|
assalamualaikum.
baru je berjinak-jinak dalam bidang ni. harap maaf atas segala kekurangan.
enjoy. |
|
|
|
|
|
|
|
#1 break up
When I woke up this morning, I felt nothing.
Because the pain is all over me.
Aku ingat aku boleh tidur lebih lama hari ni. But pukul 8 pagi aku dah bangun. Semua orang still tengah tidur. Aku check handphone aku. Ada message from him. Aku tak baca pun, terus delete. Capai tuala, pakaian, toiletries, then terus mandi.
Bilik mandi lengang tak ada orang. Bolehlah aku lepak bilik mandi yang aku suka. Aku letak bucket depan toilet. Ambik berus and ubat gigi. Berdiri depan cermin. Then berus gigi slowly. I don’t even dare to look at myself. Mesti haggard gila. Aku menyampah.
Selesai berus gigi, masuk shower, mandi super slow. Selalunya aku mandi tak sampai 10 min. Kali ni aku mandi 30 minit. And of course, I cried again. Tempat strategik nak menangis. Aku bukak shower kuat-kuat. And aku lagi kuat menangis.
Balik bilik, mata bengkak dan merah. Hidung tersumbat. Aku terus baring atas katil. Tak ada mood nak beli makanan. Tak ada mood nak study. Tak ada mood nak buat apa-apa. Aku pejam mata. Try untuk tidur balik.
It works.
Aku sedar bila pukul 10 pagi. Roomies aku semua dah tak ada. Diorang ada hal kot. Aku malas nak fikir. Malas nak text tanya diorang pergi mana.
Perut rasa lapar. Tapi hati rasa lagi sakit. Aku bangun, cuci muka kat sink pantry. Sarung cardigan and tudung, terus keluar bilik. Pergi cafe beli makanan. Terjumpa someone tengah jalan yang tegur aku. Aku senyum balik. But tak tahu dia perasan ke tak. Hari macam ni aku tak mampu nak senyum lebar-lebar pun.
Impak putus cinta. Terasa diri tu bodoh.
Seriously, I look like a moron. And feel like a moron.
Aku rasa dalam sejarah hari ni ,nasik yang aku senduk paling sikit. Ayam goreng, sayur kubis. Teh ais. Abang buat air tengah melalak lagu kat radio. Lagu cinta of course. Buatkan aku lagi meluat tunggu lama kat sini.
“ Reni?”
Aku tak bergerak sikit pon. Bukan tak kenal sapa yang panggil. Sah dia dah tahu semua. Kawan baik dia yang shaite tu mesti dah bagitau.
“ Reni ok?”
Tak ke bodoh soalan tu sedangkan kau dah tahu apa yang terjadi.
“ Reni, err... Sorry,”
“ Motif?”
Dia terdiam.
“ Sejak bila jadi jurucakap Sya... jantan bengong tu? Berapa dia bayar?”
“ Reni, dia pun sedih..”
“ Pergilah tenangkan your so-called good for nothing bestie tu. Terjegat kat sini buat apa?”
Aku ambik teh ais and terus blah.
“ Reni, dia rasa bersalah sangat..”
Aku pusing dan pandang muka dia. Bengang. “ Fiq, tell him, I don’t like a coward who doesn’t speaks for himself. “
Afiq tak panggil aku dah. Aku tahu aku tak patut marah Afiq. But kalau dia datang tadi and says Reni, nak aku belanja? I will accept that. But menjadi wakil si malaon tu bercakap. Aku tak boleh terima. Nampak sangat penakut.
Balik bilik, on lappy, bukak cerita Inception sambil makan nasik. Terdengar bunyi vibrate handphone atas meja. It’s that jebon. Malas angkat.
He called again.
Tengok handphone. 67 missed calls. Nice.
Dia telefon lagi. Aku jawab.
“ Can you please listen to me???????” Dia terus tinggikan suara.
Aku off handphone terus. Tak ada masa nak dengar orang marah-marah. Who deserve to be mad sebenarnya? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
introduction best |
|
|
|
|
|
|
|
#2 history of the ex boyfriend.
Cakap orang, kalau perempuan yang confess dulu, bila couple, hubungan tak berkekalan.
Mulanya aku rasa yang statement tu kind of absurd. Bagi aku lelaki atau perempuan yang confess sama ja. As long as they love each other.
Itu apa yang aku ingat berlaku kat diri aku.
Last year aku confess dengan seorang lelaki. Syakir. Aku kenal dia sejak sekolah menengah. Time tu ada book fair kat dewan sekolah aku. Ada satu group lelaki yang buat otai kat situ. Mengurat student perempuan. Buat bunyi tikus.
“ Eh, kenapa kau toleh?” Serentak itu, kami terdengar geng student lelaki tu ketawa.
Dalia buat muka geram dan menyesal. “ It’s reflex. Aku tak teringin nak tengok pon okay!”
“ I just don’t get it. Kalau toleh bila dengar bunyi tikus tu kiranya budak perempuan tu ada respon kat diorang la eh?” aku menyoal dengan nada tak puas hati.
“ Hmm... Entahlah. Apa kata kita buat experiment?”
Amira bisik rancangan dia kat kami.
Kami jalan ramai-ramai lalu depan student lelaki tadi. And as expected, ada bunyi tikus.
Amira toleh and senyum-senyum malu . Dayum. Dia memang pakar bab-bab berlakon ni. Dalia pulak terus lambai-lambai. Aku? Keras macam batu.
Terus geng student lelaki tu datang. Muka macam gangster mat rempit je.
“ Hellloooooo, cik adik,” sorang mamat muka gatal rambut kerinting terus pergi dekat Dalia.
“ Cun gila la bai.”
