CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 195|Reply: 0

Berbuka mewah jadi isu di Turki

[Copy link]
Post time 16-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Gerakan Islam saran golongan kaya elak cara kapitalis ketika iftar\rANKARA: Berbuka puasa secara mewah atau di tempat umum menjadi isu di Turki selepas sebuah pergerakan pro-Islam, Landasan Keadilan dan Buruh (LJP) menyifatkan mereka yang berbuka di hotel melambangkan kemenangan sistem kapitalis.\r\n\n\n\n\r“Kami menentang pembaziran wang ketika berbuka. Daripada membelanjakan wang untuk meja hidangan berbuka, beri saja wang itu kepada pekerja,” menurut kenyataan LJP.\r\r\n\n\n\n\nMereka merujuk  kos berbuka iaitu 318 lira Turki (RM533) satu meja sedangkan gaji minimum di negara itu hanya 658 lira (RM1,104).\r“Ini bukannya protes  terhadap iftar ketika Ramadan semata-mata tetapi kami lakukannya kerana juadah besar ini menjadi lambang penduduk yang akur kepada cara kapitalis sejak 15 tahun lalu,” kata seorang peserta protes,   Ihsan Eliacik kepada akhbar Hurriyet.\r“Ketika orang miskin berhimpun di bawah khemah untuk mendapatkan makanan percuma, golongan kaya berkumpul di hotel. Malang sekali mentaliti konservatif di Turki mewujudkan jurang ini yang dianggap biasa sekarang,” katanya. \rSeorang lagi penulis, Hidayet Tuksal, berpendapat isu ketidakadilan sosial termasuk jurang taraf hidup tidak banyak dibincangkan di kalangan kumpulan Islam.\r\n\n\n\n\rIhsan, bagaimanapun, tidak bersetuju dengan Hidayet dengan berkata: “Memberi kekayaan tidak semestinya dapat membantu menghapuskan ketidaksamaan taraf.\r“Wujud jurang besar antara golongan kaya dan miskin di Turki. Orang kaya yang sedar   perkara itu mendermakan wang mereka tetapi meneruskan cara hidup mereka,” katanya.\rPerbahasan itu dilihat turut mempengaruhi ahli politik dengan speaker Parlimen, Cemil Cicek, yang baru-baru ini menghadiri   majlis berbuka, mengkritik penaja kerana menggunakan meja mahal, manakala Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan turut menggesa   semua pihak mengelak mengadakan iftar besar-besaran. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.538634 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list