View: 209|Reply: 0
|
Tempurung Pecah: Muzik dalam filem untuk apa, Mat?
[Copy link]
|
|
Tempurung Pecah: Muzik dalam filem untuk apa, Mat?Oleh Mamat Khalid2011/08/16\n\n\n\n\n\n\n\nBAYANGKAN sebuah padang bola sepak yang kosong. Tiada manusia atau subjek yang ditonjolkan melainkan terbentangnya sebuah padang hijau yang statik. Dengan perlahan kedengaran muzik suspense yang semakin kuat. \rKita tunggu dan ingin melihat apakah adegan yang akan berlaku seterusnya. Dan muzik itu semakin kuat. Kita semakin teruja untuk menonton padang yang serba kosong itu pula jadinya. Tanpa disedari muzik itu memberi kita satu cadangan emosi yang kuat! Ya tak?\rDan sekarang bayangkan padang yang sama tiada subjek di paparkan juga. Masih padang bola yang kosong. Dan kali ini kedengaran muzik yang seram dimainkan. Secara automatik kita akan mula mengecutkan tubuh menunggu dengan penuh takut kemungkinan munculnya entiti menyeramkan nanti. \r\rHarus di ingat visual yang ditayangkan itu masih kosong, masih tiada objek menakutkan! Dan kita menutup mata takut akan perkara yang belum pun muncul menampakkan rupa! Begitulah secara halusnya peranan muzik mempengaruhi mood dan setting dalam sesebuah filem.\r\n\n\n\n\n\rDan pagi ini aku buka kembali buku nota hitam aku di mana aku menyimpan segala jenis jurnal hidup dan kerja aku. Aku cuba mencari sesuatu yang aku tidak tahu apa bagi mengisi ruang tepu kepala tua pakcik ini. \rCatatan dan nota kaki bersepah di tepi dan kaki muka surat ini. Aku lihat banyak tertulis perkataan muzik. \ratau itu sahaja yang aku nampak? Muzik itu dalam drama ini, muzik ini dalam filem itu, harus keroncong dalam scene ini dan \'basin street blues\' pada ‘shot interior’ lori dalam filem Kala Malam Bulan Mengambang\' was it really necessary? Semua itu? Pada aku mungkin, dan jauh di lubuk hati aku juga berharap ia dapat memberi makna kepada penonton juga.\rTerdapat ramai komposer soundtrack filem yang baik dalam industri perfileman kita. Datuk Mokhzani Ismail, Zul Mahat, Sham Kamikaze, Pajai dan ramai lagi mereka yang membabitkan diri cuma pendedahan mengenai sumbangan mereka kurang diketengahkan. Aku sangat teringin bekerjasama dengan Datuk Mokhzani, contohnya kerana beliau juga adalah seorang pemuzik klasik!\r\n\n\n\n\rAku melihat balik catatan ini. Untuk drama TV aku yang pertama dulu, aku ingin menggunakan muzik latar dari lagu-lagu asli kontemporari Pulau Jawa ketika itu. Cerita mengenai pendatang tanpa izin yang berangan making it big di bumi Malaysia. \rAku tidak mahu menggunakan muzik yang dikenali di sini kerana moodnya adalah dari diri seorang pendatang yang seharusnya asing bagi hawa telinga kita. Tiada bajet untuk muzik drama ketika itu. Kami mengharapkan canned music atau muzik yang sudah sedia ada untuk dimasukkan dalam drama. Mana bisa dong! Itu kerja tidak membangun. Sebab itu kesemua drama zaman itu sama nafas nadinya...\rAku lawan arus. Aku dapatkan kaset lagu-lagu rakaman mentah dari seorang kenalan warga Indonesia yang duduk di rumah kongsi di kawasan pembinaan berdekatan rumah aku di Ipoh. \rMuzik dan lagunya memang asing bagi telinga aku namun apabila diputarkan drama itu setelah siap pembikinannya pada warga Indonesia, mereka terus faham dan ikut menyanyi. satu kejayaan bagi aku namun tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada penonton tempatan. Baru aku sedar, yang harus memahami drama itu adalah warga Malaysia, bukan untuk warga lain di Malaysia. \rLagi pun pada awal 90an, harus diputarkan lagu Kenny G walaupun untuk visual sawah padi! Kerana itu kebiasaannya. Aku harus ingat itu. Seperti setiap drama hujung 70-an dahulu harus berlatarkan lagu instrumental dari album instrumental Datuk Ahmad Nawab (abang pun muda sangat lagi masa tu dik...) Di tahun 80n pula ramai yang menggunakan khidmat canned music. Tahun 90an pula dengan muzik Kenny G. Dan di tahun alaf baru pula, irama panflute keagamaan berleluasa digunakan.