“ Aku dah kata yang budak sekolah ni cun. Korang tak caya.” Mamat gatal nombor dua telinga capang pulak sahut. “ Malam ni kita pergi makan-makan nak? Tengok wayang?” dia tanya dekat Mira.
“ Buat wayang.” Someone daripada group diorang cakap.
Uh oh. Aku tengok Dalia dan Mira pura-pura cool.
“ Ee eh lawanya rambut dia,” Mamat telinga capang nak pegang rambut Dalia. Dalia terus tepis.
“ Hoi!”
Hero? Clark Kent?
Mamat-mamat tadi tepuk bahu memasing dan terus blah tanpa cakap banyak.
Kami pusing mengadap mamat yang sound tu. Obviously dia tu prefect. Kami buat muka bersalah.
“ Lain kali jangan buat kalau tak berani.” Hero terus belah.
Mamat tu memang mamat paling cool pernah aku jumpa. Dan berdasarkan badge yang dia pakai, dia pun satu sekolah dengan mamat-mamat tadi.
Seminggu lepas tu aku dapat SMS from someone yang aku tak kenal.
“ Mamat tu tak?” Mira meneka time aku cerita kat diorang.
“ Sapa?” aku tanya balik.
“ Hero?” Dalia respon.
“ Nama dia Syakir okay?”
“Huuuu... Syakir...” Dalia dan Mira buat muka gatal kat aku.
Dan sejak hari tu aku selalu text si Syakir. Dia memang cool je, even dalam message. Dia mintak maaf, katanya dia biadap dengan kami. Dalia ada cakap dia sombong sebab pergi macam tu je lepas nasihat kitorang. But aku just reply, no biggie. Then kami tak nak ungkit lagi pasal hal tu.
Dekat dengan SPM dia ajak jumpa. Katanya nak exchange paper exam.
Since Dalia and Mira ada hal, so aku kena jumpa dia sorang-sorang. Jumpa pun dekat shopping complex dekat dengan rumah aku je.
Sambil tunggu Syakir datang, aku try balik ingat muka dia dulu. Senang sikit nak kenal.
“ Hai.”
Aku toleh. Ada mamat pakai jeans lusuh, t shirt biru and galas beg kat belakang. Mamat tu sengih je. Kening aku terangkat sebelah.
Mamat ni bukan Syakir.
“ Awak siapa?”
“ Saya Syakir la.”
Dahi berkerut. “ Awak bukan Syakir.”
“ Macam mana awak kata saya bukan diri saya sendiri?”
Aku pandang dia tajam.
“ Ni Reni kan? Saya Syakir la.Yang selalu text dengan awak tu.” Senyuman dia dah kendur sikit.
Aku diam lagi. Prank ke apa ni?
“ Betul ke awak ni Syakir?”
“ Nak kena tunjuk ic ke?”
Aku mencebik. Dia ketawa.
“ Tapi kenapa awak lain gila?”aku soal lagi. Tapi... Aku pernah nampak dia ni.
“ Lain? Maybe sebab masa tu saya dengan kawan-kawan saya kot,”
Wait. Kawan-kawan?
“ Kawan?”
“ Yela. Kan...” Dia macam reluctant to speak. “ Kawan-kawan saya yang kacau awak tu. Saya tak expect pun awak boleh kenal...”
Ah, sudah! “ Eh, awak bukan mamat prefect yang halau...”
Mulut dia terlopong. “ Awak ingat saya ni...” He snorted.
“ So awak ni salah sorang mamat yang kacau kitorang la kan?” I can’t believe it!
“ Pembetulan. Yang usha korang, bukan yang kacau. Kawan-kawan saya yang cakap benda-benda ngarut tu. Saya just usha... err.. to be exact... usha awak,”
Dia blushing. Aku tengok dia lama then aku menggeleng-gelengkan kepala. Macam mana aku boleh ingat dia ni mamat prefect tu??? Malunya.
Aku pusing dan terus jalan laju-laju. Aku dengar dia panggil but aku buat tak dengar.
Dan masa tu memang aku janji tak nak jumpa dia lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
wow!!...bestt arr...gaya bahasa sungguh menarik.. macam dah pro... sambung lagik pleaseee.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# asyriqa
trimas. masih ada banyak kekurangan lagi. apa2 pun thanks sudi baca. |
|
|
|
|
|
|
|
#3 what BFF means
Syakir texted aku almost everyday dalam dua minggu tu.
Sampailah esok tu nak SPM. Dia wish good luck kat aku and again, dia mintak maaf. Aku rasa bersalah pulak buat dia macam tu. Pagi sebelum first paper tu aku type message untuk dia.
‘ Good luck untuk awak jugak. Maaf. Tapi saya harap awak faham. Saya tak layan lelaki yang buat bunyi tikus kat perempuan.’
Bunyi macam budak-budak kan? Tapi tulah yang aku harap sangat dia faham.
Dan dia tak text aku lagi dah lepas tu.
5 bulan selepas SPM aku dapat tawaran ke Kolej M. Dalia masuk UiVM and Mira pulak kahwin seminggu sebelum aku ke Kolej M. Keputusan drastik yang aku tak pernah expect Mira buat.
Pilihan keluarga.
“ Her mom yang nak sangat dia kahwin awal-awal ni,” kata Dalia sambil makan jajan time dalam kereta on the way ke kampung Mira.
“ Takkan dia setuju je?”
“ Aku dengar gak yang dia against permintaan mak dia tu. Ayah dia marah. Ayah dia kata Mira tak faham. And yep memang Mira tak faham,”
“ And aku pun tak faham. Kenapa?”
Dalia cakap mcm berbisik sedangkan dalam kereta tu cuma kami dua orang je. “ Hubby Mira tu anak tauke apa tah. Kaya. And her father’s company dah nak bangkrap kot. Mira is the only daughter. You get the idea.”
Aku terdiam. Sampai macam tu sekali. “ Takkan tak ada cara lain?”
