CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

'Masa terbaik tarik pelaburan dari AS'

[Copy link]
Post time 20-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Firma Amerika cari lokasi baru berikutan krisis ekonomiPENURUNAN penarafan kredit Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, membuka ruang kepada Malaysia untuk menarik lebih banyak pelaburan daripada syarikat AS sedang beralih mencari lokasi baru lebih murah untuk menjalankan perniagaan.\n\n\n\nKetua Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang bersara wajib mulai semalam, Datuk Jalilah Baba, berkata penurunan taraf kredit itu menyebabkan kebanyakan syarikat AS berdepan masalah mendapatkan pinjaman bank di negaranya.\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, ia menjadi faktor pendorong untuk syarikat AS berpindah ke luar negara bagi mendapatkan bantuan dan mencari lokasi lebih murah untuk menjalankan perniagaan sama ada dari segi perkhidmatan atau pengilangan.“Mereka perlu mencari negara yang kompetitif atau lokasi sesuai untuk beroperasi dengan Malaysia perlu bersaing dengan negara lain untuk menarik pelaburan syarikat AS itu.“Bagaimanapun, saya yakin Malaysia sentiasa menjadi pilihan kebanyakan syarikat AS dengan kita mempunyai banyak bukti ditunjukkan kepada bakal pelabur seperti kehadiran banyak syarikat multinasional AS beroperasi di sini,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.Selain itu, Jalilah yang sudah berkhidmat selama 35 tahun dengan MIDA berkata, beliau yakin MIDA mampu mencapai sasaran untuk menarik pelaburan bernilai lebih RM50 bilion untuk tahun ini.\n\n\n\nTempat Jalilah akan diganti Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Noharuddin Nordin, 55, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom, dan Chartered Institute of Transport (UK), Universiti Teknologi Mara berkuat kuasa hari ini. Jalilah yang akan bercuti sebelum memutuskan untuk menyertai sebuah syarikat swasta berharap pengganti beliau akan membawa MIDA ke tahap lebih tinggi dan memberikan sumbangan lebih besar kepada negara.“Saya berharap MIDA pada masa akan datang akan terus memperkukuhkan ekosistem perniagaan tempatan dengan bekerjasama bersama SME Corporation Malaysia (SME Corp) untuk membimbing perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan supaya akhirnya menjadi syarikat multinasional,” katanya.Ditanya mengenai pengkorporatan MIDA, Jalilah berkata, beliau berpuas hati kerana ia berada di peringkat akhir dengan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA) sedang menunggu kelulusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.“Saya percaya ia akan diketahui tidak lama lagi. Ia bukannya mudah dan perlu banyak perkara dilakukan untuk memberi opsyen terbaik kepada kakitangan MIDA,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.049861 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list