CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46679|Reply: 329

Bekas mertua AC Mizal dakwa anaknya terpaksa pinjam duit

  [Copy link]
Post time 7-9-2011 07:53 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by faisyah at 7-9-2011 07:59

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Bekas ibu mertua pengacara dan pelakon, AC Mizal mendakwa anak perempuannya, Shafnie Zainuddin terpaksa meminjam duit daripadanya semata-mata untuk menampung perbelanjaan dua cucu lelakinya.


Rafiah Ab. Talib, 62, menerusi afidavit keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang dekat sini, hari ini memberitahu anak perempuannya turut terpaksa menjual pelbagai barangan kepada rakan-rakannya bagi tujuan tersebut.

Menurut pesara itu, Shafnie terpaksa berpindah dari rumah yang disewa di Kota Damansara ke rumahnya di Kajang kerana tidak mampu membayar sewa dan gaji pembantu rumah.

Berhubung penghantaran anak sulung pasangan tersebut, Muhammad Shafiq Iman, 15, ke Sekolah Menengah Islam al-Amin, Bangi iaitu sebuah sekolah swasta yang berteraskan Pendidikan Islam, Rafiah dalam afidavitnya menyatakan:

''Muhammad Shafiq tidak mendapat bimbingan agama daripada ayahnya sejak kecil lagi, oleh sebab itu dia dihantar ke sekolah tersebut,'' jelasnya.

Rafiah juga mendakwa, emosi dua cucunya akan terganggu apabila melihat laporan media yang menyatakan AC Mizal hidup senang-lenang kerana mempunyai sebuah syarikat menjual gelang tangan selain membintangi filem serta mengacara rancangan di televisyen.

''Muhammad Shafiq pernah mempertikaikan apabila melihat ayahnya memakai sepasang kasut berjenama ketika remaja itu hadir bersama ibunya ke prosiding mahkamah tahun lalu sedangkan dia hidup sederhana,'' jelas Rafiah.

Rafiah dipanggil hari ini untuk memberi keterangan berhubung kes tuntutan pengubahan nafkah anak yang dikemukakan oleh Shafnie, 35, selaku plaintif terhadap bekas suaminya, AC Mizal, 39.

Ketika sesi soal balas oleh peguam syarie, Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal selaku defendan, saksi kedua plaintif itu menafikan isu tuntutan pengubahan nafkah anak terbabit difailkan selepas Shafnie bercerai menerusi perkahwinan keduanya.

Jelas ibu Shafnie, anak perempuannya itu pernah berkahwin dengan lelaki lain selepas bercerai dengan AC Mizal, namun beliau tidak mengingati bila tarikh pernikahan tersebut berlangsung.

Dalam permohonan pengubahan nafkah anak, Shafnie yang diwakili peguam syarie, Azmi Rais menuntut agar jumlah RM300 sebulan bagi dua orang anak diubah kepada RM3,770 sebulan.

Ia merangkumi makan minum bulanan sebanyak RM400, pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembantu rumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan (RM1,000) dan sewa atau ansuran rumah (RM650).

Selain itu, dia meminta perbelanjaan tahunan berjumlah RM9,000 yang merangkumi pakaian (RM3,000), perubatan (RM1,500), yuran sekolah atau tuisyen (RM500), aktiviti kokurikulum (RM1,000) dan hiburan serta percutian (RM3,000).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 07:58 AM | Show all posts
so aper kater ac.... lingkup la semua business.... fail for brankrup je ar..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:02 AM | Show all posts
sanggup ac beli barang mewah2 untuk diri sendiri sedangkan anak2 hidup biasa2 je. alahaii ac oi
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:07 AM | Show all posts
Jelas ibu Shafnie, anak perempuannya itu pernah berkahwin dengan lelaki lain selepas bercerai dengan AC Mizal, namun beliau tidak mengingati bila tarikh pernikahan tersebut berlangsung.

dia kawen dgn sape?