Dalia menjungkitkan bahu. “ Dia menangis setiap malam kat aku weh. Time tu kau buat part time. Dia tak nak kawin dengan mamat tu. “
“ Habis pelajaran dia?”
Dalia diam je.
“ I seriously don’t know. But please Reni.” Muka Dalia serius. “ Don’t ever say that you’re sorry for her.”
“ Kenapa?”
“ You’ll see.”
Aku terfikir apa yang Dalia cakapkan tu.
Kami sampai agak awal. Saudara mara Mira dah ramai dan masing-masing tengah sibuk. Setelah bersalaman dgn mak and ayah Mira kami terus ke bilik Mira.
Mira’s condition is not like what I’ve expected.
She greeted us with a big smile on her face. And seriously dia sangat cantik berpakaian pengantin.
We hugged each other.
“ Mira, you look pretty.” Aku puji ikhlas.
“ Tau tak aku rindu kau sangat-sangat. “ Mira buat muka marah. Then, kami ketawa. Imbau kembali kenangan lima tahun di sekolah menengah.
Mungkin Mira pura-pura happy. Tak. Dia memang happy. Muka dia berseri-seri. Aku tak berani tanya pasal pengantin lelaki. Aku takut dia sedih.
Tiba-tiba Dalia keluar bilik. Ada call from someone. Tinggal aku dan Mira je kat situ.
“ Reni.” Mira pegang tangan aku. “ Kau dah tahu cerita kan? Dalia mesti dah bagitau?”
Aku gelabah sedikit.
“ Mira, terus terang dengan aku. How do you feel right now?” Aku cakap dalam nada perlahan.
Mira mengeluh sambil tersenyum tawar. “ Maybe korang ingat my father’s guilty dalam hal ni. Tapi percayalah. Aku dah fikir masak-masak and aku rasa inilah takdir perjalanan hidup aku.”
Aku diam dan mendengar je.
“ Aku takut sebenarnya. Aku takut aku tak mampu nak jadi isteri yang baik muda-muda macam ni.
Exactly family kitorang dah kenal lama. Bila company abah aku ada masalah kewangan, family diorang tolong. Abah aku tak tahu macam mana nak balas jasa diorang. Then abah aku dapat tahu yang Nazri ni dah lama sukakan aku. Aku terkejut time tu.
Abah mula cakap nak kahwinkan aku dengan Nazri. Mulanya aku tak nak. Aku takut. Aku dahla tak kenal sapa dia. Macam mana perangai dia. So, one day Nazri ajak jumpa. “
“Nazri?”
“ Yep, my hubby. Aku ingat dia ni jenis sosial bagai. But I’m wrong you know. Dia sebenarnya seorang yang sangat baik. Sangat caring. Dia tanya aku betul ke aku nak kawin dengan dia. Dia cakap tak apa kalau dia tak nak kawin dengan aku. He can help my father. Aku cakap dengan dia, kenapa perkahwinan ni perlu ada? Maybe abah aku rasa terhutang budi, and because Nazri ni syok kat aku.”
Mira ketawa kecil. Aku senyum je.
“ That’s why you agreed?”
Mira menggeleng. “ Kau pernah dengar jatuh cinta pandang pertama?”
Mulut aku melopong. “ No way!”
Mira ketawa. “ Betul! Aku jugak yang cakap kat korang love at first sight never exists. Last-last aku yang kena. Aku rasa selesa dengan Nazri, rasa secure dengan dia. Orang cakap kita boleh rasa jodoh kita sendiri. Tak tahulah kan. But I felt that.”
“ But... Dalia?”
“ Ala, kau kenal Dalia. Dia kan sceptical. I don’t blame her for that. Dia boleh fikir apa yang dia nak. But dia selalu support aku. So that’s make me love you guys just the same. “
“ Aww.. Mira,” Mata aku dah bergenang. “ If you’re happy, kami semua happy for you.”
Aku tengok Mira pun dah semacam je. “ Jangan buat aku menangis okay! Make up ni mahal tau tak!” Mira tampar paha aku.
“ Eh, korang kenapa? Kutuk aku eh?” Dalia tiba-tiba muncul. Aku cepat-cepat buat muka selamba.
Kami sembang lagi. Gosip. Teasing Mira. Jerit ‘ Selamat Pengantin Baru’ kat dia.
Almost a day kami kat kampung Mira. Aku sempat jumpa husband dia. He’s friendly. And handsome too. Padan dengan Mira.
“ Kau teka umur laki dia berapa?” Dalia bisik dengan aku.
“ Probably 25?”
“ 30 okay!”
Aku pandang dengan mata besar. Dalia mengangguk. 12 tahun beza.
Bila dah nak balik kami berpelukan lama gila. Masing-masing dah tak mampu nak tahan air hujan dah. Masing-masing dah tak boleh nak bercakap. Teruk betul menangis.
“ We’re gonna miss you, darl.” Dalia kata kat Mira.
Balik tu aku tersedar. Betapa kitaran hidup ni sangat unik. Masing-masing ada takdirnya sendiri. Berpisah dan bertemu itu normal. Macam lagu Teman by the Lion Story,
Semoga kita dapat bertemu semula. Kerna aku yakin engkau kan sentiasa di hatiku. |
|
|
|
|
|
|
|
sambung laa lg...BESTTTTT |
|
|
|
|
|
|
|
#4 first meeting
A big day for me.
Hari ni hari pendaftaran kat Kolej M. Bila aku sampai je kena beratur panjang bukan main. Depan aku ni sorang perempuan yang dari tadi asyik usha handphone and perbetulkan selendang dia. Masa dia tertoleh kat aku, aku senyum dekat dia. Dia jeling balik. Sabar jelah kat situ.
Aku check balik dokumen-dokumen semua, takut tak lengkap.
