View: 229|Reply: 0
|
Tembakan punca perlawanan bola terhenti
[Copy link]
|
|
BANDAR RAYA MEXICO: Tembak menembak di luar sebuah stadium di bandar Torreon, utara Mexico, menyebabkan satu perlawanan bola sepak divisyen pertama negara itu dihentikan selain memaksa pemain dan penonton bertempiaran lari mencari tempat selamat.\rPemain berlari ke bilik persalinan manakala penonton merebahkan diri apabila tembakan kedengaran pada akhir separuh masa perlawanan antara Santos dan Monarcas Morelia masih terikat tanpa jaringan.\r\n\n\n\n\rPegawai perlawanan segera menghentikan permainan pada minit ke-40.\r\r\n\n\n\n\nPeguam Negeri Coahuila, Jesus Torres, berkata tembak menembak itu berlaku selepas tiga kenderaan membawa sekumpulan lelaki bersenjata melanggar pos kawalan tentera di luar stadium itu menyebabkan tembak menembak meletus.\rKementerian Pertahanan Mexico kemudian mengeluarkan kenyataan memaklumkan anggota tentera tidak terbabit dalam kejadian dan hanya tiba selepas beberapa lama di tempat kejadian.\rSeorang anggota polis cedera dalam kejadian itu dan tiada yang cedera dalam stadium. Kira-kira 20,000 penonton hadir untuk menyaksikan perlawanan itu.\rBelum ada orang ditahan atas kejadian tembak menembak itu, kata pihak berkuasa.\r\n\n\n\nKeganasan yang ada kaitan dengan pengedaran dadah di utara Mexico menyebabkan beribu-ribu orang terkoban sejak beberapa tahun lalu dan tidak jelas sama ada ia ada kena mengena dengan jenayah terancang.\rKira-kira 42,000 orang maut dalam apa yang dikatakan sebagai pembunuhan berpunca daripada sindiket dadah di Mexico sejak Presiden Felipe Calderon melancarkan usaha membanteras dadah selepas mengambil alih pada lewat 2006.\rInsiden kelmarin adalah kali pertama kejadian seumpama itu berlaku dekat stadium. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|