CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

Fragmen: Di mana filem kenegaraan sempena Hari Merdeka?

[Copy link]
Post time 5-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Fragmen: Di mana filem kenegaraan sempena Hari Merdeka?Oleh Zainuri [email protected]/09/05\n\n\n\n\n\n\n\nDALAM suasana Hari Raya, mungkin ramai yang lupa bahawa kita juga sebenarnya berada dalam minggu hari kemerdekaan negara.\rSecara kebetulan tarikh 31 Ogos 2011 jatuh pada hari raya kedua Aidilfitri menyebabkan semangat merdeka ditenggelami dengan mood raya. \r\n\n\n\n\rSudah menjadi kelaziman dalam budaya orang Melayu, hari raya disambut dan diraikan dalam tempoh yang panjang iaitu sepanjang Syawal - selama 30 hari walaupun ada sesetengah pihak berasakan dua atau tiga hari sudah memadai, malahan beraya selama seminggu sudah mencukupi. \r\r\n\n\n\n\nApabila menonton TV, program raya lebih menonjol berbanding dengan rancangan berkaitan kemerdekaan. Kalaupun program bertemakan kemerdekaan itu memang ada, ia mungkin tidak disedari penonton kerana bercampur aduk dengan program raya yang tidak terkira jumlahnya.\rUsahlah ditanya pasal filem yang menceritakan mengenai sejarah, filem pasal kenegaraan, wira-wira negara atau yang berkaitan. Memang tidak ada. Tidak ada di TV mahupun di pawagam. Hairan sebagai sebuah negara maju, Malaysia tidak berupaya menerbitkan filem kenegaraan.\rMungkin sebahagian besar orang Malaysia berfikiran apa pentingnya ada filem yang nak bercerita pasal negara, pasal askar kita dulu-dulu yang berjuang, berkorban nyawa menentang pengganas komunis atau wira-wira zaman silam menentang penjajahan negara kita. \rAnehnya kita akan berebut-rebut pergi ke panggung wayang untuk menonton filem propaganda keluaran Hollywood. Itu kita tidak sedar.  Filem propaganda Hollywood ini cukup halus, ceritanya berlapis-lapis banyak yang tersirat tetapi mesejnya berjaya disampaikan. Filem propaganda Hollywood akan menyaksikan orang putih, orang Barat sentiasa lebih hebat daripada Asia. \r\n\n\n\n\rOrang Arab ditampilkan dengan imej berserban ditonjolkan sebagai ketua pengganas yang mengancam keselamatan dunia. Orang Arab juga dilihat sebagai manusia paling berbahaya di dunia. Siapa orang Arab? Lazimnya orang Arab ini mewakili imej umat Islam sungguhpun kita sedari tidak semua bangsa Arab itu beragama Islam. \rJadi, orang Arab dengan imej Islam bermakna orang Islam di dunia ini secara keseluruhannya digambarkan sebagai manusia pengganas, orang Barat kena berhati-hati dengan orang Islam. Begitulah buruknya kebanyakan filem propaganda Barat dalam mencipta imej Islam yang tidak betul secara halus. \rOrang Asia pula sering diangkat sebagai penyamun dan pemberontak, lembik dan senang dipermain-mainkan oleh orang Barat.\rTapi kita seronok menontonnya. Kita gembira dan dalam hati bagaikan ‘menyokong’ tanpa berfikir panjang terhadap orang yang menghasilkan filem propaganda ini.\rDi Malaysia pun apa kurangnya. Ada segelintir penggiat filem dari kalangan anak muda yang menghasilkan karya yang menyindir kerajaan, menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mewujudkan suasana ketidakselesaan kepada rakyat. Ia filem pendek, dihasilkan oleh penerbit atau pengkarya bebas. Atas nama seni, sesetengah orang berasakan mereka bebas untuk membuat apa saja dengan tidak memikirkan kesan dan akibatnya kepada negara dan bangsa. \rSeperti yang kita katakan dalam ruangan ini minggu lalu, kita tidak ada filem khusus yang mengenai Hari Raya. Apatah lagi filem yang berkisar mengenai kenegaraan sempena Hari Kebangsaan negara kita yang ke-54.\rApakah kita tidak ada pengkarya filem hebat? Kita memiliki ramai pengkarya filem yang hebat seperti Datin Paduka Shuhaimi Baba, Mamat Khalid, Othman Hafsham, Bade Haji Azmi selain filem kenegaraan daripada perspektif orang muda yang bersemangat besar iaitu Syamsul Yusof, Afdlin Shauki atau Yusry Abdul Halim. Kita yakin mereka mampu, mereka berupaya menghasilkan filem kenegaraan yang besar dan hebat.\rKonsep filem kenegaraan bukanlah cerita mengenai jerit pekik perjuangan politik orang dulu-dulu atau kisah perjuangan pasukan keselamatan mengangkat senjata memerangi musuh negara. Cerita seperti ini sudah dianggap klise dan retorik. Generasi selepas merdeka tidak meminati filem seperti ini. \rMemang betul kita usah ketepikan jasa dan sumbangan tokoh atau pemimpin tersohor. Apa yang penting ialah bagaimana hendak mengangkat cerita seperti ini secara bersahaja, yang mudah dihayati dan senang diterima oleh penonton.\rDi sinilah pentingnya kreativiti daripada pengkarya filem kita. Kita percaya karyawan filem kita boleh membuatnya. Mereka boleh melakukannya mengikut kaca mata sendiri. Mereka tahu bagaimana hendak menyuntik elemen hiburan dalam filem berbentuk kenegaraan ini.\rKita tahu filem kenegaraan, filem sejarah selalunya agak kaku dengan naratif ceritanya macam membaca buku teks apabila segala-galanya hendak diceritakan secara terperinci. Ia memang menjemukan apabila ditayangkan di layar besar.  \rApapun, soal pokoknya ialah wang. Tidak ada wang, apa filem sekalipun tidak boleh dihasilkan. Kita berpendapat daripada jutaan ringgit yang wang Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) yang digunakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi menggantikan pemulangan duti hiburan, adalah lebih baik digunakan untuk membiayai filem kenegaraan.\rBukannya banyak pun. Dalam setahun mungkin boleh terbitkan dua atau tiga filem kenegaraan dengan setiap satu filem kos minimum sekitar RM3 juta. Ada masanya FINAS kena juga tegas. Hanya syarikat filem yang memang betul-betul layak dibantu, dibantulah. Ia sebenarnya sebagai galakan untuk syarikat filem baru bertapak ini terus menghasilkan filem. Tapi untuk syarikat yang sudah bertapak kukuh, mampu hasilkan tiga hingga lima filem setahun atau lebih, mengapa harus dibantu? \rLalu, kita mengharapkan inilah antara agenda penting yang perlu dilihat oleh Ketua Pengarah baru FINAS, Mohd Naquib Razak yang khabarnya memulakan tugas secara rasmi di perbadanan ini pada 1 September lalu. Dengan berlatar belakang sebagai penerbit dan pengkarya filem dokumentari negara, kita yakin Mohd Naquib boleh melakukan sesuatu supaya kita mempunyai beberapa filem kenegaraan yang boleh dibawa dan ditayangkan dalam arus perdana. \rJadi, tidaklah setiap tahun, setiap kali kita menyambut Hari Kebangsaan atau Aidilfitri, kita asyik dihidangkan dengan yang sama sahaja.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.044597 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list