“ Eh, Reni kan?”
Aku terkejut bila ada suara lelaki yang tegur aku dari belakang. Aku cepat toleh.
Kening terangkat. What??!!
“ Hai. Tak sangka jumpa awak kat sini,” Mamat tu tersenyum. “ Ingat saya lagi?”
He wears a sea blue long sleeve shirt yang dilipat sampai separuh, exposing his muscular arm. A blue black tie. A black pants and nice shiny shoes. His hair obviously lain daripada yang aku jumpa dia lima bulan lepas. Rambut pendek tapi smart.
“ Syakir.” Aku sebut nama dia sambil tersenyum. Seriously aku tak pernah expect nak jumpa dia kat sini.
Dia tersengih sambil garu tengkuk dia. Is he blushing?
“ Lama tak jumpa kan?”
“ Hmm... After that silly message...”
“ Eh, tak adalah. Kalau bukan sebab message tu, saya tak ada kat sini rasanya,”
Line semakin beranjak ke depan. We’re moving.
“ So...” Serentak.
“ Awak dulu,” Dia memberi laluan untuk bercakap kat aku.
Macam mana nak cakap eh? Aku tarik nafas dalam-dalam.“ Saya mintak maaf,”
“ Sebab?”
“ Erm... Semuanya sekali. Kinda rude to you. Sorry.”
Dia senyum sambil tunduk. “ It’s okay. “
Baru aku perasan dia ada dimples on both cheeks.
“ Pelajar lelaki sila beratur kat sini,” Ada akak pakai tudung labuh dengan vest beri arahan. Semua pelajar lelaki bergerak ke arah akak tu.
“ Erm, jumpa lagi nanti,” Syakir senyum kat aku.
Aku senyum balik and lambai kat dia.
Minggu orientasi was torturing. Slept at 2 a.m. and woke up at 4 a.m. Entah kenapa bila ditanya fungsi minggu orientasi ni, macam-macam jawapannya. Nak bina jati diri la, nak bagi kuat semangat la, students nowadays lembik dan manja, etc. , etc. Tapi bagi aku minggu orientasi lebih kepada minggu membalas dendam terhadap junior.
“ Akak, kaki saya melecet. Boleh tak saya berehat sekejap?” Aku terdengar ada sorang student perempuan tanya kat akak pakai vest.
“ Alah, melecet je. Tak patah lagi kan?”
Whoa. Jawapan yang sangat menikam kalbu. Aku berani jamin yang student tu mesti dok menyumpah seranah dalam hati. While that akak terus sembang gelak-gelak dengan kawan dia.
“ Kita dulu lagi la teruk. Tak ada nak complain pun,” Ada abang pakai vest jugak menyampuk.
See. Itulah yang aku maksudkan membalas dendam. Macam nak bagi rasa apa yang diorang dah rasa dulu. Sumpah tipu abang tu tak pernah menyumpah seranah dalam hati. Entah-entah balik bilik tumbuk bantal je sebab geram.
At last, weekend pun tiba. Petang jumaat tu ramai dah yang nak balik, especially yang rumah dekat.
“ Hang tak balik, Reni?” Roomie aku tanya.
Aku menggeleng. “ Kau tak pe ar. Rumah dekat je.”
“ Kalau nak apa-apa pesan la kay?”
Tinggal dua orang je dalam bilik. Aku and budak negeri K. Seriously dia ni macam dah biasa hidup sorang-sorang. Tak banyak cakap. Tidur je banyak.
Esok pagi lepas solat Subuh tidur balik. Serius letih dan mengantuk gila. Aku bangun pukul 10 pagi. Then sedar ada message. Almost an hour ago.
Baru je nak reply ada orang call. Unknown number. Budak praktikum aku kot.
“ Hello?”
“ Reni.” Lelaki. Tiba-tiba dia tergelak.
“ Hmm. Siapa ni?”
“ Syakir la. Baru bangun tidur eh?”
Aku termalu. “ Kenapa call?”
“ Tak de. Ingat nak ajak Reni breakfast or brunch ke,”
Dengan Syakir? Hmmm... “ Erm, boleh jugak. Tapi kena tunggu kejaplah. “
“Boleh je. How about 10.30?”
“10.30 sounds fine.” Aku setuju. “ Kat mana?”
“ Reni tinggal kat blok mana?”
“ Blok C.”
“ Kalau macam tu saya tunggu depan blok C lah. Okay. See ya,”
Aku tekan button merah.
35 minutes later aku turun and tengok Syakir dah terjegat bawah pokok.
“ Kita nak makan kafe mana ni?” soal aku.
“ Erm... Makan Kafe dekat blok A. Nak?”
Aku ikut je.
Tak ada banyak yang dibualkan sepanjang jalan. Masing-masing diam je. Tak tahu nak cakap apa.
“ Berapa kak?” Aku pegang purse. Nak keluarkan duit.
“ Eh, tak apa la Reni. Biar saya yang bayar,”
Belum sempat aku larang dia dah bayarkan. Aku senyum je and cakap terima kasih.
Kami ambik tempat yang agak tepi sedikit. Dekat dengan kipas kata Syakir. Depan sikit ada a few seniors yang tak balik lagi melepak kat situ.
“ Wah, baru seminggu kat sini ada yang dah couple eh?” aku dengar akak dia orang bergosip. Aku buat-buat tak dengar. Aku buat muka menyampah.
“ Kenapa?”
Aku menggeleng. “ Tak de. Akak tu...”
“ Biarlah dia. Jealous kot. Benda dah betul...” Syakir sengih.
Aku diam je. Pura-pura tak dengar ayat akhir.
