budaya budayalah..Agama tetap agama..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 10:32 PM | Show all posts
mmg len tol cr dia beraya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.328044 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list