CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28893|Reply: 102

Jaslin Puasa-pelakon baru dlm Ramadan Terakhir..

[Copy link]
Post time 12-8-2011 08:40 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by 800214 at 12-8-2011 08:47

Gambar Jazlin Puasa di Rakaman Melodi Raya 2011
Korang kenal tak dengan pelakon bakat baru, Jaslin Puasa? Oooh mungkin bila sebut nama tu ada yang kenal, dan ada gak yang tidak. Tapi kalau Budiey sebut si driver botak bergelar Akhie dalam drama Ramadan Terakhir yang sedang rancak disiarkan setiap hari Selasa hingga Khamis 10.30 malam di TV3, pasti kompem korang kenal kan? Haaa, dialah Jaslin Puasa. First time dengar nama macam tu. Mungkin kot Jaslin dilahirkan di bulan puasa. Alhamdulilah, cantik gak nama cam tu. Klasik! Budiey kenal Jaslin ni pun masa follow akaun twitter dia semasa episod pertama drama ini dimainkan di kaca TV. Masa tu, tertanya-tanya siapakah gerangan pelakon berimej botak yang suka bercakap penuh hikmah dan bermesej dakwah Islamiah dalam Ramadan Terakhir ni.

Semalam, buat pertama kali, Budiey bertemu dengan tuan empunya diri di rakaman Melodi Raya 2011 di PWTC. Hadir lengkap dengan sepasang baju Melayu berwarna oren siap bersongkok kemas bergaya persis seperti lelaki Melayu terakhir. Seorang yang murah dengan senyuman. Riak dan air muka beliau mengingatkan Budiey pada Isma Yusoof aka Azma Aizal. Mungkin wajah diorang nak sama kot. Tapi sebenarnya, Jaslin ni seorang model ya. Dan Budiey dapat meramalkan Jaslin ada harapan cerah dalam bidang lakonan.
Sempat gak la sembang dua tiga patah dengan Jaslin dan dia gak datang bersama dengan pelakon Ramadan Terakhir, Anzalna Nasir yang memegang watak Rossa. Unik kan nama Anzalna ni, seunik dan secantik wajah beliau. Apa-apa pun selamat maju jaya kepada kedua-dua bakat baru ni.

Jaslin Puasa hadir bersama Anzalna Nasir di rakaman Melodi Raya semalam.





Drama terbaru sempena Ramadhan ini bagi menggantikan Annissa di slot Samarinda di TV3 mula mengambil tempat dihati penonton. Sarat dengan pengajaran dan ketabahan dalam meniti kehidupan dalam pelbagai situasi. Sebuah keluarga dipinggir bandar telah hanyut dibuai kemewahan duniawi sehingga apa yang haram dihalalkan. Dibarisi pelakon-pelakon tanah air yang berpengalaman dan yang baru antaranya Esma Daniel (Hisham), Fazlina Ahmad Daud (Mazni), Eyka Farhana (Anna), Tasha Shilla Razak (Sakinah), Mak Wan (Mak Hawa), Jaslin Puasa (Akhie), Aeril Zafril (Daniel) dan Anzalna Nasir (Rossa).
Ramadhan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan menghidap HIV positif dan hanya mampu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidupnya yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya, Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa yang juga anak saudara Mazni.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?
Saksikan episod seterusnya bagi menjawab segala persoalan ini. Anda boleh saksikan setiap hari Selasa hingga Khamis 10.30 malam di TV3. Jangan lupa taw!
Lagu temanya JANGAN LUPA NAMAKU juga bagi Budiey memang best nyanyian Azma Aizal & POMPA BENSIN.