Kalau betul macam mana? |
|
|
|
|
|
|
|
menarik gak cerita ni .... |
|
|
|
|
|
|
|
Hehe. trimas bagi yang mengomen. ada byk kekurangan.masih diperbaiki. |
|
|
|
|
|
|
|
#5 feeling
Life dekat Kolej M tak adalah sesibuk atau torturing macam orang cakap. Some people said siapa yang masuk Kolej M ni student yang nak ‘ bunuh diri’.
Salah sorang yang berfikiran macam tu is one of my FB friend.
‘ Kenapa?’ aku tanya dia masa chatting dekat FB.
‘ Yela, you masuk Kolej M tu you kena fight habis-habisan. Study je 24/7. Kalau nak ambik course yang you nak, you at least kena dapat CGPA 3.50 and above. Kalau below than 3 you dapat course lelong je nanti. Tapi, lupa pulak dengan siapa I chat sekarang. You kan student straight A’s.’
Rolled my eyes. ‘ Mana you tahu ni?’
‘ I tahulah. I selalu stalk you.’
Aku mencebik. ‘ Not the results. Pasal Kolej M.’
‘ Oh...Kawan I berlambak kat Kolej M. Semua nak jadi doktor, pharmacist, engineer bagai. Last-last ambik course yang I sendiri tak tahu apa. Masuk kolej M ibarat you nak bunuh diri sendiri.’
‘ Habis, sebab tu you tak belajar sekarang?’
Dia terus offline. Sentap kot.
Kadang-kadang orang pandai bagi pendapat. Tapi aku rasa pendapat berdasarkan pengalaman is a lot more reliable daripada pendapat berdasarkan cakap-cakap orang. Kalau Kolej M tu ibarat suicidal, sah tak adanya student berani masuk situ. But each and every year ada thousands of students yang mendaftar.
And for me masuk Kolej M is a wise choice.
“ Rasa menyesal pulak masuk kolej ni,” Satu hari Syakir datang dengan muka monyok and hempas buku atas meja library. Ramai student yang tengah study kalih tengok kami.
“ Kenapa pulak?”aku yang tengah study Bio tanya.
Dia duduk menghadap aku. Terus bukak buku tutorial Math. “ Soalan ni. Serius tak tahu buat. Saya try buat soalan number 2. Sama je. Tensi ah,”
Aku senyum je bila tengok Syakir duduk tersandar buat muka toya.
“ Meh nak tengok,” Aku volunteer.
Syakir tunjukkan kat aku soalan mana.
Aku buat jalan kerja atas satu paper kosong and bagi kat dia.
Terus dia senyum, nampak lesung pipit dia tu. “ Wah, cekangnya,”
Dahi aku berkerut.” Cekang?”
Dia ketawa perlahan. “ Roomate saya selalu kata perkataan tu. Maksud dia terror la.” Dia belek lagi kertas tu. “ Thanks.”
“ No biggie. “ Aku senyum sambil sempat usha dia.
Sepanjang 4 bulan aku di Kolej M banyak benda yang aku tahu pasal Syakir. Dia suka masuk kelas tutor Kimia sebab lecturer lawa. Dia suka makan nasi letak kicap banyak-banyak. Dia suka marah kalau tension. Dia cepat blushing bila dia cakap pasal aku. And his dimples. The part I like most.
Sampai satu tahap yang aku sendiri blushing bila jumpa dia. And jantung aku. Beat faster.
“ Reni, jom pergi jalan-jalan nak?”
“ Jalan-jalan mana?” Aku tanya balik masa dia call petang tu.
“ Around Kolej je. “
And kami pergi jalan-jalan je. Bukan sembang apa pun.
“ Eh, kau dengan budak fizik tu ada apa-apa ke?” Satu hari Nadia, budak praktikum aku tanya.
“ Kawan je. Kenapa?”
“ Budak tu famous kot. Roomie aku minat dia.”
Wah. Tak sangka aku Syakir ada peminat. Yela, orang handsome.
‘ Tak adalah awak. Mana ada peminat.’
Tula respons dia bila ada satu hari tu aku text dia and bagitau dia ada peminat. Aku tak berani bagitau terang-terang. Takut dia nampak perubahan kat wajah aku.
But one day, masa aku tengah tunggu dia kat depan library, aku nampak dia jalan dengan seorang budak perempuan ni. They talked and smiled and laughed. Ada satu feeling dalam hati aku yang aku tak boleh nak explain. Mixed feelings become one new feeling.
“ Hai, Reni.”
Aku senyum tawar.
“ Sapa tu?” aku tanya dia.
“ Budak praktikum.” Selamba. “ Kenapa? Jealous eh?”
Aku mencebik. Dia ketawa.
Do you have to ask something you already knew? |
|
|
|
|
|
|
|
#6 confession of love
Action speaks louder than words.
But what if kita tak faham apa yang dia cuba buat?
That’s what happened antara aku dengan Syakir.
Sometimes breakfast together. Jalan pergi dan balik kelas sama-sama walaupun kami berlainan DK. Study kat library sama-sama.
And pernah keluar outing sama-sama.
“ Awak ke mana?” Aku tanya dia.
“ Hah? Apa?” Dia macam gelabah.
“ Tak. Awak pergi mana? Saya keluar dari toilet awak tak ada pun,” Aku tanya dalam nada biasa.
“ Tak delah. Pergi usha barang kat kedai tu kejap,” Dia tunjuk satu kedai ala-ala Body Gloves or B.U.M Equipment. Lebih kurang.
Aku tak tanya lagi dah lepas tu.
“ Awak, nah.”
He handed something bila sampai pintu pagar Kolej M.
“ Apa ni?” Aku sambut plastik warna merah berisi something soft.
Dia blushing. Tunduk. Exposed his dimples. Just like always. “ Just a simple present. Hope you like it.”
Aku senyum walaupun still rasa pelik dengan tindakan dia ni. “ Thanks.”
Dia senyum balik sambil garu kepala dia.