\rPada 1998, bagi satu drama TV aku yang sangat serius tonasinya mengenai prokerajaan dan pro-reformasi sehingga diharamkan oleh Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) satu masa dahulu, aku menggunakan muzik dari lagu-lagu sufi Turki. Amat mendayu dan penuh semangat alunan notanya. Sangat kena pada mood dan konsep drama itu. \rPertembungan muzik dua budaya yang berlainan memberikan kesan visual yang segar dalam eksperimen aku. Aku ulangi konsep ini dalam drama aku seterusnya. Menggabungkan muzik dan visual yang berlainan gaya menghasilkan visual yang baru.\rAda sebuah drama aku yang sangat surreal dan anti-hero bertajuk Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel. Aku menggunakan muzik bosanova untuk menghasilkan sebuah mood yang santai dan on the go. Drama Pinang Durian pula menggunakan muzik Melayu Asli dan kombinasi moden jazz membezakan dua latar belakang antara masyarakat kampung di Perak dan Mamak Pulau Pinang. Dan merakamkan berpuluh lagu 60-an secara live di Dewan Kampung Sungai Rokam, Ipoh menggunakan pemuzik 60aan asli bagi muzik latar drama Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys (arwah loloq turut menyumbangkan sebuah lagu di dalam drama itu!) we are suckers for music.\rPaling banyak jenis soundtrack yang aku gunakan adalah di dalam filem Man Laksa. Dari rakaman live kumpulan gitar rancak, live kumpulan gambus Asli, midi looping, muzik dari cakera padat (CD) dan menggunakan khidmat sessionists dalam studio! \rTercatat di sini jumlah upah beberapa orang untuk pemuzik. Muzik yang mana tidak pula aku catat. Aku kurang senang menghasilkan soundtrack untuk sesebuah filem itu menggunakan sebuah keyboard bagi kesemua alat muzik dan rentak. Terlalu mudah dan kurang kongsi penghasilan seninya. Hanya seorang duduk di hadapan keyboard melakukan kesemuanya. Entahlah. Hak masing-masing berkarya kot!\rAntara sountrack paling mencabar pembikinannya aku rasa adalah untuk filem Kala Malam Bulan Mengambang. \rGandingan aku bersama Ahmad Kamal (Jimmy), seorang ahli muzik yang sudah cukup masak. Kalau dia ini di umpamakan telur, dia sudah jadi telur rebus orang kahwin. Kami menggunakan approach akustik bagi kesemua soundtrack itu. Dari double bass hinggalah ke akordian dan percussions. Semuanya dirakam secara langsung menggunakan khidmat pemuzik ‘otai giler’. Mereka adalah pemuzik hebat! Menggunakan tiga jenis lokasi studio. \rAkhir sekali rakaman untuk strings cello dan viola dilakukan di pejabat aku menggunakan sound compressor bertenaga tinggi bagi menenggelamkan bunyi mamak di Restoran Pelita yang sedang masak mi goreng di bawah. Again we are suckers for soundtrack.\rdan bagaimana dengan filem ala filem Tamil aku? aku sangat ingin membuat sountrack filem Estet namun aku akur khidmat itu lebih bermakna jika dilakukan oleh mereka yang berbangsa Tamil. Aku serahkan pada A. Lawrence untuk menguruskan dan menyelesaikannya. Terkinja-kinja Awie menyanyi di balik pokok getah! Rugi kalian tak menonton filem itu.\rBagaimana dengan filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit dan Rock Ooo... itu? Walawey!!! Perjalanannya seindah filem itu. Aku janji!
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|