Rafiah juga mendakwa, emosi dua cucunya akan terganggu apabila melihat laporan media yang menyatakan AC Mizal hidup senang-lenang kerana mempunyai sebuah syarikat menjual gelang tangan selain membintangi filem serta mengacara rancangan di televisyen.

setahu aku, lagi kaya org tu, lagi kedekut...jarang aku jmpa org kaya yg pemurah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:12 AM | Show all posts
alahai, sambung lagi episod dia nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:14 AM | Show all posts
ac ac..ingatlah kat anak2 ko ni..ko dah tua kepot esok..mula la terkehel2 mencarik diorang balik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2011 08:17 AM | Show all posts
anak2 pun dah tau kan ac tu kaya... kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:18 AM | Show all posts
RM300 sorang anak ke dua orang.....giler ke hapa AC ni.  van sekolah busuk pon rm100 dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 08:19 AM | Show all posts
nape x smbg dlm thread sedia ada?

ehsi ni kaya ke kayap?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:19 AM | Show all posts
memalukan betul mamat ni......

btw, mana dah pi title dato yg diwarwarkan tu..............
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by mamapip at 7-9-2011 08:27

Mana dia buku akaun yg ehsi dok heboh2 aritu kat media kata dia simpan duit tiap2 bulan lam akaun anak2 dia tu??? Bagi je la kat janda dia utk wat blanja anak2 tu.....:@:@

Xkan setakat heboh sedunia kata ada bagi nafkah kat 'buku akaun' yg duitnya anak2 xleh nak sentuh :@:@
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:25 AM | Show all posts
malunyer tauke gelang bentley kena tarik nieee...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:26 AM | Show all posts
haihhh kesiannye..tp yg ex wife die g anta anak skolah swasta watpe kalo da tawu ta mampu
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:27 AM | Show all posts
dari start ac ni kayo pastu dah hampir nak muflis balik, kes tuntutan ni tak settle lagi..
jawabnya mmg tak dptlah tuntutan tu sbb lepas ni AC claim bisnes gelang dia dah lingkup...bantley pun dah kena tarik camner nak byr rm3770 sebulan tu??. Dahlah safniee xyah la proceed mmg mamat ni x nak bayar pun.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:28 AM | Show all posts
erm...sian anak-anak ac...tak lama tu kaya akan jadi kayap sebab kedekut ngan anak sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:32 AM | Show all posts
Nafkah anak2 jgn diwat main2....

Kalo da mmg Allah beri kamu kaya utk kebajikan anak2 tapi rezeki anak2 tu dimakan sendiri tanpa beri pd anak2 tu mmg alamatnya tak kekal lama la.......ni la karmanyer......:@

Ni la bahananya mengabaikan & tak mengikut suruhan Allah.....
Igt la segala rezeki/kemewahan/kesenangan yg kamu ada tu sumenya dtg dariNya wahat ehsi.....sumenya hanya pinjaman....diberi & leh diamek semula anytime :@:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 08:45 AM | Show all posts
RM300 sbln...gaji cleaner ngn jaga pn lebey mmpU g tanggUng ank2.
ni kan kO AC yg kaya raye..padan mUke kO kete kn tarik..
rezeki ank2 kO sekat.mmng neraka jahanam ler pat kO.
bwk skali bini kO yg x lawa skali masOk pakej neraka.
:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:51 AM | Show all posts
Tak paham aku bapak jenis ini. Dia ni benci benor ke kat Shafnie sampai terbawak2 benci kat anak?

Shafnie ni tak kerja ke ek?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:53 AM | Show all posts
mak aku kena tinggai ngn bapak sbb gatai ngn betina lain , mak aku tkde pn tuntut wet pape pn...  nk jage anak ikhlas la..  salah AC gak tk kasi nafkah apahal lak......
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:54 AM | Show all posts
ac..ac..per laa nk jadi nie...sian kt anak2 tue...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.716331 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list