View: 113|Reply: 0
|
Tempurung Pecah: Nostalgia Aidilfitri tanpa lagu dan filem
[Copy link]
|
|
KALI pertama aku mendengar lagu raya nyanyian Allahyarham Puan Sri Saloma adalah di dalam perjalanan aku ke kedai Pak Mokhtar ketika aku berusia lima atau enam tahun. \rAku ingat lagi aku menggenggam duit syiling 20 sen berjalan memasang selera untuk mengulum aiskrim berbentuk roket yang diiklankan di akhbar lalu terdengar lagu itu berkumandang di corong radio rumah jiran di sebatang jalan utama kampung aku. Perasaan aku begitu gembira sambil cuba ikut menyanyikan lagu yang hanya kedengaran pada satu musim yang amat menyeronokkan itu.\r\n\n\n\n \rTiada kedengaran pada waktu yang lain, eksklusifnya.\r\r\n\n\n\n\nSebentar tadi aku terdengar lagu yang sama menggamit merdu dari sebuah kereta yang berlalu di sebelah set penggambaran aku ini. Segala hukum fizik beku. Sel-sel otak aku bergegas mengeluarkan caj elektrik mengingatkan aku pengalaman dengan suasana yang terbit setiap kali lagu ini berkumandang! Begitu tebal nostalgianya.\rAku terfikir. Adakah unsur magis yang diadun oleh pengkaryanya sehingga keriangan dan keindahan berputik setiap kali lagu ini berkembang? Adakah nada yang dialun itu begitu sempurna zarahnya sehingga menyusup jauh ke sudut hati setiap kali ia diputarkan? Aku pasti jawapannya, ya. \rSememangnya lagu itu mampu menggerakkan segala deria yang ada kepada si pendengar. Seperti terpukau membangkitkan kita ke alam yang terasa istimewanya. Bukan semua lagu bersifat demikian. Bagaimana dengan lagu-lagu dendangan Sanisah Huri, Fazedah Joned, Datuk Ahmad Jais dan yang lain-lain itu pula? \rAdakah lagu-lagu itu juga berkelayakan seperti lagu dendangan Saloma itu? Terpulang kepada halwa telinga masing-masing. Aku suka kesemuanya. Kerana setiap lagu itu mempunyai makna dan pengalaman yang tersendiri. \rBagaimana dengan filem yang mengingatkan kita dengan Aidilfitri? Amat kurang sekali pada hemat aku kecuali drama televisyen. Filem yang ditayangkan pada hari raya sememangnya banyak, namun isi cerita dan peranan filem itu di dalam sambutan perayaan itu sendiri, sememangnya tiada. Mengapa ya? Tiada satu filem pun yang mengingatkan kita mengenai Aidilfitri.\rMungkin aku harus melakukan sesuatu. Tim Allen dengan siri Santa Clause; Chevy Chase dengan Xmas Vacation; John Hughes pula dengan Home Alone, sehinggakan Arnold Schwarzenegger pun ada \'Jingle All The Way\'nya! \rSudah tiba masanya kita mempunyai satu filem yang dibikin khusus untuk mengingati sambutan hari raya. Tapi, perlukah ikut cara Hollywood itu? Aku rasa dalam niat persembahan hiburan yang bersikap singular agama Islam harus difikir positifnya.\rFilem Hong Kong juga mempersembahkan cerita perayaan Gong Xi Fat Choy mereka saban tahun berkemungkinan kerana permintaan dan budaya bangsa Cina amat gemar akan sambutan perayaan itu secara total. \rKebangkitan kenangan terhadap kemeriahan sambutan Aidilitri banyak dihidupkan oleh lagu-lagu berbanding dengan pengaruh filem mahupun drama TV. Pada waktu suasana sambutan perayaan ini sedang rancak dirasai, aku terpanggil untuk mencari kuasa dan kesegaran yang dibawa oleh lagu-lagu itu. \rKeletihan segala lapar dahaga berpuasa hilang disulam senyuman manis apabila mendengar pekikan idola aku Datuk Ahmad Jais yang nyaring memberi rangsangan kembali segar setiap kali ia ke udara. Yang sedang keletihan membeli-belah di kawasan Masjid India di Kuala Lumpur juga akan melompat semakin rancak memilih dan kurang menawar apabila mendengar lagu Menjelang Hari Raya nyanyian Datuk D J Dave! Patutlah setiap kedai memutarkan lagu-lagu raya dengan kuatnya dengan harapan kita terpukau dan terus membuka dabey (beg duit)!\rSanisah Huri pula mengalunkan lagu kronologi suasana hari raya yang begitu terperinci sekali! Dari sembahyang raya, bermaafan di antara kita, menziarah pusara sehinggalah kepada perajurit yang berada di sempadan kesemuanya disatukan di dalam penceritaan yang sayu. Diakhiri dengan pohon maaf suami isteri dan yang sedang bercinta untuk berkekalan kasihnya. Hayati seni kata itu pasti kita akan terasa indahnya bait lagu dan niatnya.\rNyanyian Allahyarham Datuk Sudirman yang didengar dalam hening Subuh mengenang nasibnya di perantauan, dari jauh dipohonkannya ampun maaf kerana tidak dapat kita bersama, sering bergenang air mata aku. \rAh! Lagu raya! Bayangkan jika kita tiada mendengarnya minggu ini membawa ke minggu hadapan! Nescaya sesuatu yang bermakna di dalam santapan naluri kita akan terganggu. Hayati dan senyumlah. Lagu-lagu itu adalah pengaruh besar di dalam kerohanian perjalanan hidup kita, hidup aku sebenarnya. - [email protected].
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|