Kredit to BUDIEY


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 08:52 AM | Show all posts
ske..ske...walopon watak pemandu, tp bw maksud mendalammm...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 08:59 AM | Show all posts
Ohhh... nama ayah dia Puasa ehhh???
Mesti lahir bulan puasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2011 09:01 AM | Show all posts
Ohhh... nama ayah dia Puasa ehhh???
Mesti lahir bulan puasa
solstice Post at 12-8-2011 08:59

mmg nama ayahnye Puasa..hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:04 AM | Show all posts
macam rupa norman hakim sikit2
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:11 AM | Show all posts
i follow citer ni...ramadan terakhir, ada pengajaran tersirat..
x sangka pulak jazlin ni kena jadik driver pulak...i paling suka watak mazni (wife esma danial) tu..jahat gila suka buli maid baru yg cun tu...dahla x puasa, suruh budak tu masak sarapan hari2..he3
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2011 09:15 AM | Show all posts
handsome lah dia hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:18 AM | Show all posts
br semalam pollow cter ni....best tgk scene esma marah mazni tu..mcm real saja....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 09:18 AM | Show all posts
Reply 1# 800214

ada riak isma awat aku tgk mcm jauh panggang dr api?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:19 AM | Show all posts
yang iklan DAIA tu die ke ? uhhuhuuhh...

tgk muka hmpir same la.....

ntah betol ke x kan............... perasaan la kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:22 AM | Show all posts
dak baru .. ensem n layan jek
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:28 AM | Show all posts
br semalam pollow cter ni....best tgk scene esma marah mazni tu..mcm real saja....
MsCinderella Post at 12-8-2011 09:18

Fazlina Ahmad Daud yg jadi Mazni tu adik Ogy kan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:29 AM | Show all posts
i follow citer ni...ramadan terakhir, ada pengajaran tersirat..
x sangka pulak jazlin ni kena jadik ...
sherryda Post at 12-8-2011 09:11



    yg watak mazni tu adik ogy ahmad daud kan? tgk nama btol die pon fazlina ahmad daud.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2011 09:29 AM | Show all posts
Reply  800214

ada riak isma awat aku tgk mcm jauh panggang dr api?
mimi77 Post at 12-8-2011 09:18

aku nengok pun xde lansung..huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2011 09:32 AM | Show all posts
yg watak mazni tu adik ogy ahmad daud kan? tgk nama btol die pon fazlina ahmad daud.
shasya866 Post at 12-8-2011 09:29

adik ogy..dulu kalo berlakon jd baik2 je..la ni rasanya citer ke 2 yg aku tgk dia jd jht gila..ngan memek mukanya..dah lame dia berlakon..tp x bape glamer.ade citer kat astro tajuk mencari azzahra.best cite tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:34 AM | Show all posts
best gle crite neh..yg blakon watak mazni tu sape?..ada kna menegena ngn ogy ahmad daud ke?..muka iras....pompa bensin tuh sape?..lagu dia best gle...

sory byk tanya..sbb drama ni byk pelakon best tapi aku xknal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 09:42 AM | Show all posts
jrg dapat mengikuti cerita ni sebab tv rosak..tapi smpt tengok smlm..terdetik gak..sapa mamat yg berlakon jadi driver nih..oo..hari ni baru tau jawapannya...tapi nak tnya..anak pompuan dia kenapa?last tgk dia tercari2 kat mana pudu dan terlepas dari 2 perompak bengong tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2011 09:45 AM | Show all posts
best gle crite neh..yg blakon watak mazni tu sape?..ada kna menegena ngn ogy ahmad daud ke?..muka ir ...
chekacheku Post at 12-8-2011 09:34


adik ogy
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:46 AM | Show all posts
adik ogy..dulu kalo berlakon jd baik2 je..la ni rasanya citer ke 2 yg aku tgk dia jd jht gila..nga ...
800214 Post at 12-8-2011 09:32


oh patutla lakonan dia best..adik ogy rupanya..
tp cara dia berlakon mmg hidup la, skrip pon bkn mcm ikut buku sgt kan mcm skrip drama2 melayu lain..
bahasa dia ckp mcm kita ckp hari2...especially bila bab dia kutuk tudung maid muda dia (tasya shila)..kutuk guna bahasa pasar..he3
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:47 AM | Show all posts
MUKA DI MCM SERUPA GAK NGAN SEPUPU AKU..
TP SEPUPU AKU SKRANG DH BERISI...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.069522 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list