CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

5 juta hadapi risiko tsunami

[Copy link]
Post time 12-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PBB ramal Indonesia paling bahaya\rJAKARTA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menamakan Indonesia sebagai negara  paling berisiko dilanda tsunami dengan lebih lima juta penduduk dikhuatiri terdedah kepada serangan ombak gergasi itu.\r\n\n\n\n\r   Pengurus projek Program Bersama Strategik PBB bagi Pengurangan Risiko Bencana di Indonesia berkata,   badan dunia itu mengukur berapa banyak kawasan dan penduduk  terdedah kepada gegaran bumi akibat gempa  berdasarkan data Strategi Antarabangsa Bagi Pengurangan Bencana PBB.\r\r\n\n\n\n\n   “Muka bumi, Indonesia   lebih baik berbanding Jepun. Namun, risiko  negara itu   lebih tinggi berikutan kurang pelan menghadapi situasi itu termasuk rancangan kecemasan,” kata Victor.\rKatanya, kawasan  paling terdedah kepada tsunami adalah  berhampiran  pinggir tiga plat tektonik  membabitkan kepulauan Indo-Australia, Pasifik dan Eurasia iaitu lokasi gegaran gempa bumi dasar laut yang boleh menyebabkan gelombang besar berlaku.\r“Kawasan ini termasuk di pantai barat Sumatera, pantai selatan Jawa dan Nusa Tenggara, pantai utara Papua dan kepulauan Maluku,” katanya.\rSistem amaran awal tsunami oleh Indonesia masih  tidak menyeluruh menyebabkan jika berlaku sesuatu bencana, angka korban dan kemusnahan lebih besar. \r\n\n\n\n\rPada masa sama, beliau mengakui ada peningkatan dalam usaha kerajaan  mendidik masyarakat di kawasan pantai mengenai risiko tsunami sejak bencana Disember 2004 di Lautan Hindi yang memusnahkan Aceh. Usaha ini termasuk penerbitan peta bagi kawasan yang terdedah kepada bencana itu.\r“Walaupun peta terbabit tidak diedarkan kepada semua kawasan yang terdedah kepada bencana di negara ini, langkah itu perlu dipuji,” kata Victor.\rSuhardjono, ketua bahagian gempa bumi dan tsunami di Agensi Meteorologi, Cuaca dan Geofizik berkata, adalah ‘munasabah’ bahawa Indonesia akan menjadi negara berisiko tinggi terhadap tsunami, berikutan kedudukannya yang unik di garisan tektonik utama.\r“Pertama kerana kedudukan Indonesia di sepanjang garisan teknonik. Kedua, walaupun  gempa bumi di Indonesia tidak sekerap di Jepun, kekuatan letusan gempa bumi berlaku di sini cenderung pada magnitud lebih besar,” katanya.  – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.190765 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list