View: 164|Reply: 0
|
Maybank catat untung RM6.27 bilion
[Copy link]
|
|
Prestasi terbaik meningkat 16.8 peratus hasil pertumbuhan pinjaman domestik, pasaran serantauMALAYAN Banking Bhd (Maybank) mencatatkan prestasi terbaik dalam sejarah dengan merekodkan keuntungan sebelum cukai RM6.27 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2011, meningkat 16.8 peratus berbanding RM5.37 bilion tahun sebelumnya.Bank terbesar tempatan dari segi aset itu merekodkan keuntungan sebelum cukai RM1.73 bilion bagi suku keempat lalu, melonjak kira-kira 23 peratus daripada RM1.73 bilion yang dicatatkan pada suku sama tahun sebelumnya.\n\n\n\nBagi seluruh tahun kewangan dikaji, Maybank meraih pendapatan bernilai RM21.04 bilion, lebih tinggi 13.3 peratus daripada RM18.56 bilion yang diraih tahun sebelumnya.\n\n\n\n\nPengerusinya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, berkata prestasi kukuh itu dirangsang pertumbuhan mantap dalam pinjaman yang dikeluarkan kumpulan perbankan itu pada peringkat serantau iaitu di pasaran domestik, Singapura dan Indonesia.Bagaimanapun, beliau berkata, Maybank akan terus memberi perhatian yang menyeluruh terhadap tekanan ke atas marginnya ketika ia berdepan dengan persekitaran ekonomi global serta sentimen pelabur yang semakin lemah.“Kami melihat persekitaran ekonomi yang semakin lemah di bahagian lain di dunia, justeru akan kekal berjaga-jaga mengenai kemungkinan pertumbuhan global yang menjadi bertambah perlahan,” katanya pada taklimat media mengumumkan prestasi kewangan tahunannya di Kuala Lumpur, semalam.Menuju ke depan, Megat Zaharuddin berkata Maybank akan tetap meneruskan fokusnya untuk berkembang pada peringkat serantau.\n\n\n\nAwal tahun ini, Maybank membeli syarikat pembrokeran Singapura, Kim Eng Holdings dalam satu urus niaga bernilai AS$1.4 bilion ketika ia melihat untuk menampung ruang dalam operasi pembrokeran serantaunya.Terbaru, ia mengemukakan minat untuk membeli kepentingan pesaingnya, RHB Capital Bhd yang juga kumpulan perbankan kelima terbesar tempatan, namun terpaksa membatalkan rancangan itu berikutan pertimbangan harga yang disifatkannya terlalu tinggi.Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun lalu, Maybank mencatatkan pertumbuhan pinjaman sebanyak 21.7 peratus, yang juga paras tertingginya dalam tempoh 10 tahun, dipacu oleh peningkatan permintaan pinjaman di Malaysia, Singapura dan Indonesia.Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata permintaan kukuh pinjaman itu dijangka dapat diteruskan berikutan persekitaran ekonomi serantau yang tidak terjejas oleh perkembangan pada peringkat global.“Kami menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) masing-masing 16 peratus bagi pulangan atas ekuiti (ROE) serta 12 peratus untuk pinjaman serta pertumbuhan sekuriti hutang bagi tahun kewangan akan datang,” katanya.Bagaimanapun, beliau menegaskan penguncupan dari segi margin masih tetap menjadi isu yang perlu diberi perhatian.“Margin faedah bersih menyaksikan penguncupan sebanyak sembilan peratus bagi tahun kewangan lalu. Memandangkan kedudukan persekitaran pasaran yang mencabar, kami menjangkakan keadaan yang sukar dari segi margin faedah bersih menuju ke depan,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|