“ What did he gave you?” Dalia called sebaik sahaja aku sampai bilik. Roomies aku semua tak ada. Outing jugak kot. “ Bra?”
“ Har har har,” Aku pura-pura gelak. Aku masukkan tangan aku and keluarkan hadiah Syakir. Aku melopong.
“ Hei, Reni. Aku call kau bukan nak dengar kau senyap okay.”
“ It’s a shawl.”
“ Apa dia?” Dalia tanya kuat.
“ Syakir’s present. A shawl.” Aku tengok shawl tu. Cantik. Pattern dia simple and colour dia lembut.
“ Oookkay...” Dalia sebut panjang-panjang. “ It’s a shawl. Not a ring.”
“ Hei, Dalia. Kau pernah bagi aku shawl ke yang kau cakap macam tu?” Aku provoke dia.
Dalia ketawa. “ Okay, darl. So how is it?”
“ Cantik. Pandai dia pilih.” Aku senyum sorang-sorang.
“ Bukan shawl. The relationship. You and Syakir.”
“ Erm, fine?”
“ Hei, you guys dah declare ke?”
Dahi berkerut. “ Declare apa pulak?”
“ Dah kau cakap fine. Kiranya you guys dah couple la?”
Aku diam. Mengeluh. “ Declare ke benda? Confess pun belum.”
“ What??? Kau cakap kau selalu jalan dengan dia, study dengan dia bagai. Then what are you guys? “
“ Err...”
“ Jangan cakap teman tapi mesra. Seriously I hate that term. There’s no such thing as teman tapi mesra. And...”
“ I know. Teman tapi mesra is just an escape towards ‘ I like you but I don’t want to be with you’ kan?” Aku dah boleh hafal term Dalia.
“ Reni?”
“ Hmm..” Aku tak tahu apa lagi nak cakap.
“ You like him don’t you?”
Aku tersenyum tawar. “ Nak mengaku memanglah senang.”
“ Then cakaplah kat dia.” Dalia cakap mudah.
“ Macam mana nak cakap? Pergi jumpa dia terus cakap ‘ I like you’?” Aku balas balik. Impossible.
“Taklah. Kau tulis surat cinta kat dia and sign it with your name. Lepas tu kau pass kat dia through his bestie. And the next thing you know the whole college knew that you like him.”
Aku sengih. “ Is that what happened to you?”
“ We’re talking about you. Don’t change the subject.”
Aku tergelak,but seruis balik.“ Tak nak ah.”
“ Kenapa???” Dalia tanya macam benda ni berat sangat.
Diam lagi.
“ Takut kena reject eh?” Mulut Dalia memang tak ada insurans. But aku dah biasa. Benda yang dia cakap betul.
“ Okay, darl. Just tell him. At least kau tau jugak perasaan dia kat kau macam mana. Better daripada kau perasan sorang-sorang kan?”
Aku ketuk speaker phone. Dalia ketawa.
“ Nak ketuk aku lah tu.”
Malam tu tak ada message from Syakir, just a few messages from my group. Aku pun tak text Syakir. Tak bagi komen apa pasal shawl tu. Still thinking about apa yang aku and Dalia cakapkan petang tadi.
Sampailah esok pagi. Kuliah. Urghhh...
Aku tak cukup tidur semalam. Still thinking about him and what Dalia said. Teruk betul. Kalau fikir pasal tutorial Kimia yang aku tak boleh jawab tu lain jugak.
Aku jalan sorang-sorang hari ni. Jalan pun lengang lagi.
“ Reni!” Dayum.
Aku dengar footsteps semakin dekat. Tak mampu nak mengelak.
“ Hai.” Aku cuba senyum seikhlas mungkin.
“ Kenapa tak tunggu saya?”
Aku tengok jam. “ It’s 7.15. Saya ingat awak tak nak pergi lagi sebab awal lagi.”
Dia nampak serius. “ And you don’t text me last night.”
“ Kredit habis.”
“ Awak pakai postpaid kan?”
Caught. Aku mengeluh.
“ The shawl. Cantik. Thanks.”
Dia senyum tawar.
“Exactly...” Serentak. Dia suruh aku cakap dulu.
Aku rasa aku tak mampu nak tahan lagi.
“ The truth is that...”
Ada student lintas sebelah.
“ I like the colour of that shawl. Boleh pakai raya.”
Mata dia berkelip sekali. Bebola mata bergerak-gerak.
And what I said just now????????????????????
“ Nak pergi kelas. Bye.”
Aku terus berlari. He didn’t call my name. Aku rasa dia pelik tengok aku berperangai pelik.
Dan memalukan.
Kat DK tak ada orang. Aku mumbling sorang-sorang.
Bleep. Message from Syakir.
‘ I think you wanted to tell me some other thing than the shawl. Waiting for you to tell me. ’
Aku tension tengok message dia.
Aku tarik nafas and terus reply. ‘ I just wanna say I like you.’
Tak tunggu lama, aku off handphone. |
|
|
|
|
|
|
|
#7 the reply
Hari ni aku macam artis kena kejar dengan paparazzi.
I walked faster than usual. I looked around more than usual. Sat between the shelves in library. Books to cover my face.
And, I don’t even dare to switch on my handphone.
I want to know his answer badly, but I don’t have the guts to face the fact if he rejects me.
Aku mula bersikap absurd sebab cinta.
“ Reni.” Aku terkejut bila disergah dalam DK. Mengelamun time lecturer belum masuk.
It’s Afiq, my group leader.
“ Eh, kitorang ingat nak keluar weekend ni. Makan-makan. Jom?”
“ Satu praktikum ke?”
“ Erm, tak jugak. Kita combine dengan budak fizik. Kau nak join tak?”
Aku diam sekejap. “ Tengok la dulu. Budak fizik kelas mana?”
