|
60 peratus projek kediaman mewah sudah dijualPROJEK fasa kelima Sunway Alam Suria, iaitu Sunway Alam Suria Fasa 1C yang dilancarkan baru-baru ini mendapat sambutan hangat dengan kira-kira 60 peratus rumah yang ditawarkan sudah dijual.Pengarah Urusan Pembangunan Hartanah-Malaysia Sunway City Bhd (SunCity) Ho Hon Sang berkata, Sunway Alam Suria Fasa 1C itu membabitkan 145 unit rumah teres dua setengah tingkat dengan ruang binaan purata 2,371 kaki persegi.\n\n\n\nBeliau berkata projek fasa kelima Sunway Alam Suria itu membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM100 juta dan harga standard bagi sebuah rumah ialah RM588,000.\n\n\n\n\n“Harga rumah yang ditawarkan sangat kompetitif. Hampir 60 peratus daripada 62 unit yang dilancarkan sudah berjaya dijual,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.Projek Sunway Alam Suria yang membabitkan GDV keseluruhan RM400 juta adalah projek usaha sama antara SunCity dengan Sunway Construction Bhd.Dimajukan di tapak seluas 40 hektar di Seksyen U9, Shah Alam, ia mengandungi 782 unit kediaman merangkumi 386 unit teres dua tingkat, 388 unit rumah dua tingkat berkelompok dan lapan unit rumah berkembar dua tingkat.Ho berkata, pihaknya yakin fasa kelima itu akan mendapat sambutan hangat daripada pembeli rumah kerana Sunway Alam Suria terletak di kawasan strategik dan mudah dihubungkan dengan lebuh raya utama seperti Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Koridor Guthrie dan Lebuh Raya Elite.Beliau berkata, projek itu juga dikelilingi kemudahan awam utama seperti pasar raya besar, institut pengajian tinggi, kelab golf, bangunan pejabat serta tempat menjual makanan dan minuman.Mengulas lanjut mengenai Sunway Alam Suria Fasa 1C itu, Ho berkata fasa kelima itu berkonsepkan moden kontemporari dan ia amat sesuai untuk tiga generasi kerana ruang rumah adalah luas.Beliau berkata SunCity sudah menerapkan falsafah Gaya Hidup yang Sihat dan Mapan (LOHAS) pada pembinaan projek itu.Lebih 10 peratus daripada Sunway Alam Suria Fasa 1C diperuntukkan dengan landskap hijau, katanya.“Rumah ini sudah direkabentuk dengan pintu dan tingkat panel berkaca bagi membolehkan cahaya dan udara memasuki ruang di dalam rumah secara semula jadi, sekali gus mengurangkan penggunaan elektrik kerana tidak perlu memasang lampu dan penghawa dingin pada waktu siang,” jelasnya. Ia juga turut dilengkapi longkang yang tersembunyi, pemasangan asas sistem keselamatan dan pintu masuk berpalang automatik untuk keselamatan dan keselesaan penghuni.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|