CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

Ramai peluk Islam ketika Ramadan

[Copy link]
Post time 24-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Laman web dakwah beri penerangan mengenai agama berjaya tarik 90,000 pelawatRIYADH: Ramai warga asing memutuskan untuk memeluk Islam pada dua minggu awal Ramadan kali ini, lebih separuh daripadanya rakyat Filipina.\rSeramai 113 ekspatriat di negara pengeluar minyak terbesar itu memeluk Islam di Ihsa yang terletak di timur Arab Saudi termasuk 68 rakyat Filipina, 13 Sri Lanka, 10 India dan bakinya dari Kenya, Nepal dan beberapa negara lain.\r\n\n\n\n\r“Rakyat Filipina paling ramai memeluk Islam di Arab Saudi. Mereka memeluk Islam secara sukarela tanpa campur tangan mana-mana pihak,” lapor akhbar berkenaan memetik pengarah Pusat Panduan Islam di Ihsa, Sheikh Abdul Rahman Al Gagmayan.\r\r\n\n\n\n\nTurut memeluk Islam ialah gadis Arab Saudi berusia 18 tahun yang menetap bersama ibunya yang beragama Kristian di Amerika Syarikat, ketika bercuti di sini, kata pengarah laman web dakwah, www.edialogue.org, Majed Al-Osaimi.\rBercakap kepada akhbar Arab News, beliau berkata, remaja berkenaan memeluk Islam selepas berbual dengan pendakwah laman web itu.\r“Gadis itu memperoleh maklumat mengenai Islam yang menghapuskan semua keraguannya dalam perbualan selama 20 minit dan mengucap syahadah. Laman web ini, yang ditubuhkan Mac lalu, menjadi saluran menunjukkan kebenaran Islam kepada warga berlainan negara.\r“Setiap hari seorang atau dua orang memeluk Islam menerusi web kami,” katanya sambil menggesa penduduk negara itu dan umat Islam lain yang menetap di Barat mendidik anak mereka mengenai Islam pada usia muda.\r\n\n\n\n\rKatanya, beliau turut menghubungi gadis itu dan mendapati dia memperoleh banyak maklumat mengenai Islam daripada sumber berlainan.\r“Dia bertanya beberapa soalan penting mengenai Islam. Gadis itu juga belajar bahasa Arab untuk membaca dan memahami al-Quran,” katanya.\rMajed berkata, majoriti rakyat India memeluk Islam menerusi laman web itu yang dikendalikan 11 sukarelawan dan pekerja sepenuh masa. Mereka yang memeluk Islam termasuk dari Britain, Perancis, Australia, Amerika Utara, Filipina, Romania, Nigeria dan Cameroon.\rSetakat ini, lebih 90,000 pengguna internet mengambil bahagian dalam ruang sembang laman web berkenaan.\r“Kami bercadang untuk meluaskan laman web ini termasuk menyediakan lebih banyak bahasa,” katanya.\rSementara itu, 680 individu pelbagai kerakyatan memeluk Islam setakat ini di Kuwait, kata Ketua Pengarah Jawatankuasa Penyampai Islam (IPC), Jamal Al Shatti.\rDibentuk pada tahun 1978, misi IPC adalah untuk mendidik umat Islam dan bukan Islam mengenai agama suci itu, kata Al Shatti.\rDi Emiriah Arab Bersatu, rakyat Filipina dikenali sebagai Rodelito adalah antara 76 warga negara itu itu yang memeluk Islam dalam khemah besar di Al-Tawr sebagai sebahagian dForum Ramadan anjuran Jabatan Pelancongan dan Pemasaran Dubai. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.062542 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list