“ Aku tak ingat la. Tapi kelas roommate aku ar. Dia kenal kau.”
Kening terangkat. “ Kenal aku? Siapa?”
“ Syakir.”
Aku yang tengah telan air masa tu tersedak. Afiq buat muka pelik.
“ Kau kenapa? Okay?”
Aku mengangguk. Afiq terus balik tempat duduk dia bila lecturer masuk. Aku tergamam. Syakir roommate dia?
Nak balik hostel aku jalan ramai-ramai dengan budak group aku. Takut terserempak Syakir. Sampai bilik je aku tersandar kat pintu. Letih.
Lepas laundry petang tu, aku baring atas katil. Liz dan Ina tengah tidur. Jeeha siap-siap nak pergi main badminton.
Aku selongkar beg and cari handphone aku. Aku tarik nafas dan on handphone tu.
Kena tunggu dua minit. Aku pejam mata.
Bukak mata sebelah.
10 new messages.
Jantungku dup dap macam lepas marathon 100 meter.
Aku bukak message pertama.
‘ You have 4 missed calls’. 1 daripada adik aku, 1 daripada budak group aku and dua lagi
“ Syakir.” Perlahan aku sebut nama dia.
9 lagi messages.
3 messages daripada adik aku. 2 from Dalia. 2 from budak group aku.
‘ Helo sayang. Nak tengok gambar 18SX...’
Message bangang. Aku terus delete.
The last message from Syakir.
‘ We need to talk.’
Tu je yang dia balas? Tu pun dia hantar message tu pukul 9 pagi tadi. Sekarang dah pukul 5. Aku tengok pulak message yang ada missed call dia.
“ Pukul 10.15 and 10.30.” Aku cakap sorang-sorang. Aku mengeluh. Ambik bantal letak kat muka.
Pagi esok macam biasa. Aku pergi kuliah waktu yang biasa. Ikut jalan yang selalu aku lalu.
But tak jumpa Syakir. Is he running away from me?
Kat DK aku tengok Afiq relax je. Maybe dia tak cerita apa-apa dekat Afiq.
Suddenly Afiq datang ke arah aku. Aku nervous.
“ Eh, Reni. Thanks.” Afiq sengih sambil letak tutorial Kimia yang dia pinjam hari tu kat atas meja aku.
Aku tarik nafas lega bila Afiq terus blah. Ingatkan dia nak cakap apa pasal Syakir. Aku ambil tutor Kimia and selak pages dia.
Aku tergamam.
Ada sepucuk surat bersampul biru between the pages with my name on it.
Aku cuba cari Afiq. Dia dah hilang.
Jari jemari aku terketar-ketar buka sampul surat tu. Jantung aku berdegub cepat. Tangan aku rasa sejuk.
‘ Dear Reni.’ Dengan tulisan yang kemas.
Aku tarik nafas. Lepas tu sambung ayat seterusnya.
‘ Firstly please read this letter. Saya tahu awak takkan balas message dan takkan jawab call saya. After knowing you for four months, I knew pretty much about you.
It’s one year exactly.
I still remember how we met each other. Again, I would like to apologize for our rude behaviour. Saya jugak masih ingat our first date yang mana awak ingat saya Lutfi *the prefect*. And how you left me...’
Aku teringat balik kejadian tu. Mengeluh.
‘ Don’t worry. I’d forgive you. =) Pertemuan di Kolej M memang tak diduga. Saya ingat heart beat saya kembali normal sebab dah lama tak jumpa awak, but I’m wrong. My heart is beating faster than before when I met you.
Reni, I am truly surprised. I have never expected you to fall for me. Saya sorok perasaan saya. Saya malu.
But now I want to say this to you.
I like you too.
Syakir
Aku terjerit di dalam kelas. Semua orang tengok aku pelik. Blushing.
“ Ehem!”
Afiq datang entah dari mana. Dia senyum peril kat aku. Aku buat mimik muka, thanked him.
I looked at the letter again. Line paling bawah ada something.
‘ Please meet me in front of the library tonight. I need my Maths expert, and I miss you.’
Aku senyum lebar. |
|
|
|
|
|
|
|
#8 when it starts to rain
Two months of ‘SyakiReni’. Two months full of love and laugh.
And after two months, everything’s going just fine.
The night he waited in front of the library had made my day. He waited there with a big smile on his face, showing his dimples and his face pink. A face I missed a lot.
“ Sorry for the letter. Badly put.”
“ It’s okay. Asalkan faham.” Aku tersenyum malu.
Nothing much happened that night. Walked along the way to the hostel. Speechless. Diam.
And that was the night we became boyfriend and girlfriend.
Aku share perasaan aku dengan Dalia. Aku text Mira jugak. But she didn’t reply. I don’t know what happened to her since she’s married. Busy perhaps dengan suami.
Dalam dua bulan ni, bertambah pengetahuan aku tentang Syakir. Yang baik dan yang buruk.
“ Wah, panas betul lah. “ Sampai saja di library dia mengomel. Aku yang sedang duduk tersenyum.
It’s drought season. Dah lama tak hujan. So library adalah salah satu port yang sejuk.
Duduk saja, dia terus kipas dengan tangan.
“ Cuba duduk diam-diam. Kejap lagi sejuk la tu.” Balas aku.
Aku pandang keliling. Ada dua tiga couple yang tengah study. Yang lain in group atau sorang-sorang.
Tiba-tiba mataku tersangkut pada satu couple yang tidak jauh daripada aku. Selang 2 3 meja ke depan.
“ Ew, tengok tu.” Aku bisik ke arah Syakir. Dia tercari-cari mulanya. Namun akhirnya bola matanya berhenti juga.
“ Ala, biasala tu. Nama pun couple.” Jawab Syakir ringkas.
Aku terdiam. Apa yang biasanya?
“ They do it in public. “ Aku tengok si lelaki dah teraba-raba. Yang perempuan control senyum.
“ So?” Syakir tak pandang wajah aku. Dia terus selak buku dia. “ Are you saying that they should go get a room then? Out of people’s sight?”
“ Haram lah pegang-pegang macam tu.” Aku bisik lagi. Kali ni aku malas nak tengok. Sebaliknya cuba concentrate buat tutorial.
Syakir tersenyum. “ Kalau nak kira haram, couple ni pun haram. “
“ Are you saying that once dah buat benda haram, teruskan buat benda haram? Macam tu?”
“ I’m just saying that we should mind our own business darling. Let them be.”
Jawapan Syakir buatkan aku terus diam. Couple tadi dah hilang entah ke mana.
“ Will you do that to me?”
“ Do what?” Syakir tanya lagi. Dia betul-betul concentrate buat kerja dia. Physics.
“ Apa yang diorang buat?”
Syakir mengeluh. Dia pandang muka aku. “ Are you having PMS?”
“ Nak jawab ke tidak?” Aku tak jawab soalan dia.
“ Yes.” Syakir pandang balik tutorial dia.
“ Yes to nak jawab ke tak, or yes awak nak buat macam apa diorang buat?”
“ Yes, I’ll do what they did.”
Aku terkejut. Syakir begitu berterus terang.
“Why?”
“ Sebab you are my girlfriend. And we love each other. “
“ So you are saying that I’m yours, that you can do what you like. Macam tu?”
Syakir tersengih. “ No. I’m saying that we understand each other well. And we can do what we like. If you don’t want to be like the other couple, then tak apalah. Kita macam ni jelah. Study. Jalan-jalan ronda kolej. Texting. Macam tu je. Couple is about what both of us want to and like to do. Kalau one of us tak suka, then tak apalah. “
“ Are you bored of.... us?” aku tanya lagi.
Syakir buat muka serius. “ Reni sayang. Can we drop this topic? Saya ada kuiz physics esok and I need to study. You are just having your PMS. Tu yang you banyak tanya pasal hal ni. Tak ada apa-apa okay. I love you and I know you love me too.”
Aku diam terus. Tak tanya lagi dah. Berfikir tentang loving each other. Is it enough?
And, aku baru period minggu lepas.
Minggu tu jugak aku rasa dia makin jauh daripada aku. Setiap hari bila dah habis kuliah dia text, katanya tak dapat nak jalan balik sesama.
Hari tu hari Selasa. Aku habiskan masa kat library petang tu walaupun kuliah habis awal. Dalam pukul lima aku tunggu depan library, in case terjumpa Syakir. Dia mesti lalu situ.
Five minutes later, he walked across the library. Not alone. Dia tak perasan aku. Seronok ketawa dengan perempuan tu agaknya.
“ Petang semalam nampak awak lintas library.” Aku tanya pagi tu, on the way nak pergi kuliah.
Dia tak pandang aku. “ Hmm?”
“ Who’s that girl?”
“ Budak kuliah. Kenapa?” jawabnya selamba. But his eyes...
“ Tak adalah. Saja tanya.”
That’s when he told me that he’s going away for the weekend.
Syakir balik kampung.Kenduri katanya. Kebetulan hari Jumaat dah cuti, so petang Khamis dia dah tak ada. Aku duduk je dalam bilik petang tu. Malas nak keluar.
“ Err, Reni.”
Aku yang tengah study Bio angkat kepala. It’s my roomie, Liz.
“ Aku nak tanya kau ni.” Liz cakap bisik-bisik.
“ Hmm... Kenapa?” Aku buat muka selamba, but jantung aku laju.
“ Kau dengan Syakir, budak fizik tu... Erm... Korang couple kan?”
Aku diam sebentar. Then, mengangguk. Buat apa nak sorok kan?
Muka Liz nampak bersalah. I just can feel that she’s going to tell me something bad.
“ Aku tak nak campur urusan korang. But sebagai roommate kau,rasanya elok aku bagitau.”
“ Apa dia, Liz?”
“ Syakir. Dia date dengan budak kuliah aku.”
Aku diam. Terus buat-buat senyum. “ Mana kau tahu, Liz?”
“ Aku dengar dia cakap dengan kawan-kawan dia. “
Aku diam lagi.
“ Sorrylah Reni. Aku tak ada niat nak tipu kau ke apa. If I’m wrong, aku mintak maaf. But aku bagitau apa yang aku tahu dan nampak.”
“ Kau pernah nampak?”
“ Diorang selalu jalan balik sekali lepas kuliah,”
Aku lupa. Liz budak fizikal jugak.
Aku cuba buat selamba. “ Tak apalah Liz. Thanks bagitau.”
Sepanjang tiga hari Syakir tak text aku langsung. Aku text dia, tak delivered. Kampung dia tu hutan ke?
Pagi Isnin aku tertunggu-tunggu. Mungkin Syakir text or call aku. Tapi kosong.
Aku keluar ke kuliah agak lewat. Sampai je semua orang dah riuh.
“ Hai korang. Sembang apa ni?” Aku cuba ceriakan diri. Walaupun risau pasal Syakir.
Diorang tengok aku and terus balik tempat duduk. Aku pandang Afiq. Muka pucat.
Petang hari tu jugak hujan turun lepas dua bulan panas... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung cek.... sambung.... |
|
|
|
|
|
|
|
girl... bila nak sambung lagik... dah lama tunggu nih... |
|
|
|
|
|
|
|
cerita yang menarik...
apasal buat brek emergency nie???
|
|
|
|
|
|
|
|
alahaiiii..blum ada...frusnyerrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
maaf semua terpaksa tunggu. recently agak busy dengan projek campus. terima kasih la sebab setia menunggu. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|